- Diari Elsajida – "Tips" – elsajida.com
s

Diari Elsajida

5 TIPS UNTUK KEMBALIKAN SEMANGAT YANG HILANG

Lumrah kehidupan kita di dunia, akan ada masanya kita rasa semangat kita seperti berada di puncak tetapi akan ada masanya juga kita sering kali rasa terbeban dengan masalah dalam kehidupan.

Kak Anis pun begitu juga, pernah beberapa ketika masa study dulu, Allah Taala menguji Kak Anis dengan ujian yang bagi Kak Anis sangat hebat. Salah satunya masa SPM dulu.

Bayangkan lagi 4 hari nak SPM, nota sejarah Kak Anis hilang masa duk kemas meja sempena SPM. 

Total.


Lost.


Ntah.


Kemana.

Nota kita yang 2 tahun kita pegang bawa kesana sini, kita selalu depend on, dah siap buat nota kaki kalau ada add on nota terbaru tetiba hilang sekelip mata.

Memang time tu rasa macam gelap kejap dunia. Tak semangat nak sit exam untuk paper lain time tu. 

Memang rasa macam putus asa sangat.
Semangat Kak Anis hilang terus padahal lagi beberapa hari je nak SPM.

Itu salah satunya.

Jadi apa yang Kak Anis buat masa tu untuk pulihkan kembali semangat yang makin jatuh tu?

1) Menangislah!

Ya! Inilah yang Kak Anis akan buat. Bila semangat jatuh, Kak Anis akan menangis dulu. Menangis itu langsung tidak salah, ianya adalah sebuah perasaan emosi yang Allah izinkan untuk kita rasa. Tapi harus diingat, menangis harus sekejap saja. Lepas selesai menangis, bersihkan diri, ambil wudhu dan terus bangun. Waktu nota Kak Anis hilang dulu kan, berbakul bakul menangis. 

2) Keluar jumpa orang 

Bila kita rasa lemah semangat dan sedih dah tentu nature kita akan lebih mudah rasa terpuruk dan nak rasa terperuk saja kan. Jadi apa kata selesai kita menangis, terus bangkit dan keluar dari rumah, jumpa orang ramai dan berbual. Kalau taknak berbual pun langkahkan kaki ke tempat yang ramai orang.

Sebab bila kita bersosial , kita akan dapat vibes daripada  orang sekeliling. Setiap individu memang akan ada vibes positif dan negatif. Kalau kita berada dalam kelompok mereka yang positif maka yang positif lah yang akan kita tarik, Begitulah juga sebaliknya. InsyaAllah itu juga dapat membantu menaikkan kembali semangat kita yang hilang.

3) Bersenam

Siapa yang rasa lemah semangat, bangkitlah menuju ke taman taman yang ada. Tak perlu lari laju pun, berjalan laju pun dah kira okay sangat. Bila kita bersenam ni automatik segala rongga dan bahagian tubuh badan kita akan aktif. Jadi kita tak sempat nak "layan" rasa lemah, lemau dan sedih. Kalau taknak pergi taman, buka je youtube dan carilah pautan untuk aerobik, zumba atau apa saja jenis senaman yang bantu menaikkan mood korang. Cubalah!

4) Buat perkara yang kamu suka

Lain orang lain kesukaannya kan. Ada yang suka melukis, ada yang suka memasak, ada yang suka jungle trekking dan macam macam lagi. Kalau kamu merasa hilang semangat, buat lah perkara yang kamu suka. It really works tau!

5) Cari solusi

Ni adalah point yang paling penting. Bila kita dah tahu semangat kita merundum, lepas dah buat semua steps kat atas ni, teruslah bertindak dan cari solusi.

Contoh macam kes Kak Anis tadi, apa yang Kak Anis buat (sampai sekarang masih ingat), Kak Anis pergi jumpa semua kawan kawan, ambil nota dorang, photostate  terus highlight point penting dan refresh balik semua nota kaki yang pernah Kak Anis tulis dulu. Semua ni Kak Anis buat dalam masa 3-4 hari tu.  Memang dahsyat sangat time tu (tau je lah nota f4 dan f5 tu banyak mana kan hehe)  sampai terlupa ada banyak lagi paper penting time tu.


Setelah melalui beberapa episod perjalanan kehidupan baru Kak Anis sedar yang kadang kala dalam hidup ni ada masanya memang  kita perlu merasa zaman kejatuhan , zaman kegagalan , zaman yang penuh dengan liku masalah.

