- Buat Siswi Terlanjur & Yang Masih Terpelihara – elsajida.com
s

Diari Elsajida

  • Buat Siswi Terlanjur & Yang Masih Terpelihara
  • Nor Sajidah Zulkafli
  • copypastemuslimahtazkirah

Buat Siswi Terlanjur & Yang Masih Terpelihara

Ini bukan penulisan kak Jida tapi kak Jida copy dari status FB Puan Mardiana Mat Ishak, seorang pensyarah di universiti. Dia meminta agar dipanjangkan lagi status nya ini supaya ramai anak remaja perempuan tidak terjebak.

 

*****************

Saya sedih bercampur marah dan geram.

.

Satu malam baru-baru ni saya ada terima satu panggilan telefon. 

.

Tangisan dari seorang siswi. "Ustazah, minta maaf saya telefon ustazah malam-malam ni. Saya nak jumpa ustazah sangat-sangat. Saya tak tahu nak mengadu pada siapa"

.

Seperti dijanjikan. Esoknya beliau datang berjumpa saya. Wajah murung, sayu dan sedih.

.

"Ustazah. Saya tak tau nak mengadu pada siapa. Saya teringat dekat ustazah ja"

.

Fuh.. Saya tarik nafas dalam-dalam. Suspen jap. "Ya, ada apa yang boleh saya bantu?"

.

"Ustazah macam ni sebenarnya...bla. bla..bla.."

 

Allahuakbar.. Menyirap darah saya mendengar cerita beliau.

 

Diringkaskan cerita. Siswi yang baik ini telah rosak hidupnya angkara seorang lelaki durjana yang tidak bertanggungjawab!. 

 

"Ustazah, Kalau sebelum ini, solat saya terjaga, Al-Quran saya selalu baca. Tetapi disebabkan dia, hidup saya dah jadi lost ustazah..Diri saya kotor ustazah.. Semuanya semakin berat.. Saya rasa malas sangat nak buat ibadah semua tu, cuma saya tak tinggal solat saya". 

 

Astaghfirullah..Luluh hati saya mendengarnya.

 

"Minta maaf saya Tanya ni. Macam mana kamu boleh terjebak?"

 

"Mula-mula memang kitaorang selalu keluar ramai-ramai. Lepas tu ada sorang kawan teman. Lama-lama dia kata tak payah ajak kawan. Keluar berdua saja. Dari situlah segalanya bermula.."

 

"Saya dah tak nak buat benda tu ustazah. Tapi lelaki tu selalu ganggu hidup saya. Asyik call dan kacau saya. Cuba naikkan nafsu saya."

 

"Ustazah tau tak, lelaki ni target dia hanyalah perempuan yang bertudung labuh dan berniqab".

 

What?? Allah... Saya jadi geram dan rasa mahu marah pada lelaki tu!. 

 

Apa yang saya kongsikan ini jangan anda yang membaca dan melihat orang yang bertudung labuh dan berniqab itu tak boleh dipercayai, kotor, jahat etc. 

 

Isu yang saya kongsikan ini bukan isunya pada berniqab atau tidak. Bertudung labuh atau tidak. Sekolah agama atau tidak.

 

Sesiapa sahaja boleh terjerumus dalam dosa dan maksiat macam ni. Jangan mengata orang dan bajet kita bagus sangat. Perkara yang sama boleh sahaja berlaku pada anda. Na'uzubillahiminzalik.

 

Isu dan maksud yang saya nak share adalah pada semua siswi. 

 

Tolong ingat dan pegang betul-betul pesanan saya ni:

 

1. Tolong Jadi Mahal

 

Sister, tak rugi jadikan diri mahal. Lagi mahal lagi orang nak. Cuba sis tengok pada diri, kalau sis ada rupa (kalau rasa diri tak ada rupa pun xapa. Hakikatnya setiap orang ada kecantikan masing-masing yang Allah bagi). Kalau sis jadi mahal, bukan senang orang nak ajak keluar sana-sini. Itu sepatutnya menjadi satu kebanggaan dan kejayaan besar buat sis!. Sister bukan perempuan sembarangan!.

.

Nanti insyaAllah oneday, Sis akan lagi rasa bahagia bila ada lelaki yang serius dan sunting menjadi suri hidup dia disaat ijab kabul. Disaat PERTAMA KALI bersalam dan bersentuhan dengan lelaki, sis akan rasa satu perasaan bahagia yang sukar digambarkan! Bahagia yang bermaruah.

 

2. Firm

 

Once bila dah letak "Saya tak akan layan lelaki yang mengada-ngada dan cuba test power, so that's it!". Pegang dengan tu. 

 

Sis, ramai lelaki kat luar sana yang suka test nak uji sis ni jenis perempuan yang macam mana. Ada yang sekadar nak test dan bila dah confirm, dia nak sangat jadikan sis isteri. Yang pasti kita tak tahu lelaki tu jenis yang mana. Untuk part kita, lebih baik ambil langkah selamat. Say NO. Be firm. Kalau sis yang jenis senang dibawa kesana kemari, senang bagi kena pegang sana sini sampai rosakkan sis, itu BUKAN CALON SUAMI YANG BAIK. 

 

Saya bagi contoh untuk part firm ni.

 

Katakanlah sis kenal sorang lelaki ni sebab society. Ok mula-mula msg tanya tentang society, meeting bla bla bla.. Tup tup tiba-tiba dia msg tanya, sis dah makan ke belum, sis suka pakai baju apa etc (yang tak ada kaitan dengan society), PLEASE JANGAN MENGADA-NGADA NAK JAWAB. TAK PERLU. Cakap pada diri sendiri, "Ko apehal nak sibuk tanya aku dah makan ke belum etc..." (cakap pada diri sendiri je, bukan pi reply mesej dia okeh!). Dari situ saja dia akan hormat sis dan melihat sis bukan perempuan sembarangan.

