- TIPS JADI PENGEMAS SEPERTI MARIE KONDO – elsajida.com
s

Diari Elsajida

  • TIPS JADI PENGEMAS SEPERTI MARIE KONDO
  • Post author
    ANIS AMALINA

TIPS JADI PENGEMAS SEPERTI MARIE KONDO

Untuk sharing kalini kak Anis nak share sikit cara paling famous untuk jadi penggemas dan pembersih yang sekarang ni ramai orang duk share oleh Marie Kondo. 

Yang menariknya, sistem yang Marie Kondo cipta ni dah jadi fenomena dan tak susah nak follow.

Kak Anis sendiri dah follow beberapa step dan agak menjadi.

Untuk sharing kalini Kak Anis ambil sumber bacaan daripada laman pautan ni

https://www.wanista.com/2019/178432/guna-kotak-tak-gantung-baju-tips-jadi-pembersih-dari-marie-kondo-luar-biasa/

Jom kita baca!


#1 Mula Dengan Penggunaan Kotak

Dalam episod pertama siri “Tidying Up with Marie Kondo” terbitan Netflix, Marie Kondo menyatakan yang beliau sememangnya cintakan kotak. Alasannya adalah kerana kotak sedikit-sebanyak dapat menjadikan hidup kita lebih teratur di mana, kamu sebenarnya boleh memanfaatkan kotak sebagai medium penyimpanan yang optimum dalam ke arah untuk menjadi pembersih serta seorang yang pengemas.

Guna kotak untuk aturkan barang-barang dalam almari dan laci namun, salah satu tips yang dijelaskan Marie adalah cuba cari kotak atau bekas simpanan yang menarik seperti bercorak atau berwarna agar ianya lebih menarik dan buat hatimu girang agar tidak berasa bosan atau malas berkemas.

 

#2 Jangan Gantung Baju!

Tak perlu lagi semakkan almari dengan hanger yang membuak-buak pada kayu penggantung. Guna hanger memang mudah namun sebenarnya ia akan menggalakkan kamu untuk terus membeli pakaian sekaligus menjadi seorang shopaholic. Apabila terlalu banyak baju yang digantung, sukar untuk kamu mencari dan akhirnya, kamu membeli-belah kerana merasakan tiada baju yang sesuai dipakai sehari-hari.

Marie Kondo mengajar kita semua untuk melipat elok pakaian dan menyusunnya secara rapi dalam laci alamari. Ini bisa membuatkan kita peka dengan pakaian apa yang kita ada malah lebih senang untuk mencari pakaian bila mahu dipakai nanti.

Marie Kondo mengajar kita semua untuk melipat elok pakaian dan menyusunnya secara rapi dalam laci alamari. Ini bisa membuatkan kita peka dengan pakaian apa yang kita ada malah lebih senang untuk mencari pakaian bila mahu dipakai nanti.

Baju yang dilipat menggunakan kaedah KonMari lebih sennag disusun dan dilihat kerana menampakkan bahagian hadapan pakaian. Sumber: onetalltwoshort.com

#3 Lipatan Kecil Kaedah KonMari

Diilhamkan sendiri oleh Marie Kondo dan menurutnya, baju adalah barang yang sering menyerabutkan rumah seseorang, justeru dia mencipta teknik lipatan kecil KonMari untuk dimanfaatkan semua agar tidak memerlukan ruangan banyak dalam almari serta mudah untuk dilipat kerana tidak memerlukan teknik yang “terlalu kemas”

#4 Layan Objek Seolah “Mereka” Bernyawa

Menurut Marie Kondo, salah satu cara untuk menjanjikan kediaman yang selesa tanpa barang berselerak adalah dengan mengumpulkan objek-objek tersebut di suatu tempat sebelum mula mengemas. Dengan cara itu kamu akan nampak antara barang-barang lama yang mungkin kamu sudah tidak perlukan dan ia kemudian boleh diasingkan untuk dikitar semula atau diberi kepada orang. Boleh juga dijual!

Tips EXTRA dan CARA Kak Anis


1. Untuk kotak penyimpanan kak Anis sarankan untuk korang beli di kedai RM 2 , Eco ataupun Mr Diy sebab lebih murah dan kualiti pun boleh tahan bagus. Kalau beli banyak banyak tak terasa.

2. Jangan pernah rasa terlalu sayang dengan barang. Sebab tu tips yang Marie Kondo suggest untuk kita kumpul semua objek barangan sebelum nak mula kemas tu penting. Dari situ kita boleh tapis barang mana yang betul betul masih nak pakai dan barang mana yang kita tak pakai. 

Kalau terlalu sayang nak buang atau sedekah, itu yang boleh sebabkan lambakan barang bersepah sampai susah nak kemas.

 
Memang menjadi sangat tips oleh Marie Kondo ni, jangan lupa untuk ikut tips ni dan praktikkannya ya. 



Love,
Kak Anis

 

 

 

  • Post author
    ANIS AMALINA

Comments on this post (0)

Leave a comment

Liquid error: Could not find asset snippets/quantity-breaks-now.liquid