- El Sajida Shares – elsajida.com
s

El Sajida Shares

SUDAHKAH KITA BERSYUKUR HARI INI?

Pernah tak kadang kala kita tengok orang kemudian terdetik di dalam hati..
.
.
"kalau lah dapat berada di tempat dia, alangkah seronok nya"
"beruntungnya dia, seronoknya kalau dapat berada kat tempat dia, seronok saja tengok"
.
.
Wahai teman yang budiman, cuba kita pandang sekeliling sekarang, kita tengok nikmat kaki yang Allah beri, kita pegang nikmat mata yang Allah kasi, kita rasa nikmat tangan yang Allah bagi, kita hargai nikmat nafas hela yang tak henti dan kalau nak list satu persatu memang tak cukup karang. Sungguh banyak nikmat Allah beri yang kita sebagai manusia sering saja terlupa, sering saja mengeluh dan mula mekar rasa tidak bersyukur dan "mencemburui" orang lain. 
.
.
Teman teman, cuba nak , jika tiap kali kita mula rasa lebih senang untuk mengeluh, kita latih diri untuk tarik nafas, bertenang, lafazkan syukur sambil rasakan nikmat yang Allah dah beri. InsyaAllah hati yang senang dan tenang bila dia sering bahagia dan bersyukur. Percayalah!
.
.
#elsajidaShares

SERING KALI MERASA TIDAK GEMBIRA? CUBA 7 CARA MUDAH UNTUK SENTIASA HIDUP GEMBIRA!

Semua itu tentang pilihan yang kita sendiri cipta.

Memang realiti nya pasti akan ada hari hari yang "cerah" dan ada juga masanya hari kita akan "mendung dalam kelam".

Sedarilah teman..

Hidup ini terlalu indah untuk diteroka. Jangan biarkan dirimu terjerut dalam kelam yang gelap dan tak berpenghujung.

Ayuh terus bangkit!
Cari solusi untuk kembali gembira dan ceria dalam kehidupan.
Nikmati waktu kehidupan yang masih bersisa.
Santuni orang sekeliling yang kita sayang.

Jom ketahui 7 cara mudah untuk sentiasa hidup gembira!

Teruslah menghargai nikmat kehidupan pemberian Ilahi. Hidup ini hanya sekali..

sumber : gayahidupsihat.com

#elsajidaShares

1) Jika minat kita ialah bersukan, melancong, memasak atau bermain dengan kanak-kanak, luangkanlah masa untuk melakukannya. Kita akan berasa gembira apabila melakukan apa yang disukai.

 

2) Apabila kita berkongsi pendapat , masa dan kebolehan kita dengan orang lain, kita akan berasa lebih baik. Hidup tanpa berkongsi dengan orang lain akan membuatkan kita kesunyian. Apabila kita berkongsi dengan orang lain, mereka akan suka terhadap kita dan seterusnya membuatkan kita rasa lebih gembira dalam hidup.

 

3) Adalah sesuatu yang mencabar untuk berasa gembira apabila anda sedang sakit. Jika anda makan makanan yang sihat, anda akan berasa lebih baik dari segi fizikal dan mental. Pastikan anda mengelak daripada mengambil makanan junk (junk food).

 

4) Menyimpan dendam akan membahayakan diri kita. Fokus kepada masa hadapan yang cerah dan anda akan berasa lebih baik.

 

5) Anda tidak perlu memberi hadiah yang mahal. Kadang-kala sebuah puisi, nota ringkas mahupun e-mel sebagai tanda ingatan akan membuatkan orang lain dan anda juga turut gembira. 

Apabila kita memberi hadiah , kita akan dihargai dan pastinya membuatkan kita berasa lebih gembira. Kajian juga mendapati bahawa membuat kebaikan mampu meningkatkan kesejahteraan hidup berbanding melakukan sebarang senaman.

 

6) Kita tahu bahawa tidur boleh membantu badan kita pulih daripada kepenatan melakukan aktiviti seharian. Tidur yang cukup juga mampu membuatkan kita fokus dan menjadi lebih produktif. Ternyata tidur juga penting untuk kegembiraan.

 

7) Hidup kita singkat. Jadi jangan buang masa hidup dalam hidup orang lain . Terimalah diri anda, jadi diri sendiri dan anda akan rasa perbezaannya.