 

Saya share sikit pengalaman saya sendiri dalam part firm ni. Saya sendiri masa lepas bertunang, Alhamdulillah saya masih berpegang dengan prinsip saya. Saya dan tunang hanya mesej  kalau ada keperluan. Saya hanya akan jawab jika perlu. Pernah tunang saya tanya. "Tak ada panggilan mesra sikitkah special untuk dia? Sayang ke, Abang ke, kan dah bertunang?". Saya reply, "Minta maaf ya. Panggilan istimewa abang, sayang etc tu hanya istimewa untuk suami saya sahaja". Cakap terus terang. Bagi sedar sikit yang awak tu tak ada hak keatas saya selagimana belum diijab Kabul.

 

Oh rupanya, saya tahu mesej tu sebenarnya nak test saya saja masa lepas kahwin. 

 Alhamdulillah. 

 

3. Surrounding

 

Pilih kawan dan surrounding yang sibukkan kita dengan apa-apa yang ada manfaat. Cari kawan-kawan yang boleh ajak kita kepada kebaikan.

 

Isunya sekarang, kalau dah terlanjur?

 

Saya tau dari cerita sister tadi, masih ada siswi yang diluar sana yang berhadapan dengan isu yang sama, yang sudah terjebak atau yang hampir terjebak. 

 

Yang hampir terjebak, tolong undur diri dalam hidup lelaki tu. Kalau dia serius, dia akan berjumpa parents minta izin untuk berkahwin. Jangan bagi harapan dan bajet kita kenal-kenal dulu dalam 2- 3 tahun. Tak payah. Kalau rasa tak mungkin untuk kahwin lagi dalam masa terdekat, tak perlu lagi nak terima mana-mana lelaki. InsyaAllah sis akan dapat lelaki / suami yang lebih baik insyaAllah. Yakin itu sahaja. Tak perlu takut nanti tak ada orang nak etc. 

 

TOLONG JAUHKAN DIRI SIS! 

 

Yang sudah terlanjur?

 

1. Taubat. 

 

Inilah permulaannya. Tolong Jangan kembali. Tutup kunci dan grill terus pintu kejahatan tu. Kalau lelaki tu cuba hubungi lagi. Jangan dilayan. Tak perlu angkat marah-marah. Tak perlu. Biarkan saja. Kalau boleh, tukar no tel. Kalau rimas telefon asyik berbunyi, silentkan je. Jangan sesekali angkat. Biarkan. 

 

2. Mengadu pada Allah. 

 

Kalau sis mengadu dan menangis didepan manusia. Manusia itu sama lemahnya seperti sis. Mereka hanya boleh berikan nasihat cadangan itu dan ini. Tetapi solusi terbaik jawapannya hanya ada antara anda dan Allah. Mengadu dan menagislah sepuas-puasnya kepada DIA. DIA Maha Mendengar, Maha Besar Rahmatnya, sangat luas kasih sayangnya. 

 

Jangan sesekali salahkan Allah/ Tuhan. Jangan kata, "Kenapa engkau uji aku macam ni, kenapa engkau..."  

Sister, apa yang berlaku disebabkan diri kita sendiri. Takpe, maafkan diri sendiri dahulu. Bagii peluang untuk diri berubah. Selagimana kita masih bernyawa, disitu peluang taubat sentiasa terbuka. 

 

InsyaAllah, saya doakan sister akan jadi lebih matang, kuat dan berperinsip. InsyaAllah sister akan jadi isteri solehah yang sejuk mata memandang seorang lelaki yang bernama suami. 

 

3. Lupakan Dia

 

Sis, perasaan itu Allah boleh bagi. Perasaan tu juga Allah boleh tarik. Berdoalah minta sungguh-sungguh pada Allah cabutkan perasaan sayang yang langsung tiada makna, tidak berpahala tu dari diri sis. Sayangi diri dan ibubapa terlebih dahulu.

 

4. Rahsiakan

 

Kisah silam sis jangan sesekali diceritakan pada sesiapapun. Itu adalah aib yang Allah telah tutup. Peluang untuk sis berubah Allah masih bagi. Hidup sis mesti diteruskan. Akhirat adalah destinasi.

 

Berazam untuk jadi isteri solehah yang cinta, sayang dan taat pada suami.

 

Apabila kahwin nanti, baik dipihak lelaki atau perempuan, tidak perlu korek kisah silam mereka. Apa yang kita mahu adalah insan istimewa yang dihadapan kita sekarang. Kita bina hidup bersamanya yang lebih bahagia berpahala.

 

Untuk brother yang jenis suka test-test ni:

 

Come onlah. Jadi lelaki yang bermaruah sikit. Saya setuju untuk anda test mana-mana sister yang anda berkenan nak dijadikan isteri. Tapi cukuplah sekadar yang perlu saja. Janganlah sampai nak test drive sampai ke ranjang! Ini sudah melampau! 

 

Anda ingat dengan cara itu anda bahagia? Tak tahulah kalau anda tak rasa berdosa dan tak sedar balasan Akhirat yang menanti! Allah.. Nau'zubillahiminzalik..

 

Syaitan sentiasa akan hasut dan goda.  Bahagia yang tidak kemana dengan Zina. Nikmat syok yang sementara dan tidak akan pernah puas. Na'uzubillahiminzalik.

 

Ittaqullah!!!

 

Ya Allah..Engkau peliharalah anak cucu zuriat keturunan kami dari tipu daya syaitan yang durjana... 

 

Salam Hormat,

 

Mardiana Bt Mat Ishak

  • Nor Sajidah Zulkafli
  • copypastemuslimahtazkirah

Comments on this post (0)

Leave a comment