- Diari Elsajida – "hijab" – elsajida.com
s

Diari Elsajida

Humans of Elsajida

Kalau anda follow rapat-rapat instagram Elsajida, mesti anda ada perasan satu hashtag baru yang wujud iaitu #humansOfElsajida. 

Apa tu?

Terinspirasi dari konsep yang dibawa oleh Humans of New York, saya rasa tertarik untuk melakukan hal yang sama. Iaitu dengan berkongsi kisah-kisah Elsajida Lovers, yang berkaitan dengan tudung. Tak kira samada kisah pahit, manis, sayu, atau sebagainya. 

Dari saya bermula buat bisnes, saya sentiasa simpan dalam minda bahawa saya tak mahu bisnes ini sekadar bisnes, tapi saya bawa misi lain juga bersamanya; iaitu berkongsi apa sahaja yang bermanfaat (sebab itu ada hashtag #elsajidaShares di Instagram Elsajida) dan sebenarnya visi Elsajida ialah untuk ‘educate’ para Muslimah agar mengamalkan lifestyle yang bertepatan dengan ajaran AlQuran & Sunnah. 

Dan berbalik pada kisah Humans of Elsajida, saya mahu menyatukan para pencinta tudung labuh di bawah satu hashtag, dengan berkongsi pengalaman yang pelbagai, tapi akhirnya mampu membuat mereka merasakan kewujudan ‘mutual understanding’ di kalangan mereka, lantas menjadikan mereka lebih terinspirasi. 

Sekiranya anda ada pengalaman berkaitan tudung yang anda ingin kongsikan, boleh contact kami di whatsApp atau email untuk berkongsi kisah anda, terutamanya yang dapat memberi pengajaran atau manfaat kepada pembaca. <3

Tutup Muka Sebab Pemalu?

Mesti korang terfikir kan kenapa kebanyakkan situasi kakjida suka tutup muka model yang gayakan produk Elsajida ni.. Meh Anis kongsi kenapa, ni sharing daripada kakjida sendiri...

Korang nak dengar cerita? Tadi salah seorang team kak Jida bagitahu, ada customer PM, katanya dia nak tanya tentang "tudung yang modelnya tutup muka dengan bunga putih". Jadi team kak Jida tu pun tak tahu customer tu maksudkan tudung mana sebab majoriti tudung El Sajida ni memang modelnya tutup muka dengan bunga putih. 😅 Cuma kadang-kadang je ada bunga pepel, kamera, buku & macam-macam lagi. 



Persoalannya kat sini, kenapa El Sajida ni suka sangat tutup muka model? Diorang ni pemalu sangat ke? 😂 Mehla kak Jida nak cerita sikit. Bukan sebab malu ke apa. Tapi memang dari awal kak Jida buat bisnes ni, kak Jida berniat untuk ketengahkan konsep "biarlah kualiti tudung yang berbicara." 

.

Kak Jida taknak korang beli tudung El Sajida ni sebab nampak muka model tu cantik semata, tapi sebab memang korang jatuh cinta dengan tudung dalam gambar tu & nak milikinya. Dan lepas korang dah merasa pakai & tahu kualiti tudung tu, kak Jida tak perlu dah cakap banyak, biar kualiti tudung tu je yang buat korang terus setia & percayakan brand El Sajida. Itulah yang kak Jida harapkan. 


.

Dan kak Jida terharu sebenarnya bila ramai yang PM kak Jida & team kak Jida untuk buat luahan betapa mereka sukakan konsep "model tak nampak muka" macam yang El Sajida buat. Kalau nak ikutkan, memang panjang lebar juga surat chenta yang kami terima yang memuji konsep ni. Itulah yang buat kak Jida terharu sebab rasa diterima & dihargai. 
.
.

Korang boleh click link ni untuk baca salah satu surat chenta yang kak Jida pernah terima: http://bit.ly/2vIJtre. Kata-kata sokongan dari korang lah yang banyak beri kami semangat untuk terus berpegang dengan konsep ni dan terus berusaha untuk beri yang terbaik buat para muslimah yang cintakan tudung labuh 100% patuh-syariah. Photographer pun pernah ada yang puji konsep ni, menarik katanya, dan dia suruh kekalkan. 
.
.

