- Diari Elsajida – "empowering muslimah" – elsajida.com
s

Diari Elsajida

5 TIPS UNTUK KEMBALIKAN SEMANGAT YANG HILANG

Lumrah kehidupan kita di dunia, akan ada masanya kita rasa semangat kita seperti berada di puncak tetapi akan ada masanya juga kita sering kali rasa terbeban dengan masalah dalam kehidupan.

Kak Anis pun begitu juga, pernah beberapa ketika masa study dulu, Allah Taala menguji Kak Anis dengan ujian yang bagi Kak Anis sangat hebat. Salah satunya masa SPM dulu.

Bayangkan lagi 4 hari nak SPM, nota sejarah Kak Anis hilang masa duk kemas meja sempena SPM. 

Total.


Lost.


Ntah.


Kemana.

Nota kita yang 2 tahun kita pegang bawa kesana sini, kita selalu depend on, dah siap buat nota kaki kalau ada add on nota terbaru tetiba hilang sekelip mata.

Memang time tu rasa macam gelap kejap dunia. Tak semangat nak sit exam untuk paper lain time tu. 

Memang rasa macam putus asa sangat.
Semangat Kak Anis hilang terus padahal lagi beberapa hari je nak SPM.

Itu salah satunya.

Jadi apa yang Kak Anis buat masa tu untuk pulihkan kembali semangat yang makin jatuh tu?

1) Menangislah!

Ya! Inilah yang Kak Anis akan buat. Bila semangat jatuh, Kak Anis akan menangis dulu. Menangis itu langsung tidak salah, ianya adalah sebuah perasaan emosi yang Allah izinkan untuk kita rasa. Tapi harus diingat, menangis harus sekejap saja. Lepas selesai menangis, bersihkan diri, ambil wudhu dan terus bangun. Waktu nota Kak Anis hilang dulu kan, berbakul bakul menangis. 

2) Keluar jumpa orang 

Bila kita rasa lemah semangat dan sedih dah tentu nature kita akan lebih mudah rasa terpuruk dan nak rasa terperuk saja kan. Jadi apa kata selesai kita menangis, terus bangkit dan keluar dari rumah, jumpa orang ramai dan berbual. Kalau taknak berbual pun langkahkan kaki ke tempat yang ramai orang.

Sebab bila kita bersosial , kita akan dapat vibes daripada  orang sekeliling. Setiap individu memang akan ada vibes positif dan negatif. Kalau kita berada dalam kelompok mereka yang positif maka yang positif lah yang akan kita tarik, Begitulah juga sebaliknya. InsyaAllah itu juga dapat membantu menaikkan kembali semangat kita yang hilang.

3) Bersenam

Siapa yang rasa lemah semangat, bangkitlah menuju ke taman taman yang ada. Tak perlu lari laju pun, berjalan laju pun dah kira okay sangat. Bila kita bersenam ni automatik segala rongga dan bahagian tubuh badan kita akan aktif. Jadi kita tak sempat nak "layan" rasa lemah, lemau dan sedih. Kalau taknak pergi taman, buka je youtube dan carilah pautan untuk aerobik, zumba atau apa saja jenis senaman yang bantu menaikkan mood korang. Cubalah!

4) Buat perkara yang kamu suka

Lain orang lain kesukaannya kan. Ada yang suka melukis, ada yang suka memasak, ada yang suka jungle trekking dan macam macam lagi. Kalau kamu merasa hilang semangat, buat lah perkara yang kamu suka. It really works tau!

5) Cari solusi

Ni adalah point yang paling penting. Bila kita dah tahu semangat kita merundum, lepas dah buat semua steps kat atas ni, teruslah bertindak dan cari solusi.

Contoh macam kes Kak Anis tadi, apa yang Kak Anis buat (sampai sekarang masih ingat), Kak Anis pergi jumpa semua kawan kawan, ambil nota dorang, photostate  terus highlight point penting dan refresh balik semua nota kaki yang pernah Kak Anis tulis dulu. Semua ni Kak Anis buat dalam masa 3-4 hari tu.  Memang dahsyat sangat time tu (tau je lah nota f4 dan f5 tu banyak mana kan hehe)  sampai terlupa ada banyak lagi paper penting time tu.


