- Diari Elsajida – "kakJida" – elsajida.com
s

Diari Elsajida

Humans of Elsajida

Kalau anda follow rapat-rapat instagram Elsajida, mesti anda ada perasan satu hashtag baru yang wujud iaitu #humansOfElsajida. 

Apa tu?

Terinspirasi dari konsep yang dibawa oleh Humans of New York, saya rasa tertarik untuk melakukan hal yang sama. Iaitu dengan berkongsi kisah-kisah Elsajida Lovers, yang berkaitan dengan tudung. Tak kira samada kisah pahit, manis, sayu, atau sebagainya. 

Dari saya bermula buat bisnes, saya sentiasa simpan dalam minda bahawa saya tak mahu bisnes ini sekadar bisnes, tapi saya bawa misi lain juga bersamanya; iaitu berkongsi apa sahaja yang bermanfaat (sebab itu ada hashtag #elsajidaShares di Instagram Elsajida) dan sebenarnya visi Elsajida ialah untuk ‘educate’ para Muslimah agar mengamalkan lifestyle yang bertepatan dengan ajaran AlQuran & Sunnah. 

Dan berbalik pada kisah Humans of Elsajida, saya mahu menyatukan para pencinta tudung labuh di bawah satu hashtag, dengan berkongsi pengalaman yang pelbagai, tapi akhirnya mampu membuat mereka merasakan kewujudan ‘mutual understanding’ di kalangan mereka, lantas menjadikan mereka lebih terinspirasi. 

Sekiranya anda ada pengalaman berkaitan tudung yang anda ingin kongsikan, boleh contact kami di whatsApp atau email untuk berkongsi kisah anda, terutamanya yang dapat memberi pengajaran atau manfaat kepada pembaca. <3

Nak Berjaya Perlu Ada Prinsip Hidup

Setiap orang di atas muka bumi ni mesti nak berjaya kan? Lain orang lain tafsirannya mengenai kejayaan. Ada yang bila dah dapat kerja bagus, dapat gaji yang banyak, itu kejayaan baginya, ada juga yang bila dapat sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, itu merupakan kejayaan terbesar.  

Walau apa pun tafsiran kita, yang utama, kalau nak berjaya capai apa yang kita nak, kena ada usaha dan yang paling penting sekali kena TETAPKAN NIAT untuk capai usaha tersebut. Salah satu yang menjadi kayu ukur untuk kita kearah kejayaan yang hendak dicapai mestilah kena ada PRINSIP HIDUP yang tepat, tetap, serta boleh dicapai mengikut kemampuan diri. 


Jom kita selongkar perkongsian daripada Kak Jida menerusi facebook nya : Nor Sajidah Zulkafli
.
Nak buat pengakuan, sebenarnya selama ni bila orang tanya apa prinsip hidup saya, saya selalu tukar-tukar prinsipnya. Nampak sangat tak tetap pendirian kan sebelum ni.  TAPI, inshaAllah kali ni saya dah confirmed dah. Prinsip saya mudah je;
.
.

"NAK BERJAYA, KENA IKUT LANGKAH ORANG YANG DAH BERJAYA."
.
.

Sebab saya baru sedar, sebenarnya dalam hidup kita ni, semua tips dan rahsia untuk berjaya adalah bukan rahsia. Sana sini orang cerita apa yang mereka lakukan untuk berjaya. Tinggal kita nak ikut jejak langkah tu atau tak je.
.
.

Analoginya macam ni la, kita nak buat kek batik sedap macam jiran sebelah rumah kita. Macam mana nak bagi rasanya sebijik macam dia buat? Kena lah ikut ramuan yang sama dan langkah-langkah yang sama, kan? ;)
.
.

Kalau kita betul-betul sungguh-sungguh nak berjaya dalam bidang kita, cari je siapa yang dah berjaya dalam bidang tu dan kaji apa dia buat. Kalau dia ada Facebook, haa, scroll facebook dia sampai habis. ;) Alang-alang dah suka stalk FB kan, apakata biar buat proses stalking yang mendatangkan manfaat. :D
.
.

Cuma masalah kita, kita selalu nak berjaya macam orang lain, tapi KITA TAKNAK ALAMI KESUSAHAN YANG ORANG TU PERNAH ALAMI SEBELUM BERJAYA. Kalau macam tu, kena piat telinga sendiri. Kena sedar yang dalam hidup ni, nak berjaya kena susah! Kena jatuh tergolek banyak kali dulu! Kenapa nak takut kekalahan kalau kekalahan tu yang sebenarnya akan bawa kita ke puncak?
.
.

