- Diari Elsajida – "Tips" – Page 2 – elsajida.com
s

Diari Elsajida

Tips Pilih Warna Tudung Yang Sesuai Dengan Kulit Muka

P/S : Pakat share ramai ramai dengan adik, kakak, mak, makcik, kawan kawan, sepupu sepapat yang nak sentiasa tampak yakin dan naik aura bila bertudung.
.
.
.


Sebenarnya tona kulit dan pemilihan warna tudung yang sesuai untuk kita amat berkait rapat. Mungkin selama ni kita main pakat match saja, tak hirau pun sebenarnya boleh beri impak pada pemakaian kita.

Bila tangkap gambar, sedar sedar, wajah kita yang paling nampak kusam sekali, dimana silap nya? Ternyata bila kita pilih warna tudung yang tepat, boleh naikkan seri wajah sekaligus wanita yang memakai akan tampil anggun dan berkeyakinan.

Ingat.. tak semua warna boleh MASUK dengan kulit kita ya!

Ikuti panduan memilih rona hijab yang bersesuaian dengan warna kulit korang.


1) Kulit Putih


Anda yang berkulit putih adalah bertuah, kerana hampir setiap warna sesuai dikenakan dengan warna kulit ini. Namun harus juga berhati-hati dalam mengenakan warna pudar seperti pastel atau kuning, kerana ia boleh membuatkan wajah tampak pucat tidak bermaya. Pilih warna kontra dengan kulit iaitu gelap atau terang seperti hitam, merah dan ungu. Warna-warna ini membuatkan raut wajah anda tampak lebih cerah bercahaya

2) Kulit Kuning Langsat


Pilih rona terang seperti kuning, merah dan merah jambu. Rona biru juga sesuai untuk digayakan. Elakkan daripada memakai coklat gelap atau krim kerana warna tersebut menjadikan kulit wajah tampak kusam

3) Kulit Sawo Matang


Hindari dari memilih rona yang seakan warna kulit sawo matang iaitu kelabu atau coklat gelap, kerana penampilan anda akan tampak suram dan tidak menyerlah. Rona pastel, terang bahkan gelap seperti ungu atau merah hati amat bersesuaian dengan tona kulit ini.

4) Kulit Gelap


Warna-warna terang seperti merah, jingga, kuning serta royal blue amat sesuai dipadankan dengan kulit gelap. Ianya menonjolkan sifat kontra terhadap rona kulit anda, sekaligus menaikkan seri wajah. Untuk penampilan yang lebih berani, gayakan warna neon untuk kelihatan menyerlah. Warna kusam seperti coklat harus dielakkan kerana ia boleh menenggelamkan penampilan anda

Sumber: https://www.wanista.com/…/tip-padanan-hijab-bersesuaian-de…/

Nak Berjaya Perlu Ada Prinsip Hidup

Setiap orang di atas muka bumi ni mesti nak berjaya kan? Lain orang lain tafsirannya mengenai kejayaan. Ada yang bila dah dapat kerja bagus, dapat gaji yang banyak, itu kejayaan baginya, ada juga yang bila dapat sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, itu merupakan kejayaan terbesar.  

Walau apa pun tafsiran kita, yang utama, kalau nak berjaya capai apa yang kita nak, kena ada usaha dan yang paling penting sekali kena TETAPKAN NIAT untuk capai usaha tersebut. Salah satu yang menjadi kayu ukur untuk kita kearah kejayaan yang hendak dicapai mestilah kena ada PRINSIP HIDUP yang tepat, tetap, serta boleh dicapai mengikut kemampuan diri. 


Jom kita selongkar perkongsian daripada Kak Jida menerusi facebook nya : Nor Sajidah Zulkafli
.
Nak buat pengakuan, sebenarnya selama ni bila orang tanya apa prinsip hidup saya, saya selalu tukar-tukar prinsipnya. Nampak sangat tak tetap pendirian kan sebelum ni.  TAPI, inshaAllah kali ni saya dah confirmed dah. Prinsip saya mudah je;
.
.

"NAK BERJAYA, KENA IKUT LANGKAH ORANG YANG DAH BERJAYA."
.
.

Sebab saya baru sedar, sebenarnya dalam hidup kita ni, semua tips dan rahsia untuk berjaya adalah bukan rahsia. Sana sini orang cerita apa yang mereka lakukan untuk berjaya. Tinggal kita nak ikut jejak langkah tu atau tak je.
.
.

Analoginya macam ni la, kita nak buat kek batik sedap macam jiran sebelah rumah kita. Macam mana nak bagi rasanya sebijik macam dia buat? Kena lah ikut ramuan yang sama dan langkah-langkah yang sama, kan? ;)
.
.