Setelah melalui beberapa episod perjalanan kehidupan baru Kak Anis sedar yang kadang kala dalam hidup ni ada masanya memang  kita perlu merasa zaman kejatuhan , zaman kegagalan , zaman yang penuh dengan liku masalah.

Supaya apa?

Supaya.. diri ini lebih mensyukuri nikmat tuhan.

Supaya kita sempat untuk tarik handbrake dan refleks balik tentang semua apa yang kita buat.


Kita akan  lebih memahami frasa makna " bersusah susah dulu bersenang senang kemudian"


Kita akan rasa lebih siap untuk menuju masa depan

Dan sentiasa percaya setiap ujian semangat yang hilang tu pasti Allah Taala akan kurniakan pelangi setelahnya.

Masa amik result SPM dulu, memang first result yang Kak Anis nak cek adalah paper sejarah! Berdebar sangat sangat.

Alhamdulillah memang unexpected sangat bila tengok result, syukur sangat semuanya Allah permudahkan time tu ;)





Love,
Kak Anis

PUJUK HATIMU DENGAN AYAT QURAN INI : UJIAN DALAM KEHIDUPAN

Baru baru ni Kak Anis ada tertengok satu siri di channel Naura Shares iaitu perkongsian dalam Quran Tag Girl daripada sister Ayesha, Ustazah Liyana Musfirah dan seorang artis tentang ujian.

Kak Anis sangat suka program tu, sampai tetiap hari kalau boleh nak tengok je segmen tu. Bagi Kak Anis sangat menarik perkongsian haritu sebab kalau kita tengok dengan mata kasar kan, kehidupan dunia hiburan ni macam sentiasa full with rainbows and colors je kan. 

Rupanya di sisi lain, artis itu juga manusia biasa yang takkan lari daripada ujian kehidupan.

Artis tersebut dah beberapa tahun berhijrah dengan memakai hijab setelah beberapa insiden kehilangan orang yang beliau sayang. Masa artis tu kongsi citer beliau yang melalui beberapa detik ujian, terdetik di hati Kak Anis "masyaAllah sangat bertuah beliau dipilih Allah untuk lalui ujian ujian tu, hebatnya dia"

Bayangkan diuji dengan ujian kehilangan sebanyak dua kali. Orang paling beliau rapat pula tu. Memang kalau kita tengok "berat mata mandang berat lagi yang memikul" 

Bukan ujian kehilangan saja, beliau juga diuji dengan ujian penceraian kemudian terpaksa membesarkan anak seorang diri sebagai ibu tunggal. Lepas tu Ustazah pun tanya , "antara ujian kehilangan dan penceraian yang mana lebih susah nak hadapi"

Artis tu cakap "penceraian"

Ada beberapa ayat Quran yang Ustazah share yang Kak Anis rasa sangat bermanfaat untuk kita tadabbur  iaitu surah Al Baqarah tentang ujian...

Ustazah selalu cakap kalau ustazah perlu hadapi siri siri ujian dalam hidup, ayat ni lah yang beliau akan hadam bebetul. 

Ayat pertama : Ayat 155

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

Ayat kedua : Ayat 156

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Ayat ketiga : Ayat 157

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Ringkasan sharing daripada ayat ini (ni yang Kak Anis refleks daripada apa yang Ustazah share) ; Allah dah memang berjanji, yang mana Allah confirm akan uji hamba - hambanya tak kisahlah daripada ujian daripada sudut mana pun.

Contoh , ujian ketakutan, ujian kelaparan , ujian tak cukup harta kewangan, hasil tanaman atau kehilangan jiwa orang yang kita sayang.

Tapi... ustazah sambung lagi, walaupun Allah janji Allah confirm akan uji , Allah juga janji akan ada bahagian untuk orang yang sangat sabar bila melalui ujian tersebut. Itu janji Allah. Janji Allah itu pasti.