Supaya apa?

Supaya.. diri ini lebih mensyukuri nikmat tuhan.

Supaya kita sempat untuk tarik handbrake dan refleks balik tentang semua apa yang kita buat.


Kita akan  lebih memahami frasa makna " bersusah susah dulu bersenang senang kemudian"


Kita akan rasa lebih siap untuk menuju masa depan

Dan sentiasa percaya setiap ujian semangat yang hilang tu pasti Allah Taala akan kurniakan pelangi setelahnya.

Masa amik result SPM dulu, memang first result yang Kak Anis nak cek adalah paper sejarah! Berdebar sangat sangat.

Alhamdulillah memang unexpected sangat bila tengok result, syukur sangat semuanya Allah permudahkan time tu ;)





Love,
Kak Anis

6 BENDA WAJIB MUSLIMAH PERLU BAWA MASA TRAVEL

 

 

Assalamualaikum semua. How was your day? InsyaAllah semoga semua baik baik saja ya :) Okay entry kalini Kak Anis nak share pasal travel lagi (travel lagi? hehe) 


"Kak Anis ni asyik share pasal travel je" 

Hehe haruslah ;p , Kak Anis sangat kuat jenjalan tau (Kalau nak jenjalan jangan lupa roger Kak Anis naa hehe!) . Bila kita travel atau bermusafir ni, banyak sangat perkara baru yang kita dapat belajar. Selain dapat recharge balik tenaga diri kita, ianya jugak dapat luaskan pengalaman dan minda kita. Dapat tengok cara hidup sesuatu tempat, dapat belajar selok belok tempat yang kita nak travel tu.

Part paling best bagi Kak Anis bila kita dapat travel dengan orang yang satu kepala dan tak berkira time travel (so important to choose your travel buddies tau!). Penting sangat sangat. Lepas tu, bila kita driving sendiri, dan banyak kali sesat kat tempat nak kita tuju tu bagi Kak Anis dia semacam satu achievement sangat sebab daripada kesalahan tu Kak Anis belajar banyak sangat benda. 

Lagipun kebetulan bulan September ni banyak yang cuti panjang kan, Kak Anis bet mesti ramai dah plan nak travel bulan ni kan? Perfect timing sangat share artikel ni hehe

Yang penting bila nak bermusafir ni, kena plan. Kena plan tabungan, kena plan timing. Dan tak semestinya perlu keluar negara. Dalam Malaysia ni pun banyak sangat tempat best best. Dapat sehari dua lari dari hiruk pikuk rutin harian ni pun dah okay sesangat.

Eh! macam jauh pulak Kak Anis dah bebel hihi. Sebenarnya nak share dengan korang pasal benda wajib setiap muslimah (Kak Anis fokus muslimah sebab most reader kat sini muslimah) perlu bawa masa travel. WAJIB okey korang bawa ni.

1) DOMPET

Haa ni memang penting  sesangat. Nyawa kita lah orang kata. Segala IC, lesen memandu, kad touch N go, kad bank semua ada dalam ni. Mohon jaga elok elok tau. Penting ni dan letak kat tempat yang kita mudah capai.

2) DUIT LEBIH

Pastikan untuk bawak duit lebih atau dalam term lainnya korang masukkan dalam plan korang to put aside contingency money. Ni kira macam duit backup misal kata kalau ada jadi apa apa waktu korang travel. Berapa banyak yang korang nak letakkan, tu kena pandai bajet sendiri. Makesure korang simpan elok elok dalam satu sampul dalam dompet. Penting ni sebab kita taktau apa yang mungkin boleh jadi waktu travel kan. Kut lah tetiba korang travel kut sesat sampai ke hujung ceruk mana yang takda mesin ATM, tak ke naya. Be prepared always!

3) BEG TALI SILANG / BAGPACK

Time travel Kak Anis suggest untuk bawak beg camni. Kalau boleh takmau bawak tote beg, segala handbag yang pergi kenduri tu. Sebab sangat tak praktikal. Bila travel kita akan banyak sangat bergerak. Lebih 10,000 steps Kak Anis rasa. Jadi beg macam ni sangat berguna. Kalau boleh invest pada beg yang bila buka kat dalam tu ada compartment untuk letak handphone, kunci kete dan sebagainya. Kalau kat tempat yang selalu ada pick pocket, selalu nya suggest untuk pakai beg tali silang, lebih selamat.