Kita kena pilih, kalau nak jadi manusia biasa-biasa, ujian pun biasa-biasa. Dan kalau kita nak jadi manusia hebat, ujian pun hebat. Pilihan di tangan kita. :)
.
.

Anda dapat sesuatu dari apa yang saya tulis? <3
.
.

#sajidahShares #FounderELsajida #motivation #inspiration


Rasa terinspirasi tak dengan penulisan kak Jida ni? hihi, harap bermanfaat untuk semua dan dapat kita praktikkan dalam kehidupan. Kalau tak banyak, sikit pun jadilah. Sikit sikit lama lama jadi bukit kan? :) 

Dari Sajida Hijab Sixty ke Elsajida

Nama memang memainkan peranan yang sangat penting untuk sesebuah bisnes. Kalau nama panjang sangat orang susah nak ingat, lepas tu kena makesure nama yang digunapakai tu haruslah relevan untuk jangka masa panjang..yelah, takkan nak tukar nama 10x kan. hihi.. Jom baca perkongsian daripada kak jida ni untuk ketahui macam mana nak cari nama yang tepat bila baru berjinak jinak buka bisnes :)
.
.
(Perkongsian kak Sajida)
Masa ni masih guna nama Sajida Hijab Sixty. Tapi lepas lama sikit dalam dunia bisnes, saya tahu saya tak boleh guna nama tu, kena cepat-cepat tukar sebab;
.
.

1) terlalu panjang & kedengaran tak komersial. Orang pun susah nak ingat kot. 😅

2) saya dah mula jual tudung bidang 50 dan 55, bukan 60 sahaja. Jadi tak boleh guna nama sixty tu.

3) saya pun dah start jual jubah masa tu. Jadi tak relevan lagi guna perkataan hijab. Dan sekarang, bukan setakat tudung & jubah, blouse, skirt, baju kurung pun kami produce.
.
.

Jadi kalau anda buat bisnes, awal-awal tu terus pilih nama yang general. Sebab bisnes ni lama-lama mesti berkembang, mesti produk kita akan bertambah jenis. Apalagi bila followers kita makin ramai.
.
.

Kalau buat bisnes, kena berani. Kena get ready untuk susah, untuk hidup dalam uncomfortable zone. Bisnes bukan untuk glemer atau tayang pencapaian demi pencapaian, tapi ia lebih besar dari itu. Kalau anda akhirnya berani buat keputusan untuk join dunia bisnes, tahniah saya ucapkan.
.
.

Bisnes memang susah, tapi susah yang berbaloi & lebih membakar semangat. :)
.
.
(Tamat)
.
Tak dinafikan dunia bisnes penuh onak ranjau berduri (walaupun saya hanya seorang staff di Elsajida) tapi saya sendiri dapat dalami dan experience dengan drama dunia bisnes. Betul kata kak jida, its not about glemer semata tapi banyak sangat benda baru yang kita akan belajar setiap hari. Pada saya, sesiapa yang masuk ke medan bisnes, mereka semua merupakan orang yang hebat sebab berlapang dada untuk menghadapi hari mendatang yang tak pasti hujung pangkal nya. Tetapi masih tetap berdiri teguh sebab yakin rezeki Allah itu sangat luas dan datang dalam pelbagai bentuk dan gaya. 

Tips Pergi Haji Di Usia Muda

**Assalamualaikum semua. Lamanya blog post ni tak bersiaran ya? Maafkan kami ya kesayangan Elsajida semua disebabkan beberapa perkara jadi terbantut kejap. hihi. Maafkan kami :) Okaylah, untuk blog kali ni sis nak kongsi satu tips yang SANGAT SANGAT BERNILAI daripada orang yang sangat sis kagumi iaitu our lovely owner of Elsajida ; kak Sajida :)

Tips ni pun dah agak viral jugak beberapa minggu lalu. MasyaALLAH rasanya tak pernah terpikir kot tips macam ni. TIPS PERGI HAJI DI USIA MUDA. Ya, bunyi macam mustahil kan? tapi tiada benda yang mustahil tau kalau kena gaya usaha nya, insyaALLAH..Meh baca sampai habis tau :) :)  **
.
.

Tahukah anda? Kalau anda baru mendaftar haji dalam masa terdekat ini, giliran anda menunaikan Haji adalah pada tahun 2100 ke atas? (Diberitahu dalam kursus Haji Perdana baru-baru ini.) Sanggup anda menunggu sepanjang tempoh itu?
.
.

Jangan risau. Itu cuma anggaran tahun. Tak mustahil boleh dipercepatkan lagi dengan izin Allah. Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau sekurang-kurangnya untuk “lajukan” giliran kita. Cara-cara ni semuanya inshaAllah boleh dilakukan oleh anda semua. Saya tulis ringkas dalam bentuk point sahaja ya, supaya lebih jelas dan mudah difahamkan. Ada 4 langkah semuanya;
.
.