Maka, apa yang kita boleh buat bila ditimpa ujian. Serba sikit berdasarkan pengalaman hidup Kak Anis...

1) Bila ujian datang je, perkataan pertama yang perlu kita ucap adalah alhamdulillah syukur dulu. Memang susah pada mulanya seriously sebab time tu mungkin kita tengah serabut dengan ujian tu, dan kita akan mula question "kenapa Allah datangkan ujian ni pada aku".

Bila kita mulai setiap siri ujian dengan kalimat yang baik baik, insyaAllah hati kita akan lebih rasa tenteram dan kita akan mudah bersangka baik dengan setiap percaturan yang Allah berikan.

Percayalah...

Jadi, apa kata next time bila ada saja ujian untuk kita, kita lazimi untuk ucap syukur dulu. Allah surely akan bantu kita untuk lalui ujian tu

2) Kita curi kejap satu masa, contoh di malam hari, untuk duduk teleku dan berdoalah semahunya. Time tu ceritalah segala burden / rasa yang kita rasa.

Sebab kak Anis tahu, kalau kita cerita pada manusia, expectation balasan yang kita nak daripada manusia ni selalunya takkan sama dengan apa yang kita harapkan.

Tetapi bila kita mengadu cerita pada Allah Taala, even mungkin kita tak nampak balasan tu secara direct, tapi dalaman tu rasa lapang sangat. 


3) Bila berdoa, selalu minta Allah gantikan rasa gusar, risau dengan ujian yang kita hadapi ni dengan rasa yang lebih baik. Sebab Allah saja yang tahu dan pegang hati kita, Allah juga yang izinkan kita lalui ujian tu.

Jadi minta pada Allah. Mintalah seperti anak yang sering merengek pada ibunya.

Kak Anis teringat satu kisah tentang Nabi Zakaria yang sangat berkehendakkan anak setelah bertahun tahun kahwin. Sehingga rambut dia dah memutih tetap takda zuriat.

Tapi ada satu ayat dalam Al Quran mengatakan , Nabi Zakaria minta / berdoa dengan nada yang sangat lembut sambil mengucapkan tentang kelemahan dirinya. Sungguh sungguh dia berdoa. Akhirnya termakbul.

Hebatkan kuasa doa?

Daripada perkongsian Ustazah Asma Harun, beliau juga pernah berkongsi dalam salah satu ceramah beliau , Ustazah cakap salah satu tanda tanda kita dapat apa yang kita mahukan sebagai contoh kes ni, kita mahukan kalau boleh Allah gantikan rasa yang lebih baik dalam hati kita ni adalah dengan selalu berdoa apa yang kita hajatkan tak kira dimana mana.

Jangan pernah berhenti untuk terus berdoa.

4) Sentiasa fikirkan hikmah yang Allah nak beri. Sebagai manusia biasa, memang kita payah nak accept sesuatu perkara selagi kita tak nampak hikmah ujian sesuatu tu dengan mata kasar.

Tapi percayalah, setiap yang berlaku tak pernah sia sia. Kita kena selalu bersangka baik dengan khabar ujian yang Allah hadiahkan. 

Sooner or later tetap hikmah tu kita akan nampak atau dapat. Kalau tak kat sini , mungkin kat sana nanti.

Semoga perkongsian kali ni dapat membantu hati hati yang mungkin sedang rasa sedih , rasa ralat dengan ujian yang Allah beri waktu ini.

Selalu ingat tau, Allah akan uji hambanya ikut tingkat kemampuan kita. Jadi jangan risau, bantuan Allah pasti akan tiba dengan cara yang kita tidak sangka.

Jumpa next entry insyaAllah! :)

 

 


Love,
Kak Anis

6 BENDA WAJIB MUSLIMAH PERLU BAWA MASA TRAVEL

 

 

Assalamualaikum semua. How was your day? InsyaAllah semoga semua baik baik saja ya :) Okay entry kalini Kak Anis nak share pasal travel lagi (travel lagi? hehe) 


"Kak Anis ni asyik share pasal travel je" 

Hehe haruslah ;p , Kak Anis sangat kuat jenjalan tau (Kalau nak jenjalan jangan lupa roger Kak Anis naa hehe!) . Bila kita travel atau bermusafir ni, banyak sangat perkara baru yang kita dapat belajar. Selain dapat recharge balik tenaga diri kita, ianya jugak dapat luaskan pengalaman dan minda kita. Dapat tengok cara hidup sesuatu tempat, dapat belajar selok belok tempat yang kita nak travel tu.