4) TIGER BALM / APA SAJA JENIS BALM

Kak Anis memang sejenis akan mudah sakit belakang time travel. Mungkin sebab tidur tak cukup, tak sempat nak nap tengahari macam biasa, jadi mudah sakit sendi (dah macam berusai plak rasa haha! XD). Ni memang Kak Anis suka pakai, sebelum tidur / sebelum memandu even kalau tak driving pun Kak Anis akan sapu dulu.


Kak Anis memang in love dengan lotion balm ni sebab memula je dia bau kuat macam balm lepas beberapa minit dia akan bau soft macam lotion. Best sangat!

5) UBAT UBATAN/SAPUAN YANG WAJIB

Panadol, supplement (tablet calcium), pil cikitaun (cirit) , minyak cap kapak, minyak yu yee ni antara essential item Kak Anis akan letak dalam satu beg. Kira macam emergency kit lah so that kalau rasa tak sedap badan sikit memang akan makan/sapu. Tak syok bila travel time tengah sakit ni. So, kena well prepare.

6) KASUT SUKAN

Elakkan memakai kasut wedges, heels, flat shoes dan segala kasut untuk gi kenduri tu. Sangat tak berbaloi bila travel. Saja nak kongsi pengalaman ada satu tempat tu Kak Anis pergi tersalah bawak kasut tau, memang murung sangat rasa. Sebab bila kita berjalan dengan kasut yang tak selesa sangat boleh tukar mood. Tumit memang sakit sangat. Jadi, bawak kasut yang betul tau. Paling terbaik adalah kasut sukan.

7) INSTALL APPS SESUAI UNTUK TRAVELLER

Okay, part ni Kak Anis taktau nak classify dia as benda ke apa hihi tapi bagi Kak Anis ni sangat penting. Kalau boleh install sesiap sebelum bergerak, apps KIBLAT, WAKTU SOLAT, WAZE atau GOOGLE MAPS. Ni yang 3 apps paling terpenting bagi Kak Anis. Saja nak inform, sebelum korang pi memana negara, korang studylah dulu apps apa yang boleh dan tak boleh pakai kat negara tu.


Ada certain negara contoh macam China tak boleh pakai apps whatsapp tau. Dorang rajin pakai apps wechat. Jadi kena install sesiap apps wechat sebelum bergerak ke sana. So study dulu apps yang penting okay.

Okay rasanya cukup takat ni ya, semua info ni berdasarkan pengalaman Kak Anis :)

Tak kesahlah nak travel kemana  hatta nak balik kampung pun pokok pangkalnya kena PLAN bebetul okay?

Bila kita travel ni banyak benda yang Kak Anis belajar. Dan pada masa ni jugalah kita sebenarnya dapat mengenali dengan lebih dekat dengan orang orang yang kita travel sesama tu. Sebab tu orang cakap kalau nak kenal 10% perangai seseorang travel lah dengan dia.  

Sebab time travel memacam boleh jadi. Memang betul betul mendidik diri untuk sentiasa sabar. Lagipun bila bermusafir ni memang salah satu perkara yang amat dituntut dan ianya juga adalah waktu waktu mustajab untuk berdoa sebab masa tu pergantungan kita memang bebetul pada Allah Taala yang satu. 

 Harapnya dapat sesuatu ya semua, till next time!




Love,
Kak Anis




6 TIPS MULA BERTAHAJJUD BAGI BEGINNER


Kak Anis memang excited sangat nak share topik kali ni sebab topik kalini memang dekat dengan hati Kak Anis sebab Kak Anis pun masih lagi belajar untuk cuba istiqamah. Topik kalini Kak Anis nak share tips untuk belajar mula bertahajjud untuk beginner. Mesti ada yang pelik kan, kenapa beginner?

Sebab Kak Anis tahu kat luar sana ramai sangat yang sungguh simpan niat nak bangun tahajjud. Nak sangat sangat belajar bangun malam. Tapi kadang kala ada je benda yang menghalang nak bangun. Jadi Kak Anis nak share serba sikit tips/ilmu yang sebelum ni Kak Anis pernah juga share di private group FB Elsajida Premium Lovers, tapi kalini Kak Anis nak add on dalam versi blog pulak

Okay , dah ready ke dengan pen dan kertas? hehe , haajom kita mula :)

1. MULAKAN DENGAN HARI MINGGU

Pertama sekali bila kita betul berniat nak bangun tahajjud untuk yang beginner, pada permulaan mungkin boleh setkan timing untuk bangun pada hujung minggu.

