- PUJUK HATIMU DENGAN AYAT QURAN INI : UJIAN DALAM KEHIDUPAN – elsajida.com
s

Diari Elsajida

  • PUJUK HATIMU DENGAN AYAT QURAN INI : UJIAN DALAM KEHIDUPAN
  • Post author
    ANIS AMALINA
  • empowering muslimahRenungantazkirah

PUJUK HATIMU DENGAN AYAT QURAN INI : UJIAN DALAM KEHIDUPAN

Baru baru ni Kak Anis ada tertengok satu siri di channel Naura Shares iaitu perkongsian dalam Quran Tag Girl daripada sister Ayesha, Ustazah Liyana Musfirah dan seorang artis tentang ujian.

Kak Anis sangat suka program tu, sampai tetiap hari kalau boleh nak tengok je segmen tu. Bagi Kak Anis sangat menarik perkongsian haritu sebab kalau kita tengok dengan mata kasar kan, kehidupan dunia hiburan ni macam sentiasa full with rainbows and colors je kan. 

Rupanya di sisi lain, artis itu juga manusia biasa yang takkan lari daripada ujian kehidupan.

Artis tersebut dah beberapa tahun berhijrah dengan memakai hijab setelah beberapa insiden kehilangan orang yang beliau sayang. Masa artis tu kongsi citer beliau yang melalui beberapa detik ujian, terdetik di hati Kak Anis "masyaAllah sangat bertuah beliau dipilih Allah untuk lalui ujian ujian tu, hebatnya dia"

Bayangkan diuji dengan ujian kehilangan sebanyak dua kali. Orang paling beliau rapat pula tu. Memang kalau kita tengok "berat mata mandang berat lagi yang memikul" 

Bukan ujian kehilangan saja, beliau juga diuji dengan ujian penceraian kemudian terpaksa membesarkan anak seorang diri sebagai ibu tunggal. Lepas tu Ustazah pun tanya , "antara ujian kehilangan dan penceraian yang mana lebih susah nak hadapi"

Artis tu cakap "penceraian"

Ada beberapa ayat Quran yang Ustazah share yang Kak Anis rasa sangat bermanfaat untuk kita tadabbur  iaitu surah Al Baqarah tentang ujian...

Ustazah selalu cakap kalau ustazah perlu hadapi siri siri ujian dalam hidup, ayat ni lah yang beliau akan hadam bebetul. 

Ayat pertama : Ayat 155

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

Ayat kedua : Ayat 156

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Ayat ketiga : Ayat 157

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Ringkasan sharing daripada ayat ini (ni yang Kak Anis refleks daripada apa yang Ustazah share) ; Allah dah memang berjanji, yang mana Allah confirm akan uji hamba - hambanya tak kisahlah daripada ujian daripada sudut mana pun.

Contoh , ujian ketakutan, ujian kelaparan , ujian tak cukup harta kewangan, hasil tanaman atau kehilangan jiwa orang yang kita sayang.

Tapi... ustazah sambung lagi, walaupun Allah janji Allah confirm akan uji , Allah juga janji akan ada bahagian untuk orang yang sangat sabar bila melalui ujian tersebut. Itu janji Allah. Janji Allah itu pasti.

Maka, apa yang kita boleh buat bila ditimpa ujian. Serba sikit berdasarkan pengalaman hidup Kak Anis...

1) Bila ujian datang je, perkataan pertama yang perlu kita ucap adalah alhamdulillah syukur dulu. Memang susah pada mulanya seriously sebab time tu mungkin kita tengah serabut dengan ujian tu, dan kita akan mula question "kenapa Allah datangkan ujian ni pada aku".

Bila kita mulai setiap siri ujian dengan kalimat yang baik baik, insyaAllah hati kita akan lebih rasa tenteram dan kita akan mudah bersangka baik dengan setiap percaturan yang Allah berikan.

Percayalah...

Jadi, apa kata next time bila ada saja ujian untuk kita, kita lazimi untuk ucap syukur dulu. Allah surely akan bantu kita untuk lalui ujian tu

2) Kita curi kejap satu masa, contoh di malam hari, untuk duduk teleku dan berdoalah semahunya. Time tu ceritalah segala burden / rasa yang kita rasa.

Sebab kak Anis tahu, kalau kita cerita pada manusia, expectation balasan yang kita nak daripada manusia ni selalunya takkan sama dengan apa yang kita harapkan.

Tetapi bila kita mengadu cerita pada Allah Taala, even mungkin kita tak nampak balasan tu secara direct, tapi dalaman tu rasa lapang sangat. 


3) Bila berdoa, selalu minta Allah gantikan rasa gusar, risau dengan ujian yang kita hadapi ni dengan rasa yang lebih baik. Sebab Allah saja yang tahu dan pegang hati kita, Allah juga yang izinkan kita lalui ujian tu.

Jadi minta pada Allah. Mintalah seperti anak yang sering merengek pada ibunya.

Kak Anis teringat satu kisah tentang Nabi Zakaria yang sangat berkehendakkan anak setelah bertahun tahun kahwin. Sehingga rambut dia dah memutih tetap takda zuriat.

Tapi ada satu ayat dalam Al Quran mengatakan , Nabi Zakaria minta / berdoa dengan nada yang sangat lembut sambil mengucapkan tentang kelemahan dirinya. Sungguh sungguh dia berdoa. Akhirnya termakbul.

Hebatkan kuasa doa?

Daripada perkongsian Ustazah Asma Harun, beliau juga pernah berkongsi dalam salah satu ceramah beliau , Ustazah cakap salah satu tanda tanda kita dapat apa yang kita mahukan sebagai contoh kes ni, kita mahukan kalau boleh Allah gantikan rasa yang lebih baik dalam hati kita ni adalah dengan selalu berdoa apa yang kita hajatkan tak kira dimana mana.

Jangan pernah berhenti untuk terus berdoa.

4) Sentiasa fikirkan hikmah yang Allah nak beri. Sebagai manusia biasa, memang kita payah nak accept sesuatu perkara selagi kita tak nampak hikmah ujian sesuatu tu dengan mata kasar.

Tapi percayalah, setiap yang berlaku tak pernah sia sia. Kita kena selalu bersangka baik dengan khabar ujian yang Allah hadiahkan. 

Sooner or later tetap hikmah tu kita akan nampak atau dapat. Kalau tak kat sini , mungkin kat sana nanti.

Semoga perkongsian kali ni dapat membantu hati hati yang mungkin sedang rasa sedih , rasa ralat dengan ujian yang Allah beri waktu ini.

Selalu ingat tau, Allah akan uji hambanya ikut tingkat kemampuan kita. Jadi jangan risau, bantuan Allah pasti akan tiba dengan cara yang kita tidak sangka.

Jumpa next entry insyaAllah! :)

 

 


Love,
Kak Anis

  • Post author
    ANIS AMALINA
  • empowering muslimahRenungantazkirah

Comments on this post (0)

Leave a comment

Liquid error: Could not find asset snippets/quantity-breaks-now.liquid