- SEBELUM KELUAR RUMAH JANGAN LUPA 3 BARANG NI – elsajida.com
s

Diari Elsajida

  • SEBELUM KELUAR RUMAH JANGAN LUPA 3 BARANG NI
  • Post author
    'Ain Adilah Mohd Adlan

SEBELUM KELUAR RUMAH JANGAN LUPA 3 BARANG NI



Topik kalini mungkin agak berlainan sikit Kak Anis nak share, lebih kepada penjagaan diri especially buat wanita muslimah kat luar sana. Iaitu tentang kepentingan cleansing oil, micellar water/face wipes. Kak Anis rasa terpanggil sangat nak share benda ni sebab dalam 1-2 tahun ni jugak baru Kak Anis tahu perihal pasal cleansing oil, micellar water/face wipes ni. Dulu tak berapa nak cakna sangat untuk guna produk  ni, tapi lately kalau perasan memang macam cendawan tumbuh brand yang keluar pasal produk ni.

First apa tu cleansing oil/micellar water/face wipes ni?

Dengan kata mudah ketiga tiga jenis ni adalah satu agen cecair/tisu lembab yang terdapat fungsi yang sama iaitu membersihkan kotoran di muka kita. Kalau dulu mungkin kita rasa bila kita cuci wajah dengan pencuci wajah tu dah kira cukup. 


Gambar : Iman Abdul Rahim

Tapi tahukah korang sebenarnya sangat tak cukup. Sebab tu kita perlukan salah satu agen ni untuk bantu cuci kulit wajah dengan lebih baik. 

So camne cara pakai ketiga tiga ni kak anis?

Okay , caranya sebelum korang cuci pakai pencuci wajah yang biasa korang pakai tu (tak kesah dalam berbentuk gel/buih), korang apply salah satu ni. Macam kak Anis sendiri tiap kali sampai je rumah sebelum cuci muka akan pakai cleansing oil dulu (cara pakai agak berbeza dengan pencuci wajah biasa, boleh baca di belakang produk) , setelah itu baru basuh guna pencuci wajah yang selalu pakai.

Kalau keluar jenjalan dan tetiba nak solat pulak Kak Anis akan guna 2 helai kapas muka kemudian tuang sedikit micellar water. Kemudian baru cuci muka guna air biasa, dan berwudhuk.

Nampak macam banyak nya lahai, nak kena follow step semua ni kan? Tapi step yang Kak Anis share ni bukan sesaja tau. Sangat sangat penting untuk kita sedar yang setiap kali nak solat perkara pertama yang kita kena cakna adalah ;

"adakah kulit wajah kita benar benar bersih daripada sebarang solekan"

Solekan tu pulak bukan takat solekan tebal tu je tau. Even kita pakai bedak sikit je pun, itu pun macam dah kira macam ada anasir yang menghalang kita untuk ambil wudhuk dan nak tunaikan solat.

Penting sangat sangat untuk kita pastikan wajah kita bebetul bersih, bebetul ringan daripada sebarang chemical / solekan sebelum nak solat. 

Plus kulit wajah kita pun akan lebih sihat. Tak percaya? Silalah cuba ikut step kak Anis ni, insyaAllah memang akan nampak kesan jangka panjang bila kita usaha nak bersihkan wajah kita bebetul especially sebelum solat ni.

Tips kak Anis kalau nak pergi travel atau keluar jenjalan, takkan nak bawa botol besar micellar/cleansing oil (sekiranya korang plan nak pakai kedua dua ni) ni kan? So, apa yang kak Anis buat, kak Anis akan masukkan sikit dalam small toilettries, masukkan dalam beg kosmetik kecil, so tak lah berat sangat nak menjijit dalam beg ;)

Nasihat Kak Anis, jomlah kita rutinkan diri dan ambil tahu tentang step untuk cuci wajah dengan betul sebelum solat. Kita jaga bukan sebab semata nak kulit cantik dan sihat saja. Tapi kita jaga sebab kita nak pergi bertemu dengan Allah, dan haruslah kita berada dalam keadaan yang diyakini bersih dan selesa.

Yang baik datang dari Allah Taala, yang sebaliknya datang daripada Kak Anis jua. Selamat beramal :)

 


Love
Kak Anis
 

  • Post author
    'Ain Adilah Mohd Adlan

Comments on this post (0)

Leave a comment

Liquid error: Could not find asset snippets/quantity-breaks-now.liquid