- Diari Elsajida – "News" – elsajida.com
s

Diari Elsajida

Humans of Elsajida

Kalau anda follow rapat-rapat instagram Elsajida, mesti anda ada perasan satu hashtag baru yang wujud iaitu #humansOfElsajida. 

Apa tu?

Terinspirasi dari konsep yang dibawa oleh Humans of New York, saya rasa tertarik untuk melakukan hal yang sama. Iaitu dengan berkongsi kisah-kisah Elsajida Lovers, yang berkaitan dengan tudung. Tak kira samada kisah pahit, manis, sayu, atau sebagainya. 

Dari saya bermula buat bisnes, saya sentiasa simpan dalam minda bahawa saya tak mahu bisnes ini sekadar bisnes, tapi saya bawa misi lain juga bersamanya; iaitu berkongsi apa sahaja yang bermanfaat (sebab itu ada hashtag #elsajidaShares di Instagram Elsajida) dan sebenarnya visi Elsajida ialah untuk ‘educate’ para Muslimah agar mengamalkan lifestyle yang bertepatan dengan ajaran AlQuran & Sunnah. 

Dan berbalik pada kisah Humans of Elsajida, saya mahu menyatukan para pencinta tudung labuh di bawah satu hashtag, dengan berkongsi pengalaman yang pelbagai, tapi akhirnya mampu membuat mereka merasakan kewujudan ‘mutual understanding’ di kalangan mereka, lantas menjadikan mereka lebih terinspirasi. 

Sekiranya anda ada pengalaman berkaitan tudung yang anda ingin kongsikan, boleh contact kami di whatsApp atau email untuk berkongsi kisah anda, terutamanya yang dapat memberi pengajaran atau manfaat kepada pembaca. <3

Road Tour Elsajida Yang Pertama

Road tour UIA . Wohaa!!

Hai! Assalamualaikum Elsajida lovers ;)

Sihat? :D

Saje je laa kan nk cerita pengalaman roud tour kami baru baru ni. Hehe. Bila ye.. erm…. Oh ye , bertarikh 6 oktober 2016 bersamaan hari khamis. Bermula lah Roud tour kami yang pertama. Kami memilih Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai tempat pertama roud tour kami.

.

Kenapa pilih UIAM Gombak?

Saje sajee suka suka.. hehe. Takde lah. Kami pilih UIA sebagai tempat yang pertama ,First sebab dapat undian tertinggi and lagipun dekat je dengan tempat kami. Work station kami di Wangsa maju Seksyen 2 :)  Insha Allah lepas ni kita pergi jauh sikit yaaa. ;-) (Team elsajida memang suka jalan-jalan sebenarnya .haha )

 .

Pengalaman Roud tour .

Kalau nak cerita pengalaman jual secara offline (memandangkan kami buat bisnes 100% secara online) takde laa  kekok sangat sebab dah ada pengalaman jual buka booth dan join Mood Republic. Tapi kali ni lain sikit sebab kami hanya buka bonet kereta sahaja. So, korang kena cari kereta kami. Tak susah pun sebab jenama kereta dan tempat dah diberitahu siang-siang lagiii. ;-)

 .

Yang lain sikit sebab kena serbu . haha. Syok la jugak.. macam artis je sebut serbu2 ni kan.(Perasann) .Laii laii.. adik2 UIAM memang awesome sangat!! Tapi boleh tahan jugak pesen nya..macam2.. buat kami terhibur sungguh .. asyik nak gelak je rasa. hahaa. Comel! ;-)

 .

Meh la kita belanja gambar sikit. ;-)

 

Niii ada orang ambil gambar senyap-senyap. Bagi kat kami dengan ayat “dapat jugak tengok muka2 team elsajida nii. Hihi’’ amboii sangat.. haha  kenapa tak selfie jeee :P (btw, thanks :))

 

Terima kasih adik-adik UIA !!

 

 

Thanks dik ! :D

 

Xie-xie! :D

 

Syukran ya ukhti ! :D

 

Terima kasihhhhh :D

.

Road Tour kami berlangsung only 2 hours. Start pukul 4 pm sampai 6 pm sahaja. So, lepas 6 pm terpaksa lah tutup bonet. KAMI MINTA BERIBU KEMAAFAN kepada adik-adik yang tak sempat datang … Insha Allah.. Bi iznillah… kami datang lagii ya.. korang bodek laa boss Elsajida beramai-ramai pastu komen banyak2 dekat ig..hihiii  :p

 

Ok lah. Setakat itu sahaja cerita roadtour kami untuk kali pertama ni. Insha Allah kami sambung cerita lagi untuk next tour okay? ;-)

 

Lepas balik tuu kami kelaparan .singgah Ikea Cheras jap makan Meatball .hehe .