Contoh, kita plan sesiap dalam alarm clock sejak hari isnin lagi yang kita nak bangun pada malam sabtu (Kak Anis ambil contoh malam sabtu untuk permulaan sebab malam sabtu selalunya kita dapat rehat yang cukup, tak terkejar kejar dengan urusan rutin seharian hari biasa).

Bila kita sering ingatkan diri kita untuk tahajjud sejak isnin, tanpa kita sedar, kita sedang "didik" minda kita untuk get ready bangun malam sabtu nanti.

2. HARI YANG KITA NAK BANGUN TAHAJJUD, TIDUR AWAL

Kita dah target insyaAllah nak bangun tahajjud malam nanti. Jadi siangnya kita dah ingatkan diri untuk kurangkan sikit aktiviti yang memenatkan, dan kita tidur awal.

Paling awal kak Anis suggest 9.30 malam dan paling lewat 10.30 malam. Memula mungkin rasa macam tak biasa kan, tapi insyaALLAH lama lama kita akan terbiasa insyaAllah.

3. KURANGKAN MAKANAN YANG BERAT 

Ini sangat penting walau kita tengok macam tak berapa nak ada effect sangat kan. Tapi memang penting. Sebab bila kita makan banyak siangnya, kita akan mudah rasa lesu , penat dan letih.

Ini yang kadangkala penyebab kita susah nak bangun malam. Jadi plan your meal on that day. Cuba makan paling lewat sebelum jam 7 supaya makan mudah hadam dan kita dapat tidur awal selepas itu untuk bangun awal.


4. LETAK HANDPHONE/TABLET/LAPTOP JAUH DARIPADA KATIL

Kita kadang kala dah terbiasa untuk pegang gajet sebelum tidur. Jadi Kak Anis suggest apa kata bila kita dah plan nak bangun tahajjud malamnya, kita disiplinkan diri untuk letak gajet kita jauh daripada katil 30 minit sebelum kita tidur.

Sebelum tidur, minum air masak segelas dan terus je tidur. In fact, ikut kajian kalau kita letak hp jauh daripada kita, tidur kita akan jadi lebih nyenyak tau. Bila nyenyak, dapat tidur yang cukup dan kita akan mudah bangun awal pagi esoknya. Cubalah :)

5. SEBELUM TIDUR MINIMAKAN LAMPU DI DALAM BILIK

Ni salah satu trik yang boleh korang cuba. Cuba kurangkan lighting lampu bila nak mula tidur. Bukan tutup terus ya. Kalau tutup terus ada tendency untuk payah sikit bangun tengah malam.

Korang boleh je survey lampu tidur/lampu tidur soket plug yang comel comel dekat kedai RM 2, kat Shopee pun banyak jual. InsyaAllah memang mudah bangun keesokkan harinya.

6. TETAPKAN NIAT NAK BANGUN MALAM

Sebelum tidur, malam tu kita dah talk to Allah (bercerita pada Allah) dan peringatkan diri kita untuk bangun tengah malam nanti. Cakap simple simple je.

Contoh: "Ya Allah nanti malam nak bangun tahajjud, gerakkan hati kita ye Ya Allah, rindu sangat nak bangun tengah malam, doa kat Allah, pilihlah kita untuk bangun ya nanti"

Benda ni sangat crucial tau, sebab memang kalau kita buat, secara tak langsung ianya masuk dalam minda separa sedar kita yang kita akan bangun tengah malam nanti.

Dulu Ustazah Kak Anis selalu cakap, nak buat tahajjud ni memula je kita selalu set alarm untuk bangun, tapi kalau kita dah selalu peringatkan diri untuk bangun tengah malam sebelum tidur untuk beribadat, tetiba jer nanti akan ada yang kejutkan. Wallahualam , tetapi tentulah dengan izin Allah kan. 


Terlalu banyak sangat kelebihan solat tahajjud ni. Mengikut pengalaman Kak Anis yang masih lagi bertatih nak istiqamah, Kak Anis perasan, tiap kali kalau ada hari yang Kak Anis bangun, walau pun haritu macam busy dan lelah sangat sangat, tapi macam ada suatu kekuatan yang Allah bagi pada hari tu.

