- BILA TANGKAP GAMBAR, KULIT NAMPAK KUSAM DAN TIADA AURA, DIMANA SILAPNY – elsajida.com
s

El Sajida Shares

  • BILA TANGKAP GAMBAR, KULIT NAMPAK KUSAM DAN TIADA AURA, DIMANA SILAPNYA?
  • Post author
    ANIS AMALINA
  • teamELsajidaTips

BILA TANGKAP GAMBAR, KULIT NAMPAK KUSAM DAN TIADA AURA, DIMANA SILAPNYA?

P/S : Pakat share ramai ramai dengan adik, kakak, mak, makcik, kawan kawan, sepupu sepapat yang nak sentiasa tampak yakin dan naik aura bila bertudung.
.
.
.
Sebenarnya tona kulit dan pemilihan warna tudung yang sesuai untuk kita amat berkait rapat. Mungkin selama ni kita main pakat match saja, tak hirau pun sebenarnya boleh beri impak pada pemakaian kita.



Bila tangkap gambar, sedar sedar, wajah kita yang paling nampak kusam sekali, dimana silap nya? Ternyata bila kita pilih warna tudung yang tepat, boleh naikkan seri wajah sekaligus wanita yang memakai akan tampil anggun dan berkeyakinan.

Ingat.. tak semua warna boleh MASUK dengan kulit kita ya!

Ikuti panduan memilih rona hijab yang bersesuaian dengan warna kulit korang.


1) Kulit Putih


Anda yang berkulit putih adalah bertuah, kerana hampir setiap warna sesuai dikenakan dengan warna kulit ini. Namun harus juga berhati-hati dalam mengenakan warna pudar seperti pastel atau kuning, kerana ia boleh membuatkan wajah tampak pucat tidak bermaya. Pilih warna kontra dengan kulit iaitu gelap atau terang seperti hitam, merah dan ungu. Warna-warna ini membuatkan raut wajah anda tampak lebih cerah bercahaya

2) Kulit Kuning Langsat


Pilih rona terang seperti kuning, merah dan merah jambu. Rona biru juga sesuai untuk digayakan. Elakkan daripada memakai coklat gelap atau krim kerana warna tersebut menjadikan kulit wajah tampak kusam

3) Kulit Sawo Matang


Hindari dari memilih rona yang seakan warna kulit sawo matang iaitu kelabu atau coklat gelap, kerana penampilan anda akan tampak suram dan tidak menyerlah. Rona pastel, terang bahkan gelap seperti ungu atau merah hati amat bersesuaian dengan tona kulit ini.

4) Kulit Gelap


Warna-warna terang seperti merah, jingga, kuning serta royal blue amat sesuai dipadankan dengan kulit gelap. Ianya menonjolkan sifat kontra terhadap rona kulit anda, sekaligus menaikkan seri wajah. Untuk penampilan yang lebih berani, gayakan warna neon untuk kelihatan menyerlah. Warna kusam seperti coklat harus dielakkan kerana ia boleh menenggelamkan penampilan anda

Sumber: https://www.wanista.com/…/tip-padanan-hijab-bersesuaian-de…/

  • Post author
    ANIS AMALINA
  • teamELsajidaTips

Comments on this post (0)

Leave a comment