Kalau kita betul-betul sungguh-sungguh nak berjaya dalam bidang kita, cari je siapa yang dah berjaya dalam bidang tu dan kaji apa dia buat. Kalau dia ada Facebook, haa, scroll facebook dia sampai habis. ;) Alang-alang dah suka stalk FB kan, apakata biar buat proses stalking yang mendatangkan manfaat. :D
.
.

Cuma masalah kita, kita selalu nak berjaya macam orang lain, tapi KITA TAKNAK ALAMI KESUSAHAN YANG ORANG TU PERNAH ALAMI SEBELUM BERJAYA. Kalau macam tu, kena piat telinga sendiri. Kena sedar yang dalam hidup ni, nak berjaya kena susah! Kena jatuh tergolek banyak kali dulu! Kenapa nak takut kekalahan kalau kekalahan tu yang sebenarnya akan bawa kita ke puncak?
.
.

Kita kena pilih, kalau nak jadi manusia biasa-biasa, ujian pun biasa-biasa. Dan kalau kita nak jadi manusia hebat, ujian pun hebat. Pilihan di tangan kita. :)
.
.

Anda dapat sesuatu dari apa yang saya tulis? <3
.
.

#sajidahShares #FounderELsajida #motivation #inspiration


Rasa terinspirasi tak dengan penulisan kak Jida ni? hihi, harap bermanfaat untuk semua dan dapat kita praktikkan dalam kehidupan. Kalau tak banyak, sikit pun jadilah. Sikit sikit lama lama jadi bukit kan? :) 

Dari Sajida Hijab Sixty ke Elsajida

Nama memang memainkan peranan yang sangat penting untuk sesebuah bisnes. Kalau nama panjang sangat orang susah nak ingat, lepas tu kena makesure nama yang digunapakai tu haruslah relevan untuk jangka masa panjang..yelah, takkan nak tukar nama 10x kan. hihi.. Jom baca perkongsian daripada kak jida ni untuk ketahui macam mana nak cari nama yang tepat bila baru berjinak jinak buka bisnes :)
.
.
(Perkongsian kak Sajida)
Masa ni masih guna nama Sajida Hijab Sixty. Tapi lepas lama sikit dalam dunia bisnes, saya tahu saya tak boleh guna nama tu, kena cepat-cepat tukar sebab;
.
.

1) terlalu panjang & kedengaran tak komersial. Orang pun susah nak ingat kot. 😅

2) saya dah mula jual tudung bidang 50 dan 55, bukan 60 sahaja. Jadi tak boleh guna nama sixty tu.

3) saya pun dah start jual jubah masa tu. Jadi tak relevan lagi guna perkataan hijab. Dan sekarang, bukan setakat tudung & jubah, blouse, skirt, baju kurung pun kami produce.
.
.

Jadi kalau anda buat bisnes, awal-awal tu terus pilih nama yang general. Sebab bisnes ni lama-lama mesti berkembang, mesti produk kita akan bertambah jenis. Apalagi bila followers kita makin ramai.
.
.

Kalau buat bisnes, kena berani. Kena get ready untuk susah, untuk hidup dalam uncomfortable zone. Bisnes bukan untuk glemer atau tayang pencapaian demi pencapaian, tapi ia lebih besar dari itu. Kalau anda akhirnya berani buat keputusan untuk join dunia bisnes, tahniah saya ucapkan.
.
.

Bisnes memang susah, tapi susah yang berbaloi & lebih membakar semangat. :)
.
.
(Tamat)
.
Tak dinafikan dunia bisnes penuh onak ranjau berduri (walaupun saya hanya seorang staff di Elsajida) tapi saya sendiri dapat dalami dan experience dengan drama dunia bisnes. Betul kata kak jida, its not about glemer semata tapi banyak sangat benda baru yang kita akan belajar setiap hari. Pada saya, sesiapa yang masuk ke medan bisnes, mereka semua merupakan orang yang hebat sebab berlapang dada untuk menghadapi hari mendatang yang tak pasti hujung pangkal nya. Tetapi masih tetap berdiri teguh sebab yakin rezeki Allah itu sangat luas dan datang dalam pelbagai bentuk dan gaya. 

Tips Pergi Haji Di Usia Muda

 

**Assalamualaikum semua. Lamanya blog post ni tak bersiaran ya? Maafkan kami ya kesayangan Elsajida semua disebabkan beberapa perkara jadi terbantut kejap. hihi. Maafkan kami :) Okaylah, untuk blog kali ni sis nak kongsi satu tips yang SANGAT SANGAT BERNILAI daripada orang yang sangat sis kagumi iaitu our lovely owner of Elsajida ; kak Sajida :)

Tips ni pun dah agak viral jugak beberapa minggu lalu. MasyaALLAH rasanya tak pernah terpikir kot tips macam ni. TIPS PERGI HAJI DI USIA MUDA. Ya, bunyi macam mustahil kan? tapi tiada benda yang mustahil tau kalau kena gaya usaha nya, insyaALLAH..Meh baca sampai habis tau :) :)  **
.
.