Hari tu akan rasa tenang, Jiwa rasa lapang walaupun ada benda yang tak fall into places. Ntah lah susah nak explain tapi tulah yang Kak Anis alami :)

InsyaAllah mohon doa semua juga untuk kita sesama terus istiqamah bangun untuk bertahajjud. Korang doakan untuk Kak Anis juga ya. 

InsyaAllah , harap dapat sesuatu semua, jumpa next entry okay! :)




Love,
Kak Anis




5 TRICKS YANG SETIAP MUSLIMAH PERLU BUAT SEBELUM NAK TRAVEL (KAK ANIS'S STYLE)


Kenapa Kak Anis's style? Sebab perkongsian tips and tricks kali ni memang daripada pengalaman Kak Anis sendiri , dan memang ni lah cara Kak Anis akan buat sebelum nak mula travel kemana mana. Tak kesah la travel 2 malam je ke, atau travel ke kampung ke, atau travel kena naik belon ke (airplane to be exact hehe!) , inilah caranya.

Basically memang akan fokus bab nak packing lah, sebab kalau kata nak travel ni mesti bear in mind untuk cuba sebolehnya minimize kan cara penyimpanan kita. Sebab orang selalu cakap, bila pergi satu beg, bila balik ber beg beg kan? Beg beranak lah senang citer, haha! Sebab tu kena pandai kemas, susun, simpan, sisih (eh!! xD).

Okay, jom semak apa yang Kak Anis akan buat memula nak packing barang untuk travel ni

1) First sekali untuk pakaian, makesure dah susun baju ikut hari. Caranya, Kak Anis akan susun ; contoh , seluar/skirt, baju, tudung satu set, kemudian Kak Anis akan gulung (bukan lipat tau!). Dah beberapa tahun Kak Anis test teknik gulung ni memang lagi meringankan beban bila packing. Lepas tu taknak kasi gulungan tu terbuka, ambil getah ikat sekali. Jadi satu pasang 1 set untuk 1 hari (untuk kes baju siang). Nanti nak pakai just tarik je. For sure tak sepah sepah. Mata pun sedap mandang.

2) Kak Anis paling minima mesti akan bawak 3 beg bila travel. Ni dah termasuk dengan handbag/begpack kecik. 1 beg khas untuk letak pakaian. 1 beg khas untuk letak barang barang yang kita akan kerap guna dan mudah capai sepanjang travel, (contohnya telekung, tuala, toiletries basah). 1 beg lagi adalah handbag/bagpack kecik untuk letak barang wajib (dompet, mini beg barang makeup basic , phone , chargerpowerbank, mini beg letak brooch,passport)

3) Okay sekarang kita masuk bab toiletries pulak ya. Untuk toiletries ni Kak Anis takkan bawak shower foam, shampu yang besar gedabak tu time travel dah haha! Sebab tau tak, dulu pernah la Kak Anis travel, pernah overweight luggage sebab kan toiletries je, Sudahnya terpaksa buang dekat tempat nak check in tu. Memang insof la lepas tu. Dari situ Kak Anis mula figure out cari botol kecik untuk letak toiletries ni. Dan Kak Anis akan kira tau untuk setiap pam tu (over kan, belajar dari kesilapan, sebab seriau kalau diingat balik haha!). Contohya, untuk shower foam selalu 2 pam sekali pakai, jadi sehari pakai 3 kali, jadi 6 kali pam untuk masuk dalam toiletries botol kecil tu. Jimat ruangan dan tak membazir

 
Mini toiletries ni boleh dapat kat Mr Diy, Kaison, Daiso, Shopee, drugstore pun ada :) 

4) Ni khas buat muslimah , Kak Anis nak share antara benda yang ni WAJIB korang bawak. Please jangan tinggal especially kalau travel untuk jenjalan. Please take note untuk bawa AT LEAST..

1. Sehelai jubah (baju emergency)
2. Sehelai kain batik (in case lupa bawa tuala / nak buat selimut/ bantal/sejadah)
3. Sehelai kardigan labuh
4. Sehelai tudung sarung / sauk 

Kardigan dengan tudung sauk tu memang penting sesangat tau, sebab pernah gi satu hostel ni tetiba toilet kat luar. Memang lesson learnt sungguh time tu. Nasib baik bawak dua dua ni. Senang tak risau.

5) Untuk meminimakan beban, untuk telekung Kak Anis biasanya akan bawak telekung saja. Kainnya biasanya memang tak bawak.

"Eh Kak Anis, lepas tu camne nak solat kalau kain bawah tu takda?"