Part paling best bagi Kak Anis bila kita dapat travel dengan orang yang satu kepala dan tak berkira time travel (so important to choose your travel buddies tau!). Penting sangat sangat. Lepas tu, bila kita driving sendiri, dan banyak kali sesat kat tempat nak kita tuju tu bagi Kak Anis dia semacam satu achievement sangat sebab daripada kesalahan tu Kak Anis belajar banyak sangat benda. 

Lagipun kebetulan bulan September ni banyak yang cuti panjang kan, Kak Anis bet mesti ramai dah plan nak travel bulan ni kan? Perfect timing sangat share artikel ni hehe

Yang penting bila nak bermusafir ni, kena plan. Kena plan tabungan, kena plan timing. Dan tak semestinya perlu keluar negara. Dalam Malaysia ni pun banyak sangat tempat best best. Dapat sehari dua lari dari hiruk pikuk rutin harian ni pun dah okay sesangat.

Eh! macam jauh pulak Kak Anis dah bebel hihi. Sebenarnya nak share dengan korang pasal benda wajib setiap muslimah (Kak Anis fokus muslimah sebab most reader kat sini muslimah) perlu bawa masa travel. WAJIB okey korang bawa ni.

1) DOMPET

Haa ni memang penting  sesangat. Nyawa kita lah orang kata. Segala IC, lesen memandu, kad touch N go, kad bank semua ada dalam ni. Mohon jaga elok elok tau. Penting ni dan letak kat tempat yang kita mudah capai.

2) DUIT LEBIH

Pastikan untuk bawak duit lebih atau dalam term lainnya korang masukkan dalam plan korang to put aside contingency money. Ni kira macam duit backup misal kata kalau ada jadi apa apa waktu korang travel. Berapa banyak yang korang nak letakkan, tu kena pandai bajet sendiri. Makesure korang simpan elok elok dalam satu sampul dalam dompet. Penting ni sebab kita taktau apa yang mungkin boleh jadi waktu travel kan. Kut lah tetiba korang travel kut sesat sampai ke hujung ceruk mana yang takda mesin ATM, tak ke naya. Be prepared always!

3) BEG TALI SILANG / BAGPACK

Time travel Kak Anis suggest untuk bawak beg camni. Kalau boleh takmau bawak tote beg, segala handbag yang pergi kenduri tu. Sebab sangat tak praktikal. Bila travel kita akan banyak sangat bergerak. Lebih 10,000 steps Kak Anis rasa. Jadi beg macam ni sangat berguna. Kalau boleh invest pada beg yang bila buka kat dalam tu ada compartment untuk letak handphone, kunci kete dan sebagainya. Kalau kat tempat yang selalu ada pick pocket, selalu nya suggest untuk pakai beg tali silang, lebih selamat.



4) TIGER BALM / APA SAJA JENIS BALM

Kak Anis memang sejenis akan mudah sakit belakang time travel. Mungkin sebab tidur tak cukup, tak sempat nak nap tengahari macam biasa, jadi mudah sakit sendi (dah macam berusai plak rasa haha! XD). Ni memang Kak Anis suka pakai, sebelum tidur / sebelum memandu even kalau tak driving pun Kak Anis akan sapu dulu.


Kak Anis memang in love dengan lotion balm ni sebab memula je dia bau kuat macam balm lepas beberapa minit dia akan bau soft macam lotion. Best sangat!

5) UBAT UBATAN/SAPUAN YANG WAJIB

Panadol, supplement (tablet calcium), pil cikitaun (cirit) , minyak cap kapak, minyak yu yee ni antara essential item Kak Anis akan letak dalam satu beg. Kira macam emergency kit lah so that kalau rasa tak sedap badan sikit memang akan makan/sapu. Tak syok bila travel time tengah sakit ni. So, kena well prepare.