 
 

 

Tataaa ! ;-)

Warna yang menarik aura positif mengikut hari

Setiap orang ada auranya tersendiri , bukan sahaja untuk menarik perhatian bahkan supaya keyakinan diri semakin mantap. Tapi ! Kita tak tahu, setiap warna juga ada auranya tersendiri . Bahkan pakar warna juga mengklasifikan warna aura positif mengikut hari. Nak tahu apa dia warna untuk harini? JOM teruskan membaca blog post ini....

 

ISNIN = PUTIH LAMBANG KESUCIAN

Hari Isnin adalah permulaan hari , jadi penting untuk anda kembali ke kuliah dan ke tempat kerja dengan mood yang positif . Warna ini melambangkan kesucian, pemakaian warna putih akan membuatkan anda berasa yakin dan tenang menghadapi sebarang kemungkinan.

 

SELASA = PINK / UNGU SUBURKAN KASIH SAYANG

Dua warna ini memiliki kasih sayang dan tumpuan. Aura positif dan warna pink/merah jambu membuatkan anda berasa gembira dan selesa. Ini mudah bagi anda untuk fokus terhadap tugasan yang diberikan oleh pensyarah atau ketua. Warna ini juga membuatkan anda ceria dan kelihatan muda dari usia sebenar.

 

RABU = BIRU MEMUDAHKAN KOMUNIKASI

Biru dikatakan mampu melancarkan atau memudahkan komunikasi. Selain itu , ia juga mendorong anda untuk berfikiran secara rasional dan membuat keputusan dengan lebih tepat.

 

KHAMIS = KUNING/ OREN BERGERAK AKTIF

Warna ini memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan krisis. Ia juga memberi keceriaan dan membuatkan anda bergerak aktif untuk melaksanakan segala tugasan dengan pantas . Dua warna tersebut juga mendorong tubuh anda kekal bertenaga dengan pemikiran cergas sepanjang hari.

 

JUMAAT = HIJAU MEMBERI KETENANGAN

Hijau lambang ketenangan dan keseimbangan dalam kehidupan. Selain itu , ia juga memberi pengisian untuk diri anda.

 

SABTU = MERAH BERANI MENCUBA

Warna merah membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah kepada si pemakai. Aura merah mendorong anda agar berani mencuba sesuatu yang baru. Dalam erti kata lain, membuat perubahan baik pada penampilan, hobi, pekerjaan atau pelajaran.

 

AHAD = HITAM UNTUK ISTIREHAT

Warna hitam membuatkan anda berada dalam zon selesa dan privasi . Suasana ini sangat sesuai untuk merehatkan tubuh badan dan minda supaya dapat merancang aktiviti harian minggu hadapan pula.

 

Menarik bukan? Jadi, tunggu apa lagi ! jom kita praktikkan. Mana tau, dengan langkah yang kecil ni, boleh bangkitkan aura positif dekat orang sekeliling  =) 

  • Hitam
  • Post author
    ANIS AMALINA
  • News

Hitam

 

Setiap orang pastinya ada warna kesukaan masing masing kan? Kata orang warna ni melambangkan peribadi seseorang. Contohnya, warna merah jambu selalu dikaitkan dengan personaliti kelembutan dan kesopanan. Tapi seberapa banyak pun warna baju atau tudung yang kita ada terutamnya perempuan, mesti, WAJIB ada warna hitam. Sebab orang kata warna hitam ni warna selamat untuk digunapakai dan memang relevan nak pakai tak kira tempat , masa dan tujuan.

 

 

Warna hitam ni, semacam ada AURA dan nampak EKSKLUSIF sungguh. Nak pakai dengan jubah boleh, dengan tunic boleh, dengan pakaian sukan pun boleh, Memang tak ada masalah langsung 😂

Disini saya senaraikan serba sedikit personaliti seseorang yang menggemari warna hitam. 

Personaliti mengikut warna hitam
  • Prihatin
  • Kuat berfikir
  • Kuat menghadapi dugaan hidup
  • Sensitif
  • Suka menyendiri

 

Mungkin serba sedikit ada betulnya kriteria diatas yang mungkin kena dengan personaliti seseorang yang memang gemarkan warna hitam. 

Kat Elsajida ni pun warna hitam ni memang macam pisang goreng panas tau. Kalau release memang laku keras. Kadang kadang kalau dah sold out, mesti ramai tanya bila nak restock warna hitam. Lelagi kat Elsajida ni memang suka konsep instant. Jadi bila INSTANT + HITAM = COMPLETE SET. Dah tak perlu risau kalau tengah rushing ke, tengah kat camping ke, tengah dukung anak ke, terus je sarung yang warna hitam, semua masalah selesai 😂

Apa tunggu lagi peminat warna hitam, moh le klik je tab produk yang sis berkenan, pahtu scroll item yang warna hitam. Dah settle bayar tu, tunggu je encik posmen ketuk pintu sis. Semudah A B C je kan? Selamat ber shopping 😂

 

Team Elsajida

Liquid error: Could not find asset snippets/quantity-breaks-now.liquid