Cuma kak Jida nak tekankan kat sini, bahawa kak Jida bukan pilih konsep ni sebab kak Jida cakap wajah tu aurat ye, tapi sebab memang kak Jida rasa nak cuba guna konsep model yang tertutup wajahnya. Sebab kak Jida ni jenis yang suka jadi 'lain dari yang lain'. 😊 Kat Malaysia mungkin konsep macam ni kurang dipraktikkan, tapi sebenarnya kalau korang nak tahu, ada je brand fesyen antarabangsa (islamik/non islamik) yang guna konsep macam ni. 
.
.

Lagi satu, kak Jida nak korang tahu yang setiap brand fesyen Muslimah ni ada strategi dan konsepnya yang tersendiri. Asalkan konsepnya tidak bertentangan dengan landasan syariat, sebaiknya kita sokong dan terima.  
.
.

Untuk yang tak pernah tengok lagi konsep model tutup muka ni, kak Jida letak gambar-gambar instant shawl Ayra (produk bestseller El Sajida setakat ini) sebagai contoh. 😘
.
.

...............

Jadi, dah tahu kan kenapa? Ada sebab yang amat istimewa buat muslimah diluar sana tentang penggunaan konsep macam ni. Sangat rare tapi sangat reliable untuk dipraktikkan. Tak salah nak bereksperimen dalam bisnes selagi tidak melanggar hukum syarak 

 

Korang dapat sesuatu?

;)  

 

TIPS PENJAGAAN TUDUNG LEBIH EFEKTIF

Setiap orang mesti pernah hadapi masalah nak jaga tudung dengan baik. Paling sayang bila tudung yang disukai tiba-tiba jadi 'rosak' bila dibasuh. Malah kadang-kadang tudung jadi turun warna sehingga warna jadi tak cantik! Sayang kan? Dah beli mahal-mahal, rosak pulak.

Jangan gusar! Kami tahu anda pernah alami kes seperti ini. Maka kami kongsikan beberapa tips yang boleh dipraktikkan. Tips yang dijamin boleh menyelamatkan tudung dari 'rosak' dan jadi 'tak best'.



#Tips 1
Untuk mencuci tudung, harus diingatkan, tudung tersebut tidak diramas - ramas. Kami tahu ramai suka meramas tudung ketika mencuci. Kononnya nak lebih bersih. Cara ini boleh merosakkan tudung. Cara yang betul adalah cukup dengan mencelup dan mengangkat tudung beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.



#Tips 2
Selepas selesai celup dan angkat beberapa kali, rendamkan tudung sebentar di dalam campuran air bersama pelembut selama 10-15 minit. Selepas 15 minit, bilas tudung tersebut bersama air bersih. Jemur di kawasan yang redup. Elakkan menjemur tudung di bawah cahaya matahari yang terlalu terik. Jika tidak, lama-kelamaan, tudung akan menjadi rosak dan warna akan menjadi pudar.



#Tips 3
Untuk mencuci tudung, elakkan membasuh menggunakan mesin basuh kerana ia berpeluang merosakkan tudung. Cukuplah sekadar cuci mengikut #tips 1 dan #tips 2 sahaja.


#Tips 4
Biasakan diri untuk mencuci tudung bersama tudung sahaja dan tidak mencampurkan dengan kain atau pakaian lain. Banyak kes di mana warna baju turun dan merosakkan tudung. Maka untuk mengelakkan hal ini berlaku, asingkan tudung sebelum mencuci dan basuh tudung sahaja.

Kalau sesiapa perasan 'notes' yang ditulis bersama description tudung keluaran Elsajida, kami ada nasihatkan agar dibasuh dengan cucian tangan kerana kami tahu tudung tersebut terlalu berharga untuk di'rosakkan'. Malah kami juga tidak ingin tudung yang dibeli tiba-tiba menjadi pudar kerana tersilap langkah dalam mencuci.

Jadi kami kongsikan empat tips penjagaan tudung buat #Elsajidalovers tanda kami sayang kat korang. Teruskan support Elsajida dan doakan agar Elsajida dapat keluarkan tudung yang best-best.

InsyaAllah kami akan kongsikan tips-tips yang bermanfaat untuk semua di lain hari. Teruskan membaca blog Elsajida okay? :D

Liquid error: Could not find asset snippets/quantity-breaks-now.liquid