- 5 TIPS UNTUK MULA MEMBACA BAGI "BEGINNER" – elsajida.com
s

Diari Elsajida

  • 5 TIPS UNTUK MULA MEMBACA BAGI "BEGINNER"
  • Post author
    ANIS AMALINA

5 TIPS UNTUK MULA MEMBACA BAGI "BEGINNER"



Assalamualaikum w.b.t semua dan selamat pagi! Semoga semua sihat selalu, rasa macam dah lama benar tak menjenguk ke laman blogpost Elsajida ni. Oh ya! untuk pengetahuan semua lepas ni Kak Anis yang akan takeover laman blogpost ni ya. InsyaAllah dah bersusun list topik topik yang Kak Anis excited sangat nak share dengan semua <3 InsyaALLAH...

Untuk kali ni Kak Anis nak share 5 cara untuk mula membaca bagi beginner. Nak tau kenapa Kak Anis macam terpanggil untuk share topik ni? Sebab.. dulu kan Kak Anis sendiri bukan jenis "kaki suka membaca" tau. Yes, you heard me right hehe. Rasa itu hanya hadir setelah Kak Anis mula bekerja kat Elsajida ni. Dulu nak perabis kan satu buku sebulan pun payah. tapi lepas kerja kat Elsajida ni, Kak Anis perati kebanyakkan staff memang amat menggilai membaca buku. 

 

 

Sumber gambar : merdeka.com

Nak nak pulak Kak Anis ni jenis yang memang cepat terpengaruh bila tengok orang lain buat sesuatu, (terpengaruh dengan benda baik takpe kot! haha), terus rasa nak cuba. Bila tengok kak bos dengan big boss baca buku kita pun terikut sama. Lepas tu kawan kat sini semua suka beli buku. Kat sana sini mesti ada buku. Sikit sikit terus terpupuk rasa nak membaca tu. So Kak Anis rasa sangat berbesar hati nak share beberapa cara untuk pupukkan rasa  suka membaca tu. Its never too late to start kan :) ? so here we go...

 

Sumber gambar : thayyiba.com

1) Pilih genre / penulis buku yang korang suka

Masa awal awal dulu kan Kak Anis pun macam blur je nak mula sebab ada jenis jenis buku je yang Kak Anis minat nak baca. Contohnya, Kak Anis suka sangat buku yang bercorak travelog kehidupan penulis. Kak Anis memang akan mudah tertarik sebab genre buku macam ni dia relate dengan kehidupan realiti. Penulis yang Kak Anis memang minat masa tu (sekarang pun minat lagi, forever and always hehe) karya Puan Roza Roslan. Buku bukunya selalu berkisah pasal kehidupan beliau sewaktu muda, waktu berhijrah di oversea, kehidupan membesarkan anak anak di sana, proses transisi penulis berubah menjadi muslimah yang lebih baik  dan macam macam lagi. Isi kandungan macam tu selalu mudah lekat dengan Kak Anis. Jadi korang mulakan dengan buku yang jenis genre yang korang minat untuk permulaan ya.

 

2) Mulakan habit sehari satu mukasurat

Yang ni memang memula rasa macam payah jugak nak buat kan. Tapi bila kita dah aim nak habiskan buku yang kita baca insyaAllah jadi mudah je. Jadi tetapkan niat walau macam mana sibuk pun kita, peruntukkan sehari satu muka surat wajib baca. Ini yang Kak Anis buat. Kalau dapat lebih mukasurat itu lagi baik. Rasa lain tau bila at least satu muka surat kita baca. Rasa macam "oh ada benda baru yang aku belajar harini". Kalau tak caya, boleh cuba buat dulu sebab confirm akan rasa lain hehe

 

3) Letakkan buku di tempat yang kita mudah capai atau lihat

Sebagai contoh bawah bantal haha. Ini memang Kak Anis selalu buat. Even kalau tak sempat nak baca, dapat pegang atau tengok kulit muka buku sebelum tidur pun jadi lah kan. Takdelah rasa ralat sangat. Sebab memang kalau kita letak di tempat yang mudah capai atau lihat, kemungkinan nak baca tu memang tinggi sebab hari hari kita akan tengok buku tu. Nak tak nak confirm akan terbaca punya lah. 

 

4) Sentiasa bawa at least sebuah buku kemana mana

Tips ni memang sangat win untuk beginner. Sebab Kak Anis faham, kadang kita rasa macam kita sukar nak mula membaca sebab rasa waktu membaca tu hanya pada waktu tertentu atau tempat tertentu saja contohnya waktu malam di meja studi. Tapi kan, membaca ni boleh dimana mana je tau sebenarnya. Contohnya waktu kita tengah tunggu grab ke, waktu dalam flight ke, kat kampung ke (sebab takde line huhu). Sangat rasa perbezaan sebenarnya bila kita memanfaatkan sekecil kecil masa yang ada untuk membaca.

 

5) Berkawan atau berkomuniti dengan orang yang gemar membaca

Kenapa? sebab bila kita dikelilingi dengan mereka yang suka membaca automatik kita pun akan terpengaruh untuk tarik rasa suka membaca tu dengan sendirinya. Bila kita sentiasa bersama dengan mereka, kebanyakkan topik yang akan dibincangkan mesti pasal buku. "eh buku ni pasal apa ye?" "ni buku terbaru penulis sekian sekian ni best tak?. Sekaligus kita akan terjumpa dengan orang yang mungkin suka sama genre buku dan penulis kegemaran kita. Lain rasanya bila sama sama kita berkongsi genre buku atau penulis yang kita minat ni tau. Rasa excited bercerita tu memang lain macam! hehe kalau dekat ig korang boleh follow komuniti @readingmuslimah. Seronok sangat sebab korang boleh share dan dapat info mengenai komuniti muslimah yang gemar membaca kat situ :)

 

Jadi bagi korang yang memang teringin sangat nak mula membaca , taktau macam mana nak mula, boleh ikut steps kat atas ni. Nanti sesikit korang akan tarik rasa minat tu automatik tau.

Oh ya! dah alang alang ni Kak Anis nak share yang Elsajida ada collaborate dengan Iman (publisher buku) sempena pelancaran buku terbaru karya Ustaz Syaari Ab Rahman  yang bertajuk Perempuan Yang Baik-Baik Dalam Alquran.  Preorder buku sedang berlangsung dan setiap pembelian akan mendapat voucher RM 20 daripada Elsajida. Tawaran sehingga 28 Julai 2019 sahaja.

Selamat membeli! :)

 

 

Love,
Kak Anis...

 

 

 

 

  • Post author
    ANIS AMALINA

Comments on this post (0)

Leave a comment

Liquid error: Could not find asset snippets/quantity-breaks-now.liquid