Tahukah anda? Kalau anda baru mendaftar haji dalam masa terdekat ini, giliran anda menunaikan Haji adalah pada tahun 2100 ke atas? (Diberitahu dalam kursus Haji Perdana baru-baru ini.) Sanggup anda menunggu sepanjang tempoh itu?
.
.

Jangan risau. Itu cuma anggaran tahun. Tak mustahil boleh dipercepatkan lagi dengan izin Allah. Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau sekurang-kurangnya untuk “lajukan” giliran kita. Cara-cara ni semuanya inshaAllah boleh dilakukan oleh anda semua. Saya tulis ringkas dalam bentuk point sahaja ya, supaya lebih jelas dan mudah difahamkan. Ada 4 langkah semuanya;
.
.


1) Buka akaun Tabung Haji.
.
.

2) Daftar Haji. Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji. Kemudian anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji. Lokasi untuk mendaftar: Di mana-mana cawangan TH, laman web TH, Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB
.
.

3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k. Mungkin part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu tidak lama jika kita konsisten menabung. (Contoh cara menabung akan diberitahu di akhir artikel).
.
.

 


4) a) Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat rayuan. Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah mencukupi untuk membayar pembiayaan haji. Dikhuatiri jika rayuan diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu RM10k tersebut di dalam akaun anda.

b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji. Anda perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan anda).

c) Kalau anda nak tahu, untuk Haji tahun ini tahun 2016, ada sekitar 2500 orang sekitar Lembah Klang yang dijadualkan akan menunaikan haji, namun selepas ujian pemeriksaan kesihatan, 60% tidak lulus (atas faktor kesihatan) dan tidak dapat meneruskan proses seterusnya untuk menunaikan haji. Bermakna, ada banyak kuota baru yang kini kosong! Itu baru cerita di Lembah Klang, pastinya setiap negeri setiap daerah akan ada kuota kosong yang perlu diganti dengan orang lain. Mungkinkah anda orangnya? Tak mustahil. :)

d) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian. Iaitu apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.

e) Nak lagi kuota kosong? Yang ini mungkin tidak terlalu banyak, tetapi biasanya tetap ada, iaitu wanita yang hamil sebelum berangkat menunaikan haji. Jika dia sepatutnya menunaikan haji pada tahun sekian-sekian, tetapi ditakdirkan dia hamil sebelum berangkat, maka pihak Tabung Haji tidak akan membenarkannya menunaikan haji. Jadi akan ada lagi kuota kosong untuk anda.
.
.

Jadi jelaslah di sini bahawa sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk anda mendapatkan kuota haji dan tidak perlu menunggu giliran tahun yang asalnya ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk anda. Boleh jadi giliran anda pada asalnya ialah tahun 2048, tapi pada tahun 2018 anda sudah berjaya mendapatkan giliran setelah membuat rayuan. Tidak mustahil, dengan izin Allah.
.
.

Tentang bilakah tahun yang anda akan dapat tu, ia bergantung kepada Allah, Allah melihat usaha kita, dan percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambaNya. Namun jika giliran itu tetap juga tidak datang seawal yang anda harapkan, usahlah kecewa, teruskan berusaha, teruskan membuat rayuan SETIAP TAHUN dan yang pasti, berdoalah di sepertiga malam tentang hasrat anda untuk mengunjungi rumahNya, buktikan anda betul-betul mahu ke sana.
.
.

Ibadah haji bukan milik orang kaya. Ia milik semua. Ada orang kaya yang tidak dapat pergi kerana masalah kesihatan, ada orang yang kurang kaya tapi dapat juga akhirnya menunaikan haji kerana gigih menabung serta tidak henti berdoa. Allah yang berhak pilih siapakah tetamuNya, maka buktikanlah kepada Dia bahawa anda sungguh-sungguh mahu ke sana dengan segera, ketika umur masih muda dan jasad masih kuat.
.
.


Nota cara menabung secara ringkas:
.
.

1) Untuk menabung dalam tempoh 8 tahun: RM25 seminggu atau sehari RM3.60 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM25 x 52 minggu = RM1300. RM1300 x 8 tahun = RM10400). Atau, nak lagi cepat?
.
.

2) Untuk menabung dalam tempoh 4 tahun: RM50 seminggu atau sehari RM7.14 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM50 x 52 minggu = RM2600. RM2600 x 4 tahun = RM10400).
.
.

Kesimpulannya kalau sekarang umur anda masih di awal 20-an, tak mustahil sebelum umur 30 anda sudah boleh menunaikan haji, atau selewat-lewatnya sebelum anda mencecah 40 tahun, inshaAllah fizikal masih sihat ketika itu.
.
.