Okay, kat sinilah kita kena berterima kasih sesangat dekat sepasang stokin hehe! Seluar panjang/ skirt dah tentu kita dah bawa kan? Jadi bila nak solat hanya sarungkan telekung dan pakai stokin saja. Kak Anis akan spare sepasang stokin bersih dan digulung sekali dengan telekung. Telekung pun Kak Anis guna material telekung travel yang nipis sikit tapi tak jarang. (Biasanya boleh beli warna yang gelap untuk tak nampak jarang, kat IG memang banyak seller jual) 

Okay, beberapa tips last ni bonus Kak Anis nak share..... 

Bagi Kak Anis bila kita packing untuk nak travel ni memang WAJIB organize dengan bijak. Sebab pertama, kita taknak susah cari barang masa travel. Kedua, taknak nampak bersepah (jadi lagi pening tau bila bersepah ni huhu!). Jadi apa yang Kak Anis buat..

- Susun pakaian yang kita nak pakai ikut hari. Contoh : Baju yang paling terakhir yang akan kita pakai akan diletakkan di bahagian paling bawah dalam beg. Baju yang memula kita akan pakai masa first day akan letak paling atas sekali. Jadi tak bersepah kan? 

- Invest untuk beli travel beg organizers macam ni. Memang sangat memudahkan. Again, kita nak elakkan bersepah sebab tu kena beli banyak organizer beg macam ni. Dekat Shopee sangat banyak jual ni :)



- Dapatkan beg yang user friendly. User friendly ni maksudnya senang nak bukak dan senang nak tutup especially bila travel overseaNi antara contohnya..

    Sangat perfect untuk travel gaya backpackers

    
Luggage travel macam ni memang sesuai untuk travel jauh sebab roda bawahnya berpusing 360 darjah   


Masa travel  seboleh bolehnya mesti kena aim nak kurangkan rasa beban terlalu berat bila bawa beg. Sebab bila beg terlalu berat memang boleh murung tau hehe. Tak syok lah bila nak gi jenjalan tetiba sakit tengkuk, sakit badan pulak kan.

- Oh ya! jangan lupa bawak travel pillow, tiger balm, kasut yang paling selesa untuk bergerak. Tiga benda ni memang DOUBLE WAJIB takkan tertinggal untuk Kak Anis. 

- Jangan lupa bawak extra beg plastik (untuk letak baju kotor/emergency case) dengan getah (emergency case if nak tie apa apa).  Korang akan thankful sungguh kat dua benda ni tau, sebab tetiba je akan tiba suatu saat memang akan diperlukan sangat nak guna dua benda ni, percayalah sebab Kak Anis banyak kali dah kena haha!

Okay, rasanya cukup setakat ni. Harap dapat sesuatu semua :). Jumpa next entry okay?

 

 


Love,
Kak Anis...

7 Tips OOTD Muslimah

Sekarang ni semua dah biasa dengan term OOTD tu kan? Untuk yang tak biasa, maksudnya ialah Outfit of The Day. 

Jadi macam mana tips nak ambil gambar OOTD yang menarik walaupun tanpa guna kamera mahal? Ini khusus untuk Muslimah

(1) Pastikan OOTD di luar rumah. Pencahayaan baik menjadikan gambar lebih cantik.

2) Background plain. Samada di dinding bangunan, berlatarbelakangkan langit luas, padang atau sebagainya. (Background bukan plain juga cantik tapi elakkan yang terlalu crowded sehingga menenggelamkan fokus kamera iaitu anda) Dan ada juga yang suka background berpattern seperti stripes atau kotak-kotak (bukan checkered).

3) Senyum. Tak kira samada anda pandang tepi, bawah, atau depan, senyumlah. ;)

4) OOTD seorang. Lebih cantik jika gambar OOTD tersebut hanya ada anda seorang. Bukan berdua, atau bertiga. (Tapi kalau ada anak kecil, pun comel juga kalau dia mahu turut ada dalam gambar).

5) Posing natural. Tak perlu sampai buat duckface, muka manja, gaya menggoda atau sebagainya yang tidak sesuai dengan seorang Muslimah.

6) Ambil gambar ketika matahari tidak terlalu terik. Biasanya di waktu pagi atau waktu petang. 

7) Paling penting, tutup aurat sempurna. :) 

  • Page 1 of 3
  • Page 1 of 3
Liquid error: Could not find asset snippets/quantity-breaks-now.liquid