Moga bermanfaat!

BILA TANGKAP GAMBAR, KULIT NAMPAK KUSAM DAN TIADA AURA, DIMANA SILAPNYA?

P/S : Pakat share ramai ramai dengan adik, kakak, mak, makcik, kawan kawan, sepupu sepapat yang nak sentiasa tampak yakin dan naik aura bila bertudung.
.
.
.
Sebenarnya tona kulit dan pemilihan warna tudung yang sesuai untuk kita amat berkait rapat. Mungkin selama ni kita main pakat match saja, tak hirau pun sebenarnya boleh beri impak pada pemakaian kita.



Bila tangkap gambar, sedar sedar, wajah kita yang paling nampak kusam sekali, dimana silap nya? Ternyata bila kita pilih warna tudung yang tepat, boleh naikkan seri wajah sekaligus wanita yang memakai akan tampil anggun dan berkeyakinan.

Ingat.. tak semua warna boleh MASUK dengan kulit kita ya!

Ikuti panduan memilih rona hijab yang bersesuaian dengan warna kulit korang.


1) Kulit Putih


Anda yang berkulit putih adalah bertuah, kerana hampir setiap warna sesuai dikenakan dengan warna kulit ini. Namun harus juga berhati-hati dalam mengenakan warna pudar seperti pastel atau kuning, kerana ia boleh membuatkan wajah tampak pucat tidak bermaya. Pilih warna kontra dengan kulit iaitu gelap atau terang seperti hitam, merah dan ungu. Warna-warna ini membuatkan raut wajah anda tampak lebih cerah bercahaya

2) Kulit Kuning Langsat


Pilih rona terang seperti kuning, merah dan merah jambu. Rona biru juga sesuai untuk digayakan. Elakkan daripada memakai coklat gelap atau krim kerana warna tersebut menjadikan kulit wajah tampak kusam

3) Kulit Sawo Matang


Hindari dari memilih rona yang seakan warna kulit sawo matang iaitu kelabu atau coklat gelap, kerana penampilan anda akan tampak suram dan tidak menyerlah. Rona pastel, terang bahkan gelap seperti ungu atau merah hati amat bersesuaian dengan tona kulit ini.

4) Kulit Gelap


Warna-warna terang seperti merah, jingga, kuning serta royal blue amat sesuai dipadankan dengan kulit gelap. Ianya menonjolkan sifat kontra terhadap rona kulit anda, sekaligus menaikkan seri wajah. Untuk penampilan yang lebih berani, gayakan warna neon untuk kelihatan menyerlah. Warna kusam seperti coklat harus dielakkan kerana ia boleh menenggelamkan penampilan anda

Sumber: https://www.wanista.com/…/tip-padanan-hijab-bersesuaian-de…/

APA KAITANNYA TESTIMONI UNTUK MAKESURE PELANGGAN LEKAT BELI PRODUK KITA?

Setiap orang dilahirkan untuk merasa senang menjadi folllower (pengikut) daripada pioneer (pencetus ataupun pemula) bila memakai dan merasa pengalaman guna sesuatu produk.

Yelah siapa suka nak jadi pencetus kalau kita sendiri tak tahu bruk baik dan risiko yang bakal kita hadap kan?

Macam juga dalam bisnes, mindset pelanggan mereka sangat gemar untuk mengikut turut membeli bila dia dah lihat orang lain yang pakai dulu.

Contohnya, bila kita nak cuba skincare terbaru kat pasaran yang melambak di ig, mesti kita nak tengok orang lain dulu yang guna kan? nak tengok ianya sesuai ke , apa yang jadi bila pakai, kulit makin glow ke, atau makin nampak kusam ke. 


Kalau ikut kajian peratusan yang tinggi , memang orang mudah tertarik nak beli sesuatu produk  kalau dia tengok orang lain beli dan guna dulu. Konsepnya mudah, dia tengok komen di fb/ ig, dia selidik feedback Q&A antara owner dan pembeli dan lepas tu baru hati dia berkira kira samaada

"aku nak kena dapatkan ke tak ni? tengok org lain pakai nampak best jer, macam menarik jerr"

Hah! kalau benda ni dah trigger dalam kepala salah seorang bakal pelanggan korang, memang tak syak percubaan meletak testimoni memang menjadi!

