- SIAPA KATA MUSLIMAH TAK BOLEH BERSUKAN, CUBA BACA TIPS NI – elsajida.com
s

Diari Elsajida

  • SIAPA KATA MUSLIMAH TAK BOLEH BERSUKAN, CUBA BACA TIPS NI
  • Post author
    'Ain Adilah Mohd Adlan

SIAPA KATA MUSLIMAH TAK BOLEH BERSUKAN, CUBA BACA TIPS NI

Kadangkala muslimah ni bukan taknak bersukan, tapi ada beberapa halangan yang buat kita rasa agak tidak selamat bila nak bersukan ni. Macam Kak Anis sendiri, masa zaman sekolah menengah lah zaman aktiviti bersukan ni merundum.

Salah satu sebabnya, Kak Anis rasa insecure terutamanya bab pakaian sebab masa zezaman tu tak banyak pilihan baju sukan muslimah. Tapi sekarang memang dah banyak sangat jual kan. Aih, kalau nak cerita memang banyak halangan ketika tu, sebab tu tak berapa nak fan sangat aktiviti sukan time tu

Tapi sekarang tak risau lagi nak pergi bersukan sebab dah banyak sangat cara untuk bantu muslimah agar sentiasa terjaga sewaktu bersukan. Sebab tu Kak Anis nak share serba sikit 


1) Pakaian


Untuk pakaian terutamanya baju; dah tak perlu risau sebab banyak sangat kat pasaran, sosial media jual baju tshirt muslimah. Tapi..... kena awas juga tau, sebab tak semua tshirt muslimah tu benar benar melindungi aurat kita. Pemilihan material memainkan peranan sangat. Kalau jenis material lycra mungkin boleh menampakkan bentuk tubuh. Jadi saranan Kak Anis korang boleh pilih samada material cotton ataupun jersey. InsyaAllah tak melekap.

Tips tambahan : kalau tshirt yang korang pakai tu agak pendek, boleh cuba gayakan dengan outer layer skirt, barulah selesa nak pergi bersukan!

2) Tudung



Pakailah tudung yang memberi keselesaan maksimum, yang jenis serap peluh, yang awningnya well-behave tak senget benget dan kita tak perlu tarik 1000 kali. Contoh yang paling selesa daripada Elsajida sendiri ada tudung material moss crepe, cotton denim. Kak Anis sendiri memang pakai untuk pergi jogging kedua dua material ni, sangat selesa dan tak perlu nak adjust sangat. Yang penting serap peluh untuk keselesaan.

 

3) Aktiviti bersukan dalam rumah

 

Selalu rasa macam tiada masa untuk bersukan walaupun hanya 30 minit setiap sesi? hehe takpe, kak Anis paham, mana lagi nak juggle dengan anak anak, family, kerja lagi kan. Kadang kita nak sangat pergi tapi sebab seorang diri, takut bahaya pula kan. Jadi saranan kak Anis, korang tengok je video kat youtube, search je senaman zumba ke, aerobik ke, semua dah tersedia. Buat dalam bilik sesenyap takde sape tahu haha. Nak dengan tak nak je hehe

Kalau masih rasa tiada masa jugak untuk spent sikit masa, suggestion Kak Anis, bila dekat rumah buat pelbagai aktiviti yang mendatangkan peluh. Faveret kak Anis adalah basuh toilet. Seriously memang berpoloh poloh tau bila cuci toilet ni hehe.

 
Jadi lepas ni dah takda halangan buat muslimah semua untuk kekal bersenam dan terapkan gaya hidup sihat ya? hehe


Love
Kak Anis

 

 

  • Post author
    'Ain Adilah Mohd Adlan

Comments on this post (0)

Leave a comment

Liquid error: Could not find asset snippets/quantity-breaks-now.liquid