P/s: Atau nak cara lebih cepat untuk dapat kuota haji, kahwinlah dengan orang yang giliran hajinya tidak lama lagi. ;) Jika suami sahaja yang mendapat tawaran, isteri boleh buat rayuan dan kebiasaannya pihak Tabung Haji akan luluskan permohonan tersebut tapi pastikan RM10k tersedia di dalam akaun Tabung Haji. Dan untuk kes isteri (yang berumur 44 tahun ke bawah) yang mendapat tawaran haji, suami tak perlu risau kerana secara automatik suami akan dapat pergi bersama isteri kerana si isteri wajib ada mahram.
.
.

Silakan share untuk manfaat bersama atau sebagai rujukan anda pada masa hadapan.
.
.

[Edited: Tambahan tips dari saudara Syafiq Kamil. --> Saya berminat untuk tambah info sikit. Bagi yang nak daftar haji, tapi belum cukup wang permulaan sebanyak RM1300, anda hanya perlu print penyata KWSP anda yang terkini dan bawa bersama ketika mendaftar di kaunter TH. Buka akaun TH cuma bayar RM10, manakala daftar haji pula PERCUMA (asalkan ada penyata KWSP). Yang penting daftar siap2, insyaAllah rezeki akan datang kemudian. Dah cuba, memang senang. Pihak TH juga minta war-warkan perkara ini. Terima kasih.

 

** Best kan tips ni? Semoga tips ni dapat memberi manfaat kepada semua ya, Yang penting JANGAN LELAH UNTUK USAHA. InsyaALLAH, ALLAH suka tengok niat hambaNYA yang suka berusaha. Lagi lagi usaha niat nak ke kota yang sangat suci ni. Aminnn **

 

Warna yang menarik aura positif mengikut hari

Setiap orang ada auranya tersendiri , bukan sahaja untuk menarik perhatian bahkan supaya keyakinan diri semakin mantap. Tapi ! Kita tak tahu, setiap warna juga ada auranya tersendiri . Bahkan pakar warna juga mengklasifikan warna aura positif mengikut hari. Nak tahu apa dia warna untuk harini? JOM teruskan membaca blog post ini....

 

ISNIN = PUTIH LAMBANG KESUCIAN

Hari Isnin adalah permulaan hari , jadi penting untuk anda kembali ke kuliah dan ke tempat kerja dengan mood yang positif . Warna ini melambangkan kesucian, pemakaian warna putih akan membuatkan anda berasa yakin dan tenang menghadapi sebarang kemungkinan.

 

SELASA = PINK / UNGU SUBURKAN KASIH SAYANG

Dua warna ini memiliki kasih sayang dan tumpuan. Aura positif dan warna pink/merah jambu membuatkan anda berasa gembira dan selesa. Ini mudah bagi anda untuk fokus terhadap tugasan yang diberikan oleh pensyarah atau ketua. Warna ini juga membuatkan anda ceria dan kelihatan muda dari usia sebenar.

 

RABU = BIRU MEMUDAHKAN KOMUNIKASI

Biru dikatakan mampu melancarkan atau memudahkan komunikasi. Selain itu , ia juga mendorong anda untuk berfikiran secara rasional dan membuat keputusan dengan lebih tepat.

 

KHAMIS = KUNING/ OREN BERGERAK AKTIF

Warna ini memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan krisis. Ia juga memberi keceriaan dan membuatkan anda bergerak aktif untuk melaksanakan segala tugasan dengan pantas . Dua warna tersebut juga mendorong tubuh anda kekal bertenaga dengan pemikiran cergas sepanjang hari.

 

JUMAAT = HIJAU MEMBERI KETENANGAN

Hijau lambang ketenangan dan keseimbangan dalam kehidupan. Selain itu , ia juga memberi pengisian untuk diri anda.

 

SABTU = MERAH BERANI MENCUBA

Warna merah membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah kepada si pemakai. Aura merah mendorong anda agar berani mencuba sesuatu yang baru. Dalam erti kata lain, membuat perubahan baik pada penampilan, hobi, pekerjaan atau pelajaran.

 

AHAD = HITAM UNTUK ISTIREHAT

Warna hitam membuatkan anda berada dalam zon selesa dan privasi . Suasana ini sangat sesuai untuk merehatkan tubuh badan dan minda supaya dapat merancang aktiviti harian minggu hadapan pula.

 

Menarik bukan? Jadi, tunggu apa lagi ! jom kita praktikkan. Mana tau, dengan langkah yang kecil ni, boleh bangkitkan aura positif dekat orang sekeliling  =) 

Liquid error: Could not find asset snippets/quantity-breaks-now.liquid