- TUNAI HAJI DI USIA MUDA? – elsajida.com
s

Diari Elsajida

  • TUNAI HAJI DI USIA MUDA?
  • Post author
    ANIS AMALINA

TUNAI HAJI DI USIA MUDA?



Disebabkan musim haji pun bakal tiba tak lama (lebih kurang 1 minggu saja lagi ketika blogpost ini ditaip) untuk topik kali ni,saja Kak Anis nak share mengenai haji di usia muda mengikut pandangan Kak Anis. To be honest, dedulu Kak Anis selalu rasa orang yang layak tunaikan haji hanya yang dah agak dewasa antara umur 40 an keatas macam tu. Sebab mungkin faktor kewangan mereka dah stabil, anak anak pun dah besar, dan dah banyak ilmu persiapan menyahut seruan ilahi berbanding yang berumur masih muda belia.

 

Selalunya kalau tanya orang muda (kebanyakkan nya kak Anis rasa hehe) mereka lebih terikat untuk fokus pada komitmen kehidupan dulu, contohnya memenuhi keperluan anak anak bagi yang baru saja berkahwin, nak beli rumah, nak beli kereta dan lain lain berbanding set goals untuk pergi haji di usia muda. Kak Anis sendiri pun tak pernah terfikir untuk berniat tunaikan haji pada usia muda mulanya tau, sehinggalah beberapa tahun lepas kak boss dan big boss Elsajida telah mendapat panggilan untuk tunaikan haji yang ketika itu usia mereka menjengah 28 tahun (muda kan?). 

Sumber : google 

Memang ianya membuka mata sungguh sungguh pada Kak Anis. Perkara Ini merupakan perkara yang sangat sihat. Sebab seperti yang kita tahu kalau nak menunaikan haji bukan setakat persiapan rohani serta jasmani semata mata. Tapi persiapan daripada segi kewangan pun kena titik beratkan. Ramai juga dalam kalangan kengkawan Kak Anis yang dah pun dapat panggilan menunaikan haji (Bestkan? <3).  Lain rasa bila dengar perkongsian cerita daripada "kacamata" warga muda bila dapat buat haji ni. 

 

Antara faedah yang Kak Anis rasa paling signifikan bila kita buat haji waktu muda ni, insyaAllah kesihatan kita masih kuat, daya ingatan masih terdaya, nak kemana mana pun bila berada di kota suci lebih mudah, pergerakan tidaklah terlalu terbatas sebab kita masih diberikan kekuatan tanpa perlukan hemat bantuan sesiapa di sana. Ibadah haji ni memang sangat menuntut kita untuk sentiasa cergas sebab kat sana memang kita akan banyak berjalan kaki dengan keadaan panas kering di sana. Sewaktu ke masjid (dengar kata kalau dulu nak dapat saf paling depan perlu datang 2 jam lebih awal, jadi perlu keluar lebih awal untuk mengelakkan sesak diluar kawalan), sewaktu tawaf, sewaktu nak pergi melontar dan banyak lagi. 

Selain tu bila kita pergi haji usia muda ni, kita boleh bantu jemaah yang mungkin kurang kudrat sewaktu disana. Kak Anis rasa ni merupakan hikmah yang sangat cantik Allah susun bila kita saling memerlukan, saling membantu kat sana. InsyaAllah siapa tahu dengan sedikit kudrat kita, sama sama dapat membantu mereka melancarkan proses ibadah di sana. Seronok kan?  InsyaAllah pahala pun dapat :)

Dulu Kak Anis pun tak cakna sangat pasal aim nak tunaikan haji waktu muda ni, Mungkin tak dapat gambaran atau pendedahan. Tapi bila ramai orang keliling Kak Anis cerita pengalaman masing masing, rasa hati membuak buak nak cukupkan kewangan, nak topup ilmu untuk menunaikan haji ni. Buat masa sekarang antara buku buku yang menjadi pilihan kak Anis untuk topup ilmu adalah buku penulisan travelog sewaktu tunaikan haji.


 

Menarik sangat untuk dibaca sebab penulis mengambarkan situasi di sana dengan ayat yang santai dan kita tak terasa berat untuk hadam. Selain ilmu, kecukupan kewangan juga memerlukan perancangan. Kak Anis tahu mungkin ramai yang kata tempoh untuk dapat panggilan tu lambat lagi, tapi siapa tahu kan dengan niat kita, dengan semangat dan usaha kita Allah Taala akan lorongkan dan mudahkan perjalanan kita untuk dapat jemputan istimewa dariNya awal daripada sepatutnya. Perancangan Allah Taala itu sentiasa yang paling terbaik <3.

 

InsyaAllah Kak Anis doakan semoga niat kita semua untuk mendapat panggilan haji diusia muda akan dimudahkan dan diperkenankan oleh Allah. Jom topup ilmu dan baiki profil tabungan kita mulai sekarang :)




Love,
Kak Anis...

  • Post author
    ANIS AMALINA

Comments on this post (0)

Leave a comment

Liquid error: Could not find asset snippets/quantity-breaks-now.liquid