1) Buka akaun Tabung Haji.
.
.

2) Daftar Haji. Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji. Kemudian anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji. Lokasi untuk mendaftar: Di mana-mana cawangan TH, laman web TH, Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB
.
.

3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k. Mungkin part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu tidak lama jika kita konsisten menabung. (Contoh cara menabung akan diberitahu di akhir artikel).
.
.

 


4) a) Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat rayuan. Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah mencukupi untuk membayar pembiayaan haji. Dikhuatiri jika rayuan diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu RM10k tersebut di dalam akaun anda.

b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji. Anda perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan anda).

c) Kalau anda nak tahu, untuk Haji tahun ini tahun 2016, ada sekitar 2500 orang sekitar Lembah Klang yang dijadualkan akan menunaikan haji, namun selepas ujian pemeriksaan kesihatan, 60% tidak lulus (atas faktor kesihatan) dan tidak dapat meneruskan proses seterusnya untuk menunaikan haji. Bermakna, ada banyak kuota baru yang kini kosong! Itu baru cerita di Lembah Klang, pastinya setiap negeri setiap daerah akan ada kuota kosong yang perlu diganti dengan orang lain. Mungkinkah anda orangnya? Tak mustahil. :)

d) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian. Iaitu apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.

e) Nak lagi kuota kosong? Yang ini mungkin tidak terlalu banyak, tetapi biasanya tetap ada, iaitu wanita yang hamil sebelum berangkat menunaikan haji. Jika dia sepatutnya menunaikan haji pada tahun sekian-sekian, tetapi ditakdirkan dia hamil sebelum berangkat, maka pihak Tabung Haji tidak akan membenarkannya menunaikan haji. Jadi akan ada lagi kuota kosong untuk anda.
.
.

Jadi jelaslah di sini bahawa sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk anda mendapatkan kuota haji dan tidak perlu menunggu giliran tahun yang asalnya ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk anda. Boleh jadi giliran anda pada asalnya ialah tahun 2048, tapi pada tahun 2018 anda sudah berjaya mendapatkan giliran setelah membuat rayuan. Tidak mustahil, dengan izin Allah.
.
.

Tentang bilakah tahun yang anda akan dapat tu, ia bergantung kepada Allah, Allah melihat usaha kita, dan percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambaNya. Namun jika giliran itu tetap juga tidak datang seawal yang anda harapkan, usahlah kecewa, teruskan berusaha, teruskan membuat rayuan SETIAP TAHUN dan yang pasti, berdoalah di sepertiga malam tentang hasrat anda untuk mengunjungi rumahNya, buktikan anda betul-betul mahu ke sana.
.
.

Ibadah haji bukan milik orang kaya. Ia milik semua. Ada orang kaya yang tidak dapat pergi kerana masalah kesihatan, ada orang yang kurang kaya tapi dapat juga akhirnya menunaikan haji kerana gigih menabung serta tidak henti berdoa. Allah yang berhak pilih siapakah tetamuNya, maka buktikanlah kepada Dia bahawa anda sungguh-sungguh mahu ke sana dengan segera, ketika umur masih muda dan jasad masih kuat.
.
.


Nota cara menabung secara ringkas:
.
.

1) Untuk menabung dalam tempoh 8 tahun: RM25 seminggu atau sehari RM3.60 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM25 x 52 minggu = RM1300. RM1300 x 8 tahun = RM10400). Atau, nak lagi cepat?
.
.

2) Untuk menabung dalam tempoh 4 tahun: RM50 seminggu atau sehari RM7.14 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM50 x 52 minggu = RM2600. RM2600 x 4 tahun = RM10400).
.
.

Kesimpulannya kalau sekarang umur anda masih di awal 20-an, tak mustahil sebelum umur 30 anda sudah boleh menunaikan haji, atau selewat-lewatnya sebelum anda mencecah 40 tahun, inshaAllah fizikal masih sihat ketika itu.
.
.


P/s: Atau nak cara lebih cepat untuk dapat kuota haji, kahwinlah dengan orang yang giliran hajinya tidak lama lagi. ;) Jika suami sahaja yang mendapat tawaran, isteri boleh buat rayuan dan kebiasaannya pihak Tabung Haji akan luluskan permohonan tersebut tapi pastikan RM10k tersedia di dalam akaun Tabung Haji. Dan untuk kes isteri (yang berumur 44 tahun ke bawah) yang mendapat tawaran haji, suami tak perlu risau kerana secara automatik suami akan dapat pergi bersama isteri kerana si isteri wajib ada mahram.
.
.

