- TALK TO ALLAH (ACCORDING TO SISTER AYESHA) – elsajida.com
s

Diari Elsajida

  • TALK TO ALLAH (ACCORDING TO SISTER AYESHA)
  • Post author
    ANIS AMALINA

TALK TO ALLAH (ACCORDING TO SISTER AYESHA)

Masa kecil dulu Kak Anis selalu beranggapan yang kalau kita nak minta sesuatu daripada Allah hanya limit di atas tikar sejadah sahaja. Last few years, Kak Anis diperkenalkan dengan words "talk to Allah" (shortform ; TTA) ni. Kalau ada yang perasan words TTA ni sering digunapakai oleh social media influencer sister Ayesha Syahira.

Kak Anis pernah attend beberapa kali kelas sister Ayesha ni dan ternyata bila Kak Anis tahu yang sebenarnya bila kita "bercakap" secara santai tentang sesuatu yang kita pohon pada Allah itu juga satu bentuk macam doa. Bukan terhad hanya di tikar sejadah saja.

"Nyway, kaknis, apa tu TTA?"

TTA ni talk to Allah ataupun dengan bahasa mudahnya kita "berborak" dengan Allah. Samada dalam hati atau berbunyi sikit (kalau kuat takut orang dengar pulak rahsia kita dengan Allah, better cakap slow slow hehe). 

Tak kesahlah samada kat dalam kete ke, masa tengah tunggu grab ke ataupun masa sebelum nak tidur. Senang cerita bila ada saja masa kita terjentik hati nak buat sesuatu dan kita mula berkata kata dan rasa nak share pada Allah Taala, hah, itulah TTA.

Yang paling best ape tau, lepas je buat TTA ni dia rasa macam hati tenang sangat. Sebab dalam setiap tindak tanduk kita kita utamakan Allah. 

Contohnya; (sister Ayesha selalu share kat dalam kelas) Esoknya tu dia nak sangat beli ayam goreng, tapi confuse nak pilih samada ayam goreng biasa atau pedas, terus dia TTA pada Allah, minta Allah beri petunjuk. Tiap kali pergi mana mana , akan cakap tentang ni dalam hati. 

Bahasa yang diguna pun memang santai santai saja.

Nampak macam kelakar dan simple je kan?


Seriously, memang lepas buat ni kan, even kita dapat atau tak dapat sesuatu yang kita nak atau hajatkan sangat pun hati kita macam lapang je.

Sebab kita dah utamakan untuk cerita pada Allah dulu berbanding cerita pada manusia.

Mintalah apa saja tak kira dimana kita berada. Bila kita nak mulakan hari je, terus TTA kat Allah. 

Nak TTA pasal dapat parking ke
Nak TTA pasal nak beli iphone ke

Atau apa saja, tak kesah tiada limit. Again, TTA ni macam satu bentuk doa yang kita pohon pada Allah Taala. Allah Taala suka pada hambaNya yang meminta kan? :)

Ada satu soalan yang seorang participant pernah tanya...

"takpe ke kalau kita banyak minta pada Allah bentuk kebendaan ni?"

Jawapannya . 

"tak mengapa, as long as benda tu tak membawa mudarat pada kita dan orang sekeliling. Lagipun setiap kebendaan yang kita dapat tu memang atas izin Allah. Kita juga manusia biasa kan. Jadi mintalah apa saja , takda batas , tak perlu malu dengan Allah, sebab Allah Taala sangat suka tengok effort kita bila kita berusaha untuk dapatkan sesuatu.

Dan salah satu usaha ni adalah melalui TTA ataupun DOA.

Kak Anis paling suka TTA masa dalam kereta (lagi lagi masa time hujan ;P) dan sebelum tidur. Time tu memang kita je kan sorang sorang tanpa ada sesiapa yang ganggu.

Memang perfect me time antara kita dengan Allah. Kadang tu TTA sampai berbakul bakul menangis. Terlalu banyak sangat nak cerita pada Allah. Bila kita mendahului cerita pada Allah ni sangat lain perasan tu. Seronok sangat bila Allah Taala beri peluang untuk memahami tentang TTA ni. 

Kita pun rasa sangat "close" dengan Allah.

Nanti korang jangan lupa cuba tau TTA ni. 


Till then,



Love
Kak Anis

  • Post author
    ANIS AMALINA

Comments on this post (0)

Leave a comment

Liquid error: Could not find asset snippets/quantity-breaks-now.liquid