- Diari Elsajida – "Renungan" – elsajida.com
s

Diari Elsajida

Nak Berjaya Perlu Ada Prinsip Hidup

Setiap orang di atas muka bumi ni mesti nak berjaya kan? Lain orang lain tafsirannya mengenai kejayaan. Ada yang bila dah dapat kerja bagus, dapat gaji yang banyak, itu kejayaan baginya, ada juga yang bila dapat sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, itu merupakan kejayaan terbesar.  

Walau apa pun tafsiran kita, yang utama, kalau nak berjaya capai apa yang kita nak, kena ada usaha dan yang paling penting sekali kena TETAPKAN NIAT untuk capai usaha tersebut. Salah satu yang menjadi kayu ukur untuk kita kearah kejayaan yang hendak dicapai mestilah kena ada PRINSIP HIDUP yang tepat, tetap, serta boleh dicapai mengikut kemampuan diri. 


Jom kita selongkar perkongsian daripada Kak Jida menerusi facebook nya : Nor Sajidah Zulkafli
.
Nak buat pengakuan, sebenarnya selama ni bila orang tanya apa prinsip hidup saya, saya selalu tukar-tukar prinsipnya. Nampak sangat tak tetap pendirian kan sebelum ni.  TAPI, inshaAllah kali ni saya dah confirmed dah. Prinsip saya mudah je;
.
.

"NAK BERJAYA, KENA IKUT LANGKAH ORANG YANG DAH BERJAYA."
.
.

Sebab saya baru sedar, sebenarnya dalam hidup kita ni, semua tips dan rahsia untuk berjaya adalah bukan rahsia. Sana sini orang cerita apa yang mereka lakukan untuk berjaya. Tinggal kita nak ikut jejak langkah tu atau tak je.
.
.

Analoginya macam ni la, kita nak buat kek batik sedap macam jiran sebelah rumah kita. Macam mana nak bagi rasanya sebijik macam dia buat? Kena lah ikut ramuan yang sama dan langkah-langkah yang sama, kan? ;)
.
.

Kalau kita betul-betul sungguh-sungguh nak berjaya dalam bidang kita, cari je siapa yang dah berjaya dalam bidang tu dan kaji apa dia buat. Kalau dia ada Facebook, haa, scroll facebook dia sampai habis. ;) Alang-alang dah suka stalk FB kan, apakata biar buat proses stalking yang mendatangkan manfaat. :D
.
.

Cuma masalah kita, kita selalu nak berjaya macam orang lain, tapi KITA TAKNAK ALAMI KESUSAHAN YANG ORANG TU PERNAH ALAMI SEBELUM BERJAYA. Kalau macam tu, kena piat telinga sendiri. Kena sedar yang dalam hidup ni, nak berjaya kena susah! Kena jatuh tergolek banyak kali dulu! Kenapa nak takut kekalahan kalau kekalahan tu yang sebenarnya akan bawa kita ke puncak?
.
.

Kita kena pilih, kalau nak jadi manusia biasa-biasa, ujian pun biasa-biasa. Dan kalau kita nak jadi manusia hebat, ujian pun hebat. Pilihan di tangan kita. :)
.
.

Anda dapat sesuatu dari apa yang saya tulis? <3
.
.

#sajidahShares #FounderELsajida #motivation #inspiration


Rasa terinspirasi tak dengan penulisan kak Jida ni? hihi, harap bermanfaat untuk semua dan dapat kita praktikkan dalam kehidupan. Kalau tak banyak, sikit pun jadilah. Sikit sikit lama lama jadi bukit kan? :) 

Wanita itu Permata Berharga.

“Seorang perempuan itu mesti menghormati dirinya terlebih dahulu untuk menuntut orang lain menghormati dirinya.”

Allâh Azza wa Jalla memerintahkan kepada isteri-isteri nabi dan wanita beriman untuk menutup aurat mereka sebagaimana firman-Nya :

 

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka !” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allâh adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [al-Ahzâb/33:59]

 

Berkata Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid “demikian Allah s.w.t menyentuh tentang kehormatan perempuan, pakaian nya, tempat meletakkan perhiasannya, kain yang dikepala, kain yang di letakkan di badannya, semuanya di atur oleh Allah s.wt.

Ini  bukan pengekanan untuk wanita, ini penghormatan kepada kita!  


Mari kita renung duhai wanita, andai kita miliki sebuah emas ,intan dan permata.. Dimana agaknya kita letak? Tidak mungkin kita biarkan begitu sahaja kan? Sudah semestinya kita simpan di dalam kaca dan dijaga sebaiknya supaya tidak di ambil orang dan tidak rosak.

 

Begitu lah kehormatan yang Allah berikan kepada wanita sehingga di atur, dijaga dan di rawat supaya kaum wanita dapat menghargai bagaimana ihsan yang diberi Allah s.w.t. Cukup memberikan satu penghormatan kepada wanita dan bagaimana agama ini memuliakan kaum wanita dengan Al-qur’an menamakan dalam nya satu surah iaitu surah An nisa’. Surah khusus buat wanita.

 

Beruntungnya kita wanita, jaga lah penghormatan yang diberi Allah kepada kita untuk orang lain memberi penghormatan kepada kita. Tutup aurat dengan sempurna . Jauhi fitnah diri kerana fitnah terbesar didunia ini adalah fitnah wanita 

 

Duhai wanita, Dirimu begitu berharga. Sesungguhnya wanita hiasan dunia..

 

"Telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik." 

 

Kenalilah Tuhan yang mengujimu !

Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar.

 

 

Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna.

 

 

 

 

Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.

 

 

Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.

 

Renung2kan & selamat beramal. Hehe.

 

Team Elsajida