6) KASUT SUKAN

Elakkan memakai kasut wedges, heels, flat shoes dan segala kasut untuk gi kenduri tu. Sangat tak berbaloi bila travel. Saja nak kongsi pengalaman ada satu tempat tu Kak Anis pergi tersalah bawak kasut tau, memang murung sangat rasa. Sebab bila kita berjalan dengan kasut yang tak selesa sangat boleh tukar mood. Tumit memang sakit sangat. Jadi, bawak kasut yang betul tau. Paling terbaik adalah kasut sukan.

7) INSTALL APPS SESUAI UNTUK TRAVELLER

Okay, part ni Kak Anis taktau nak classify dia as benda ke apa hihi tapi bagi Kak Anis ni sangat penting. Kalau boleh install sesiap sebelum bergerak, apps KIBLAT, WAKTU SOLAT, WAZE atau GOOGLE MAPS. Ni yang 3 apps paling terpenting bagi Kak Anis. Saja nak inform, sebelum korang pi memana negara, korang studylah dulu apps apa yang boleh dan tak boleh pakai kat negara tu.


Ada certain negara contoh macam China tak boleh pakai apps whatsapp tau. Dorang rajin pakai apps wechat. Jadi kena install sesiap apps wechat sebelum bergerak ke sana. So study dulu apps yang penting okay.

Okay rasanya cukup takat ni ya, semua info ni berdasarkan pengalaman Kak Anis :)

Tak kesahlah nak travel kemana  hatta nak balik kampung pun pokok pangkalnya kena PLAN bebetul okay?

Bila kita travel ni banyak benda yang Kak Anis belajar. Dan pada masa ni jugalah kita sebenarnya dapat mengenali dengan lebih dekat dengan orang orang yang kita travel sesama tu. Sebab tu orang cakap kalau nak kenal 10% perangai seseorang travel lah dengan dia.  

Sebab time travel memacam boleh jadi. Memang betul betul mendidik diri untuk sentiasa sabar. Lagipun bila bermusafir ni memang salah satu perkara yang amat dituntut dan ianya juga adalah waktu waktu mustajab untuk berdoa sebab masa tu pergantungan kita memang bebetul pada Allah Taala yang satu. 

 Harapnya dapat sesuatu ya semua, till next time!




Love,
Kak Anis




6 TIPS MULA BERTAHAJJUD BAGI BEGINNER


Kak Anis memang excited sangat nak share topik kali ni sebab topik kalini memang dekat dengan hati Kak Anis sebab Kak Anis pun masih lagi belajar untuk cuba istiqamah. Topik kalini Kak Anis nak share tips untuk belajar mula bertahajjud untuk beginner. Mesti ada yang pelik kan, kenapa beginner?

Sebab Kak Anis tahu kat luar sana ramai sangat yang sungguh simpan niat nak bangun tahajjud. Nak sangat sangat belajar bangun malam. Tapi kadang kala ada je benda yang menghalang nak bangun. Jadi Kak Anis nak share serba sikit tips/ilmu yang sebelum ni Kak Anis pernah juga share di private group FB Elsajida Premium Lovers, tapi kalini Kak Anis nak add on dalam versi blog pulak

Okay , dah ready ke dengan pen dan kertas? hehe , haajom kita mula :)

1. MULAKAN DENGAN HARI MINGGU

Pertama sekali bila kita betul berniat nak bangun tahajjud untuk yang beginner, pada permulaan mungkin boleh setkan timing untuk bangun pada hujung minggu.

Contoh, kita plan sesiap dalam alarm clock sejak hari isnin lagi yang kita nak bangun pada malam sabtu (Kak Anis ambil contoh malam sabtu untuk permulaan sebab malam sabtu selalunya kita dapat rehat yang cukup, tak terkejar kejar dengan urusan rutin seharian hari biasa).

