- BENARKAH ADANYA IKHTILAT DI SOSIAL MEDIA? – elsajida.com
s

Diari Elsajida

  • BENARKAH ADANYA IKHTILAT DI SOSIAL MEDIA?
  • Post author
    ANIS AMALINA

BENARKAH ADANYA IKHTILAT DI SOSIAL MEDIA?


Beberapa bulan lepas Kak Anis ada share berkenaan ikhtilat di tempat kerja kan? Kalau ada yang belum baca boleh baca melalui pautan ini ya.

Untuk sharing kalini Kak Anis nak share pula pasal ikhtilat di media sosial sebab tanpa kita sedar zaman masakini memang sangat hebat ujian di media sosial ni.

Kita mungkin tak perasaan batas yang pada asalnya kita nak jaga, dah tak terjaga dek kerana terbuai dengan pergaulan dalam media sosial ni.


Dulu masa zezaman Kak Anis sangat femes amos yahoo messenger, myspace, dan Friendster (just to name a few). Tapi zaman sekarang terlalu banyak lambakan pautan jaringan sosial macam ni, dan features dia pun lebih advance.

Contoh macam facebook dan Instagram sendiri, kita boleh buat live video, boleh mention tempat kita check in, boleh selfie pakai berbagai emoticon dan memacam lagi.

Sebenarnya Kak Anis sangat risau tau dengan teknologi yang terlalu advance ni, kalau kita tak gunakan dengan betul, boleh menjurus kepada ikhtilat yang sangat tak sihat.

"Tapi kak Anis, dengan keadaan macam mana yang Kak Anis kata ikhtilat yang tak sihat dalam sosial media ni?"

Sebagai contoh ya (ni kak Anis tak pukul rata semua, tapi based on pengamatan Kak Anis) :

Saudari A letak gambar selfie yang sangat cantik, lepas tu tetiba ada saudara B beri komen kat bahagian komen , "Ayu....seayu namanya”. 

Simple saja ayat tu kan, nampak macam biasa dan tak ada apa, tapi contoh macam tu lah yang membawa kepada permulaan pada ikhtilat yang tak sihat sebenarnya. 

Mula mula pujian di komen dulu, lepas tu mungkin melarat kat bahagian direct message pula, dan lepas tu mungkin lebih advance nak ajak jumpa keluar berdua.

Ini contoh saja ya, Kak Anis tak kata semua (minta maaf kalau ada yang tak setuju)

Tetapi ada beberapa cara yang mungkin kita boleh avoid untuk elakkan perkara ini dari berlaku

1) Kurangkan untuk pos gambar selfie / gambar yang terlalu dekat yang cantik

Men are attract to beautiful things. Kak Anis percaya setiap daripada muslimah semua sangat cantik luar dan dalam, jadi apa kata kita simpan cantik itu untuk yang benar benar layak saja.

2) Latih diri untuk posting sesuatu yang bermanfaat

Mungkin kita boleh pos mengenai perkara positif yang kita lakukan harini ataupun kita post quotes positif atau perkara yang kita suka buat. Bila kita post perkara yang bermanfaat insyaAllah moga moga yang melihat juga akan terpalit dengan manfaat yang positif

3) Kalau boleh add orang yang kita kenal saja dan perempuan secara khasnya

Ini sangat penting. Dengan siapa kita berkawan / follow / following di media sosial sebenarnya mengambarkan diri kita. Bukan maksud kak Anis kita tak boleh langsung nak terima follower lelaki, tetapi kalau kita boleh elak kita elak. Kalau yang ada kaitan dengan kita macam sedara mara ke, itu lain cerita. Dan kalau boleh kita private kan social media kita

Tetapi.......(ada tetapi tau hehe) kalau korang ada niat nak gunakan media sosial untuk sebarkan kebaikkan atau baru berjinak nak buat bisnes, kak Anis sarankan, its okay kalau kita publickan social media kita.  Harus tetap diingat, bahan posting yang kita nak post tu kena filter bebetul (part ni memang kena ada satu topik lain) Yang penting niat kena betul iaitu kita nak buat dan sebarkan kebaikkan menerusi media sosial.

Kak Anis sayang semua muslimah sebab tu Kak Anis suka untuk share pasal perkara ni. Kak Anis pun pernah melalui zaman muda (sekarang ni pun muda lagi, cuma dah hujung hujung muda haha perasan! :P) 

Lindungi diri untuk yang benar benar layak.
Mahalkan diri untuk yang benar benar istimewa.

Kak Anis berpesan untuk diri Kak Anis juga.




Love,
Kak Anis

 

 

 

  • Post author
    ANIS AMALINA

Comments on this post (0)

Leave a comment

Liquid error: Could not find asset snippets/quantity-breaks-now.liquid