Silakan share untuk manfaat bersama atau sebagai rujukan anda pada masa hadapan.
.
.

[Edited: Tambahan tips dari saudara Syafiq Kamil. --> Saya berminat untuk tambah info sikit. Bagi yang nak daftar haji, tapi belum cukup wang permulaan sebanyak RM1300, anda hanya perlu print penyata KWSP anda yang terkini dan bawa bersama ketika mendaftar di kaunter TH. Buka akaun TH cuma bayar RM10, manakala daftar haji pula PERCUMA (asalkan ada penyata KWSP). Yang penting daftar siap2, insyaAllah rezeki akan datang kemudian. Dah cuba, memang senang. Pihak TH juga minta war-warkan perkara ini. Terima kasih.

 

** Best kan tips ni? Semoga tips ni dapat memberi manfaat kepada semua ya, Yang penting JANGAN LELAH UNTUK USAHA. InsyaALLAH, ALLAH suka tengok niat hambaNYA yang suka berusaha. Lagi lagi usaha niat nak ke kota yang sangat suci ni. Aminnn **

 

El Sajida Short Vacation

Bismillah.

Assalamualaikum El Sajida Lovers!

Ni pertama kali kak Jida menulis kat post di website El Sajida ni. Tapi bukan semua post adalah dari Kak Jida tau. Ada yang team kak Jida jugak yang tulis. Terima kasih buat anda yang sudi singgah untuk baca sharing daripada kami. :) 

Feature blog di website kami ni baru je kami buat. Sebagai salah satu cara untuk kami berkongsi apa saja dengan anda, dan supaya anda pun rasa dekat dengan kami. Walaupun tak bersua muka, tapi dapat baca tulisan. Hihi. 

Okaylah, kak Jida bukan nak bagi tips ke apa ke, cuma kali ni kak jida saje nak cerita pasal aktiviti #teamELsajida masa hujung minggu lepas. Sementara masih panas lagi, sesuailah kot kalau kak Jida share kat sini. Ringkasnya, kami pergi bercuti selama 2 hari satu malam je. Kami pergi ke Sailor's Rest Resort kat Janda Baik, Pahang. Kak Jida yang rekemen tempat ni sebab kak Jida dah pernah pergi tahun lepas kat tempat ni dengan kawan kak Jida. Cuma bezanya, masa pergi dengan kawan tu, kak Jida tidur kat modern chalet. Tahun ni dengan team El Sajida kami tidur dalam khemah! Hehe. Saje nak merasa tidur kat khemah. Ala-ala perkhemahan Tunas Puteri gitu. =p 

Tempat ni best tau sebab kita boleh pilih nak tidur kat banglo ke, modern chalet ke, kampung chalet ke, khemah ke, kapal ke. Kapal??!!! Haaa, memang ada penginapan atas kapal tau kat sini. Tapi untuk pasangan honeymoon halal je. Hehe. Kapal tu ada satu je. Ala-ala titanic la. Dalam tu ada ruang tamu, katil, dapur, bilik tidur, semua ada lah. Maximum atas kapal tu untuk 2 pax sahaja. Nak bawak anak mintak maap la ye, sila tinggalkan kat bibik kejap. Huhu.

Oh lupa pulak nak bagitau kat sini ada sungai private. Kiranya tempatnya tak terbuka. Betul-betul depan khemah yang kitorang tidur. Bangun tidur bukak mata je terus terjun sungai. Haha. Kalau nak pergi air terjun pun boleh, tapi kena bagitahu owner resort ni, nanti dia bawakkan. Sebab air terjun jauh sikit, kena jalan. 

Adoi panjangnya kak Jida bebel. Kita tengok gambar sikit lah ye? :D

Inilah khemah yang kitorang tidur. Orang sebut "glamping". Glamour camping. Huhu. Ada katil, lampu, kipas.

Kami tidur kat khemah ni lah. Kami book 2 khemah untuk 9 orang. 

Ni dalam khemah. :) 

Air sungai depan khemah kami. 

Anak kak Jida. Haha. Cantik kan landskap kat sini? :D (suami kak Jida kena tinggal)

Ni kami duk makan manggis. Sini ada banyak pokok buah & boleh makan free. Ada team kami yang panjat pokok semata-mata nak ambil buah manggis. Fresh! Sedap!

Ni kampung chalet tu. Foreigner biasanya yang suka tidur sini. 

Singgah Colmar Tropicale kat Bukit Tinggi sebelum balik ke KL. 

 

Alhamdulillah. Selesai. <3