- SERING KALI MERASA TIDAK GEMBIRA? CUBA 7 CARA MUDAH UNTUK SENTIASA HID – elsajida.com
s

El Sajida Shares

  • SERING KALI MERASA TIDAK GEMBIRA? CUBA 7 CARA MUDAH UNTUK SENTIASA HIDUP GEMBIRA!
  • Post author
    ANIS AMALINA

SERING KALI MERASA TIDAK GEMBIRA? CUBA 7 CARA MUDAH UNTUK SENTIASA HIDUP GEMBIRA!

Semua itu tentang pilihan yang kita sendiri cipta.

Memang realiti nya pasti akan ada hari hari yang "cerah" dan ada juga masanya hari kita akan "mendung dalam kelam".

Sedarilah teman..

Hidup ini terlalu indah untuk diteroka. Jangan biarkan dirimu terjerut dalam kelam yang gelap dan tak berpenghujung.

Ayuh terus bangkit!
Cari solusi untuk kembali gembira dan ceria dalam kehidupan.
Nikmati waktu kehidupan yang masih bersisa.
Santuni orang sekeliling yang kita sayang.

Jom ketahui 7 cara mudah untuk sentiasa hidup gembira!

Teruslah menghargai nikmat kehidupan pemberian Ilahi. Hidup ini hanya sekali..

sumber : gayahidupsihat.com

#elsajidaShares

1) Jika minat kita ialah bersukan, melancong, memasak atau bermain dengan kanak-kanak, luangkanlah masa untuk melakukannya. Kita akan berasa gembira apabila melakukan apa yang disukai.

 

2) Apabila kita berkongsi pendapat , masa dan kebolehan kita dengan orang lain, kita akan berasa lebih baik. Hidup tanpa berkongsi dengan orang lain akan membuatkan kita kesunyian. Apabila kita berkongsi dengan orang lain, mereka akan suka terhadap kita dan seterusnya membuatkan kita rasa lebih gembira dalam hidup.

 

3) Adalah sesuatu yang mencabar untuk berasa gembira apabila anda sedang sakit. Jika anda makan makanan yang sihat, anda akan berasa lebih baik dari segi fizikal dan mental. Pastikan anda mengelak daripada mengambil makanan junk (junk food).

 

4) Menyimpan dendam akan membahayakan diri kita. Fokus kepada masa hadapan yang cerah dan anda akan berasa lebih baik.

 

5) Anda tidak perlu memberi hadiah yang mahal. Kadang-kala sebuah puisi, nota ringkas mahupun e-mel sebagai tanda ingatan akan membuatkan orang lain dan anda juga turut gembira. 

Apabila kita memberi hadiah , kita akan dihargai dan pastinya membuatkan kita berasa lebih gembira. Kajian juga mendapati bahawa membuat kebaikan mampu meningkatkan kesejahteraan hidup berbanding melakukan sebarang senaman.

 

6) Kita tahu bahawa tidur boleh membantu badan kita pulih daripada kepenatan melakukan aktiviti seharian. Tidur yang cukup juga mampu membuatkan kita fokus dan menjadi lebih produktif. Ternyata tidur juga penting untuk kegembiraan.

 

7) Hidup kita singkat. Jadi jangan buang masa hidup dalam hidup orang lain . Terimalah diri anda, jadi diri sendiri dan anda akan rasa perbezaannya.

Moga bermanfaat!

  • Post author
    ANIS AMALINA

Comments on this post (0)

Leave a comment