Bila kita sering ingatkan diri kita untuk tahajjud sejak isnin, tanpa kita sedar, kita sedang "didik" minda kita untuk get ready bangun malam sabtu nanti.

2. HARI YANG KITA NAK BANGUN TAHAJJUD, TIDUR AWAL

Kita dah target insyaAllah nak bangun tahajjud malam nanti. Jadi siangnya kita dah ingatkan diri untuk kurangkan sikit aktiviti yang memenatkan, dan kita tidur awal.

Paling awal kak Anis suggest 9.30 malam dan paling lewat 10.30 malam. Memula mungkin rasa macam tak biasa kan, tapi insyaALLAH lama lama kita akan terbiasa insyaAllah.

3. KURANGKAN MAKANAN YANG BERAT 

Ini sangat penting walau kita tengok macam tak berapa nak ada effect sangat kan. Tapi memang penting. Sebab bila kita makan banyak siangnya, kita akan mudah rasa lesu , penat dan letih.

Ini yang kadangkala penyebab kita susah nak bangun malam. Jadi plan your meal on that day. Cuba makan paling lewat sebelum jam 7 supaya makan mudah hadam dan kita dapat tidur awal selepas itu untuk bangun awal.


4. LETAK HANDPHONE/TABLET/LAPTOP JAUH DARIPADA KATIL

Kita kadang kala dah terbiasa untuk pegang gajet sebelum tidur. Jadi Kak Anis suggest apa kata bila kita dah plan nak bangun tahajjud malamnya, kita disiplinkan diri untuk letak gajet kita jauh daripada katil 30 minit sebelum kita tidur.

Sebelum tidur, minum air masak segelas dan terus je tidur. In fact, ikut kajian kalau kita letak hp jauh daripada kita, tidur kita akan jadi lebih nyenyak tau. Bila nyenyak, dapat tidur yang cukup dan kita akan mudah bangun awal pagi esoknya. Cubalah :)

5. SEBELUM TIDUR MINIMAKAN LAMPU DI DALAM BILIK

Ni salah satu trik yang boleh korang cuba. Cuba kurangkan lighting lampu bila nak mula tidur. Bukan tutup terus ya. Kalau tutup terus ada tendency untuk payah sikit bangun tengah malam.

Korang boleh je survey lampu tidur/lampu tidur soket plug yang comel comel dekat kedai RM 2, kat Shopee pun banyak jual. InsyaAllah memang mudah bangun keesokkan harinya.

6. TETAPKAN NIAT NAK BANGUN MALAM

Sebelum tidur, malam tu kita dah talk to Allah (bercerita pada Allah) dan peringatkan diri kita untuk bangun tengah malam nanti. Cakap simple simple je.

Contoh: "Ya Allah nanti malam nak bangun tahajjud, gerakkan hati kita ye Ya Allah, rindu sangat nak bangun tengah malam, doa kat Allah, pilihlah kita untuk bangun ya nanti"

Benda ni sangat crucial tau, sebab memang kalau kita buat, secara tak langsung ianya masuk dalam minda separa sedar kita yang kita akan bangun tengah malam nanti.

Dulu Ustazah Kak Anis selalu cakap, nak buat tahajjud ni memula je kita selalu set alarm untuk bangun, tapi kalau kita dah selalu peringatkan diri untuk bangun tengah malam sebelum tidur untuk beribadat, tetiba jer nanti akan ada yang kejutkan. Wallahualam , tetapi tentulah dengan izin Allah kan. 


Terlalu banyak sangat kelebihan solat tahajjud ni. Mengikut pengalaman Kak Anis yang masih lagi bertatih nak istiqamah, Kak Anis perasan, tiap kali kalau ada hari yang Kak Anis bangun, walau pun haritu macam busy dan lelah sangat sangat, tapi macam ada suatu kekuatan yang Allah bagi pada hari tu.

Hari tu akan rasa tenang, Jiwa rasa lapang walaupun ada benda yang tak fall into places. Ntah lah susah nak explain tapi tulah yang Kak Anis alami :)

InsyaAllah mohon doa semua juga untuk kita sesama terus istiqamah bangun untuk bertahajjud. Korang doakan untuk Kak Anis juga ya. 

