- Diari Elsajida – "ootd" – elsajida.com
s

Diari Elsajida

OOTD Muslimah versi Elsajida Lovers

Untuk post ni, kami cuma nak kongsikan gambar-gambar OOTD dari Elsajida Lovers yang terpilih, dari awal Elsajida sehingga kini. Mungkin boleh membantu anda memilih style fashion Muslimah yang sopan & anggun. Jom intai. 

Wide Shawl Wilma

Tudung Adele

Tudung Nawfa

Tudung Nadine

Wide Shawl Maryam

Instant Shawl Ayra

Tudung Sarung Sara

Wide Shawl Maryam

Instant Shawl Ayra

 

Cantik kan semuanya? Sopan & ayu tanpa perlu hiasan berlebihan. Itulah yang terbaik, berfesyen dengan meletakkan syariat di hadapan. <3

7 Tips OOTD Muslimah

Sekarang ni semua dah biasa dengan term OOTD tu kan? Untuk yang tak biasa, maksudnya ialah Outfit of The Day. 

Jadi macam mana tips nak ambil gambar OOTD yang menarik walaupun tanpa guna kamera mahal? Ini khusus untuk Muslimah

(1) Pastikan OOTD di luar rumah. Pencahayaan baik menjadikan gambar lebih cantik.

2) Background plain. Samada di dinding bangunan, berlatarbelakangkan langit luas, padang atau sebagainya. (Background bukan plain juga cantik tapi elakkan yang terlalu crowded sehingga menenggelamkan fokus kamera iaitu anda) Dan ada juga yang suka background berpattern seperti stripes atau kotak-kotak (bukan checkered).

3) Senyum. Tak kira samada anda pandang tepi, bawah, atau depan, senyumlah. ;)

4) OOTD seorang. Lebih cantik jika gambar OOTD tersebut hanya ada anda seorang. Bukan berdua, atau bertiga. (Tapi kalau ada anak kecil, pun comel juga kalau dia mahu turut ada dalam gambar).

5) Posing natural. Tak perlu sampai buat duckface, muka manja, gaya menggoda atau sebagainya yang tidak sesuai dengan seorang Muslimah.

6) Ambil gambar ketika matahari tidak terlalu terik. Biasanya di waktu pagi atau waktu petang. 

7) Paling penting, tutup aurat sempurna. :)