- PENYAKIT AIN DAN SOSIAL MEDIA (apa kaitannya?) – elsajida.com
s

Diari Elsajida

  • PENYAKIT AIN DAN SOSIAL MEDIA (apa kaitannya?)
  • Post author
    ANIS AMALINA

PENYAKIT AIN DAN SOSIAL MEDIA (apa kaitannya?)

Dulu Kak Anis tak berapa familiar sangat dengan penyakit Ain ni. Kak Anis tahu pun berkenaan penyakit ni bila tertengok satu video yang dikongsi kawan kat FB. Memula dulu rasa macam penyakit Ain ni macam biasa saja kot, tak terlalu serius tapi lepas baca beberapa artikel ternyata penyakit Ain ni boleh bawa mudarat kalau kita tak avoid penyakit ni datang. Penyakit Ain ni boleh terjentik bila bila masa saja tanpa kita sedar. 


Okay sebelum Kak Anis citer lanjut pasal penyakit Ain dengan sosial media ni, meh Kak Anis nak share dulu apa maksud penyakit Ain ni. Mungkin ramai yang tak tau. Here we go...

Sumber : Fayda

Penyakit ‘ain ialah penyakit yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai sifat iri atau rasa takjub terhadap apa yang dipandang. Ianya boleh terjadi dari orang yang dengki atau orang yang dicintai, dari orang yang jahat atau orang yang soleh. Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata: ‘Ain adalah pandangan hasad dari tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya. [Fath al-Baari, 10/200] -

Sumber oleh Natirah Aziz
(pautan panjang ;  https://tzkrh.com/penyakit-ain-boleh-terkena-melalui-media-sosial/ )


Penyakit Ain ni tanpa kita sedar boleh berlaku. Nak nak pulak dengan zaman sosial media yang meriah sekarang ni.

"Tapi kan Kak Anis, apa kaitan penyakit Ain dengan sosial media ni?" . 


Sumber : ummuzahrani


Okay meh sini Kak Anis bagi contoh. Contoh lah A ada post something kat fb pasal rumah yang dia baru beli, rumah landed lagitu, muda muda dah ada rumah. B (kawan A di fb) ni pula tak semena mena ternampak posting A kat facebook, dan dia dengan ada sikit rasa takjub dalam hati cakap "bertuah nya A ni memuda lagi dah dapat beli rumah". Tanpa B ni sedar dalam rerasa takjub tu, di sisi lainnya dia ada rasa macam jeles atau dengki sikit sebab A dah ada rumah (hati manusia ni payah nak filter kan. Allahu). Tak lama lepas tu mungkin A ditimpa kecelakaan ke atau apa apa benda yang tak elok. Dan itu MUNGKIN salah satu tanda terkena penyakit Ain ni. Nauzubillah!

Nampak macam simple je kan? Tapi kesan dia memang dahsyat. Ada beberapa artikel yang kak Anis baca sebenarnya penyakit Ain ni dah wujud masa zaman rasullullah lagi.

Begitu pula hadis Jabir ra bahwa Rasulullah SAW berkata kepada Asma’ binti Umais, “Mengapa aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma menjawab, “Tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘ain”. Beliau berkata, “Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka!” (HR. Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

Sumber oleh https://tentangyaya.blogspot.com/2018/02/bahaya-penyakit-ain.html 

Jadi pada Kak Anis, kita memang hidup dalam dunia yang serba serbi kalau boleh kita nak bagitahu satu dunia tentang apa yang kita ada, tentang apa yang kita rasa, tentang apa yang kita milik. Cuma bila kita dah tau betapa kemudaratan penyakit Ain ni mungkin boleh berlarutan, kita latih diri untuk control diri daripada share benda yang mungkin akan datangkan rasa tak sedap pada pandangan mata orang lain.

Again , hati manusia ni kita tak tau cemana kan, rambut mungkin sama hitam, hati mungkin tiada siapa yang tahu.

Memang payah nak control, sebab mungkin niat kita hanyalah nak share, nak orang doakan kita, tapi dalam pada tu kita kena jaga jaga. Filter untuk share benda yang perlu saja, Share benda yang bawa kebaikkan contohnya. 

Tips kak Anis mudah je, kalau benda yang berkaitan harta melimpah yang kita milik, bahagia yang kita rasa, cantik yang mungkin nak dipamer, biarlah disimpan dalam dalam. Tak perlu nak share pada semua. Kalau rasa nak juga share, share pada sahabat sahabat, kenalan, famili yang rapat dengan kita. Yang kita yakin insyaAllah kalau kita share dorang akan rasa hepi dan doakan kita. Kadang niat kita hanya nak share pada orang yang rapat saja, so that kawan kawan kita tau perkembangan masing masing, kita berada dalam keadaan baik. Lagipun di fb dan instagram,  (just name a few) sekarang ni pun dah boleh filter dah hanya kawan tertentu je yang boleh lihat sharing kita. 

Lagi satu tips Kak Anis, kalau nak share sesangat, rasa kalau macam tak share tak puas hehee, set je posting tu as "only me" (untuk di fb). Sebab Kak Anis pun faham kita kekadang nak share sebab kita nak keep the memories kan. Nak simpan supaya boleh tengok 10 - 20 tahun akan datang. Jadi sebarang posting / gambar / video, set je as "only me". Kalau rajin boleh juga buat private instagram untuk diri kita sahaja. InsyaAllah cara macam ni Kak Anis rasa lebih baik dan hati kita serta hati orang yang melihat pun boleh terjaga.

Jadi semuanya tentang pilihan. 

Ada benda kita boleh share pada umum supaya kita dan mereka akan dapat kebaikkan bersama...

Ada benda kita perlu simpan dan tak perlu diceritakan kisah kita pada semua.

Setiap kehidupan sebenar di luar kita perlu simpan sikit , rahsiakan dari mata umum. Sebab hidup di kaca sosial media kebanyakkannya tak sama dengan dunia realiti (this is based from Kak Anis's experience, apa yang Kak Anis lihat, sory kalau salah :) )


Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan

Just keep it for our own benefit kay? Pada pendapat Kak Anis lah kan , sebenarnya lagi rasa best kalau kita keep it our life secret tau, lagi rasa best (eh, cemnelah nak explain eh tapi dia rasa bestlah haha). Sesekali nak share tak salah pun, again, sosial media tak bersalah pun, semua terletak pada diri kita. Tepuk dada tanya sama hati.

Kak Anis doakan sentiasa moga Allah Taala kurniakan dan pilih kita dengan hati yang sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian dan nikmat, sentiasa mendoakan atas nikmat orang lain serta setiap perkara yang kita share di sosial media sentiasa memberikan manfaat pada lain yang melihat. InsyaAllah semua ni pesanan untuk diri Kak Anis juga, doakan Kak Anis ya :)

Take care everyone!

Love 
Kak Anis

 

 

 

 

  • Post author
    ANIS AMALINA

Comments on this post (0)

Leave a comment

Liquid error: Could not find asset snippets/quantity-breaks-now.liquid