InsyaAllah , harap dapat sesuatu semua, jumpa next entry okay! :)




Love,
Kak Anis




BENARKAH WUJUDNYA IKHTILAT DI TEMPAT KERJA?

Term ikhtilat ni Kak Anis baru familiar masa zaman tengah study dulu dekat uni. Masa zaman tu , banyak talk talk di sekitar universiti sentiasa membawa perbincangan berkaitan topik ikhtilat ni. Mungkin sebab ikhtilat ni sering dikaitkan dengan student student uni masa tu. Sebab masa zaman study ni lah kebanyakkan daripada kita bergaul dengan berlainan jantina atas urusan perbincangan untuk assignment, untuk discuss pasal projek kursus , pasal persatuan dan macam macam lagi.

Jadi memang tak hairan kalau topik ikhtilat ni memang selalu sangat jadi bahan bualan kat uni dulu. Kak Anis dulu bukan dari sekolah agama. Jadi memula dulu agak blur (blur dan Kak Anis tak dapat dipisahkan, eh! haha) jugak apa tu ikhtilat ni. Jadi kak Anis paham mungkin ada dikalangan kita sendiri pun masih tak tau apa itu ikhtilat, meh kak Anis terangkan ya..

Ikhtilat ni dengan kata mudah adalah pergaulan berlainan jantina antara lelaki dan perempuan. Bila pergaulan makin bebas dan memudaratkan boleh membawa kepada permulaan zina tanpa kita sedar. Nauzubillahminzalik! 

Ikhtilat ni pada hukum asalnya memang HARAM, cuma ada beberapa situasi secara amnya DIHARUSKAN . Jom baca perkongsian yang Kak Anis petik dari tarbiah sentap pasal ikhtilat ni

Hukum asal ikhtilat adalah haram. Harus andai berlaku beberapa situasi iaitu:

-Dhorurat

-Hajat

-Dakwah

 Dalam ikhtilat misalnya, contoh untuk DHORUROT ialah nak selamatkan nyawa di hospital. Sometime doctor laki terpaksa buka sebahagian aurat perempuan misalnya. Maka di haruskan. Namun, andai doctor tu lebih-lebih, dengan buka tempat yang taka da kena mengena, maka HARAM. Banyak lagi contoh lain.

Kalau untuk HAJAT, contoh simple ialah belajar. Perhubungan untuk tujuan belajar, Tanya soalan-soalan, bersifat ilmiah, maka di benarkan. Tapi kalau start sembang just Tanya khabar dan lain-lain yang taka da kena mengena dengan hajat, maka hukumnya kembali keapda asal, HARAM.

Kalau untuk DAKWAH, agak panjang perbahasannya. Contohnya kalau nak buat meeting yang sangat penting dan memerlukan perkumpulan lelaki dan perempuan. Maka boleh, namun perlu mematuhi segala syarat yang telah di gariskan. Apa syarat-syaratnya? Nanti kita masuk.

Jadi untuk hal berkaitan jaga ikhtilat ni pada Kak Anis simple je, kita kena tahu benda basic dan hukum asalnya. Kalau kita dah faham yang ni secara jelas insyaAllah untuk hal hal lain akan jadi lebih mudah.


"So kak Anis apa kena mengena ikhtilat dengan kat tempat kerja?"

Okay, ni ramai yang mungkin selalu terlepas pandang. Kita mungkin beranggapan ikhtilat / pergaulan antara lain jantina ni hanya berlaku kat universiti or sekolah saja misalnya. Padahal kan, kat tempat kerja pun boleh jadi ada ikhtilat tau.

Bila kita dah grad dari universiti , memang masa kita banyak dihabiskan kat tempat kerja. Pergi awal pagi, balik lewat petang. Jadi bayangkan dalam masa 8-9 jam tu boleh jadi memang kita akan berurusan dengan kawan sekerja yang lainan jantina. Dan ianya jadi lagi bimbang kalau dalam masa kita berurusan tu , kadang kita rasa ianya bukan ikhtilat, padahal kita sedang berada dalam ikhtilat yang tidak sihat. 

