- BENDA PENTING SETIAP WANITA PERLU BAWA KETIKA KELUAR (KAK ANIS'S STYLE – elsajida.com
s

Diari Elsajida

  • BENDA PENTING SETIAP WANITA PERLU BAWA KETIKA KELUAR (KAK ANIS'S STYLE)
  • Post author
    ANIS AMALINA

BENDA PENTING SETIAP WANITA PERLU BAWA KETIKA KELUAR (KAK ANIS'S STYLE)

Wanita memang sangat terkenal dengan bawak beg yang besar kan? Bukan takat korang je, Kak Anis sendiri pun kalau bawak beg memang sarat penuh dengan bebarang dalam tu. Selagi boleh sumbat kita sumbat haha!

Tapi untuk post kalini Kak Anis nak share tips untuk beberapa barang yang korang wajib bawak setiap kali sebelum nak keluar rumah

1) Pin lebih


Tak kesah lah safety pin ke, pin jarum peniti ke, makesure korang bawa lebih. Taknak bagi hilang? Korang boleh terus pin kan dekat dalam beg/ letak dalam dompet. Korang akan berterima kasih sesangat bila sampai masa nak guna. Kadang bukan kita yang nak guna, tapi orang lain yang kekadang nak pinjam sebab terhilang pin, ala ala life saviour gituh hehe!

2) Stokin tangan 

Penting sangat yang ni lelagi kalau kita nak untuk ready solat. Bila pakai stokin tangan ni selamatlah sikit, takdalah kita kena duk tarik tarik lengan baju tu kan? hehe.

3) Stokin kaki

Penting jugak yang ni, Makesure sebelum keluar rumah cek bahagian kaki sebab part tu pun dikira aurat juga ya sahabat sekalian :) 

 

4) Buku nota kecil dan pen

Nampak sekali imbas macam takkan guna je kan dua barang ni sebab kadang tu ada yang lebih prefer pakai notes kat phone je kan. Tapi percayalah once korang perlu guna dua benda ni mesti lepas ni korang dah takkan rasa nak tinggal sebab ada benda memang lagi prefer untuk menulis dari menaip kat phone.

 

5) Panadol

Get ready at least sepapan panadol ni dalam beg korang k. Mana tau kot kot tetiba rasa tak sedap badan ke kan memang life saviour sungguh benda ni.

 

6) Tiger balm, minyak cap kapak, minyak yu yee cap limau

Ni antara benda wajib yang Kak Anis makesure salah satu ni wajib ada dalam beg. Sangat penting lelagi yang tiger balm tu. Sebab kita tak tau akan ada masa tetiba je kita nak guna benda ni. 

 

7) Mineral water / air masak

Dekat ke jauh ke tempat yang kita nak pergi tu jangan lupa bawa air masak tau. Air masak ni lah yang sangat berguna bila time time tetiba kita terasa lapar. At least berlapik sikit perut kan sebelum menanti nak makan.

 

8) Energy bar

Sesetengah mungkin akan suka bawa gula gula, chocolate, cereal and etc. Tapi macam Kak Anis prefer untuk bawa energy bar ni sebab lebih kenyang sementara nak menanti makan benda berat. Plus dia lebih berkhasiat juga. 

 

9) Cleansing oil, tissue wipes


Dulu kak Anis sendiri tak cakna nak bawa benda benda ni tau tapi ketahuilah penting sangat sebab even kita tak pakai apa apa kat muka , by the time kita nak solat dua item ni sangat berguna sebab kalau kita basuh je dengan air biasa kotoran/ mekap tu takkan hilang. Jadi bila pakai ni insyaAllah nak solat pun kita jadi lebih yakin sebab dah makesure bebetul takda pape kat muka

10) Earphone

Time tengah tunggu grab ke, tunggu train ke, earphone ni memang sangat berguna dan jadi kawan baik hehe!

 

11) Power bank / charger

Makesure power bank tu dah charge penuh dan bawak jugalah charger as a safety.



So inillah antara benda yang Kak Anis akan wajib bawa bila keluar. Fuhh nampak macam banyak kan?  (Biasalah beg pempuan tak sah tak berat cam batu, eh! haha).

Korang ada nak tambah lagi ke? Meh drop by komen kat bawah :)

Till next time

Love,
Kak Anis

  • Post author
    ANIS AMALINA

Comments on this post (0)

Leave a comment

Liquid error: Could not find asset snippets/quantity-breaks-now.liquid