Lagi banyak kita letak testimoni , lagi besar potensi untuk orang membeli daripada kita.

Cubalah, mana tahu menjadi teknik ni!

PEMALU SAMPAI KENA TUTUP MUKA?

Mesti korang terfikir kan kenapa kebanyakkan situasi kakjida suka tutup muka model yang gayakan produk Elsajida ni.. Meh Anis kongsi kenapa, ni sharing daripada kakjida sendiri...

Korang nak dengar cerita? Tadi salah seorang team kak Jida bagitahu, ada customer PM, katanya dia nak tanya tentang "tudung yang modelnya tutup muka dengan bunga putih". Jadi team kak Jida tu pun tak tahu customer tu maksudkan tudung mana sebab majoriti tudung El Sajida ni memang modelnya tutup muka dengan bunga putih. 😅 Cuma kadang-kadang je ada bunga pepel, kamera, buku & macam-macam lagi. 



Persoalannya kat sini, kenapa El Sajida ni suka sangat tutup muka model? Diorang ni pemalu sangat ke? 😂 Mehla kak Jida nak cerita sikit. Bukan sebab malu ke apa. Tapi memang dari awal kak Jida buat bisnes ni, kak Jida berniat untuk ketengahkan konsep "biarlah kualiti tudung yang berbicara." 

.

Kak Jida taknak korang beli tudung El Sajida ni sebab nampak muka model tu cantik semata, tapi sebab memang korang jatuh cinta dengan tudung dalam gambar tu & nak milikinya. Dan lepas korang dah merasa pakai & tahu kualiti tudung tu, kak Jida tak perlu dah cakap banyak, biar kualiti tudung tu je yang buat korang terus setia & percayakan brand El Sajida. Itulah yang kak Jida harapkan. 


.

Dan kak Jida terharu sebenarnya bila ramai yang PM kak Jida & team kak Jida untuk buat luahan betapa mereka sukakan konsep "model tak nampak muka" macam yang El Sajida buat. Kalau nak ikutkan, memang panjang lebar juga surat chenta yang kami terima yang memuji konsep ni. Itulah yang buat kak Jida terharu sebab rasa diterima & dihargai. 
.
.

Korang boleh click link ni untuk baca salah satu surat chenta yang kak Jida pernah terima: http://bit.ly/2vIJtre. Kata-kata sokongan dari korang lah yang banyak beri kami semangat untuk terus berpegang dengan konsep ni dan terus berusaha untuk beri yang terbaik buat para muslimah yang cintakan tudung labuh 100% patuh-syariah. Photographer pun pernah ada yang puji konsep ni, menarik katanya, dan dia suruh kekalkan. 
.
.

Cuma kak Jida nak tekankan kat sini, bahawa kak Jida bukan pilih konsep ni sebab kak Jida cakap wajah tu aurat ye, tapi sebab memang kak Jida rasa nak cuba guna konsep model yang tertutup wajahnya. Sebab kak Jida ni jenis yang suka jadi 'lain dari yang lain'. 😊 Kat Malaysia mungkin konsep macam ni kurang dipraktikkan, tapi sebenarnya kalau korang nak tahu, ada je brand fesyen antarabangsa (islamik/non islamik) yang guna konsep macam ni. 
.
.

Lagi satu, kak Jida nak korang tahu yang setiap brand fesyen Muslimah ni ada strategi dan konsepnya yang tersendiri. Asalkan konsepnya tidak bertentangan dengan landasan syariat, sebaiknya kita sokong dan terima.  
.
.

Untuk yang tak pernah tengok lagi konsep model tutup muka ni, kak Jida letak gambar-gambar instant shawl Ayra (produk bestseller El Sajida setakat ini) sebagai contoh. 😘
.
.

Note: Korang boleh grab tudung El Sajida samada melalui online (whatsApp, PM, atau elsajida.com) & offline (walk in ke butik MCC Shah Alam seksyen di JM Tower).
.
.

...............

Jadi, dah tahu kan kenapa? Ada sebab yang amat istimewa buat muslimah diluar sana tentang penggunaan konsep macam ni. Sangat rare tapi sangat reliable untuk dipraktikkan. Tak salah nak bereksperimen dalam bisnes selagi tidak melanggar hukum syarak 

 

Korang dapat sesuatu?

;)  

 

  • Page 1 of 4
  • Page 1 of 4