"keadaan macam mana tu kak Anis?"

Okay Kak Anis bagi contohnya. Kadang kala mungkin ada ada masa kita lihat ada dikalangan kawan kawan bergaul mesra kat tempat kerja, bertepuk tampar tu macam perkara biasa. Mula mula mungkin bertepuk tampar, tetapi selepas tu bila dah selesa berterusan berborak biasa pula. Kemudian berborak lama pula sambil curhat di pantri ofis misalnya. Pada mata kasar, ianya nampak macam kawan biasa saja. Tetapi hakikatnya kalau tak di bendung boleh jadi pergaulan tu sangat tak sihat , lama lama boleh bawa mudarat. 

"jadi macam mana cara nak atasi tu kak Anis?. Sebab nak taknak memang kalau kat tempat kerja kena berurusan dengan lelaki"

Macam Kak Anis cakap awal tadi, kalau kita dah faham secara jelas benda basic pasal ikhtilat ni , insyaAllah untuk urusan lain semua akan dipermudah. Memang kita tetap perlu berurusan dengan lelaki. Bukan tak boleh langsung, cuma batas pergaulan, tindak tanduk kita dan percakapan tu kita boleh control. Jangan sampai boleh menjurus pada permulaan ikhtilat ni.

Ada beberapa pautan yang Kak Anis baca dan senang nak berkongsi kalau nak jaga ikhtilat di tempat kerja ni

1) Di tempat kerja bercakaplah dengan nada yang tegas tapi masih sopan tersusun. Tegas bukan bermakna korang perlu garang tau. Tapi firm dengan suatu kata kata. Dan sopan bukan bermakna korang perlu lemah gemalai liuk lentuk bila bercakap. Cuma bercakaplah dengan nada yang sepatutnya, cakap dengan kadar tona biasa saja, tak mendatangkan syak dan kalau boleh fokus berkaitan hal urusan kerja.  

2) Kak Anis percaya kita mesti ada group whatsapp kat tempat kerja kan. Dah tentu dalam tu ada je percampuran lelaki dan perempuan. Again, kalau nak jaga ikhtilat, kalau boleh control diri hanya kongsi dan tanya untuk benda yang perlu saja. Utamanya yang berkaitan kerjalah. Tak perlu nak berlebihan sambung bergurau dalam group whatsapp sampai larut malam. Niat kita taknak berlebihan bergaul dalam situasi yang tak sedap. Itu saja.

3) Bila nak share masalah, tak perlu cari kawan lelaki kat tempat kerja. Bila kita dah mula cari, itu yang mungkin berlarutan, dah mula built rasa trust dan selesa dengan lainan jantina. Perkara ni sangat membimbangkan tau. Better kalau ada masalah cerita pada kawan perempuan kita saja. Itu lebih baik.

4) Kalau boleh elak untuk berdua duaan dalam satu situasi. Kak Anis paham kekadang mungkin kita terpaksa OT ke untuk langsaikan kerja kan. Tapi sebolehnya makesure paling kurang ada sorang peneman bila dalam ofis. Ni sangat sangat penting. Bila ada peneman / kawan perempuan kita akan rasa lebih selamat daripada syak wasangka orang lain. 

Jadi buat perempuan khasnya muslimah, jagalah diri walau dimana kita berada. Tempat kerja merupakan ladang kita untuk mencari rezeki. Gaulilah ianya dengan keadaan yang berkat. Lindungi lah diri daripada pergaulan yang tidak sihat dengan berlainan jantina.

Pesanan ni untuk diri Kak Anis jugak insyaAllah.

Apa yang baik datang nya daripada Allah kerana dah ilhamkan Kak Anis untuk share berkenaan topik ini dan apa yang kurang datang daripada kak Anis sendiri 

Jumpa next entry okay! Tak sabar... hehe


 

Love,
Kak Anis...

  • Page 1 of 2
  • Page 1 of 2
Liquid error: Could not find asset snippets/quantity-breaks-now.liquid