- 6 TIPS MULA BERTAHAJJUD BAGI BEGINNER – elsajida.com
s

Diari Elsajida

  • 6 TIPS MULA BERTAHAJJUD BAGI BEGINNER
  • Post author
    ANIS AMALINA
  • elsajida loversempowering muslimahmuslimahRenunganTips

6 TIPS MULA BERTAHAJJUD BAGI BEGINNER


Kak Anis memang excited sangat nak share topik kali ni sebab topik kalini memang dekat dengan hati Kak Anis sebab Kak Anis pun masih lagi belajar untuk cuba istiqamah. Topik kalini Kak Anis nak share tips untuk belajar mula bertahajjud untuk beginner. Mesti ada yang pelik kan, kenapa beginner?

Sebab Kak Anis tahu kat luar sana ramai sangat yang sungguh simpan niat nak bangun tahajjud. Nak sangat sangat belajar bangun malam. Tapi kadang kala ada je benda yang menghalang nak bangun. Jadi Kak Anis nak share serba sikit tips/ilmu yang sebelum ni Kak Anis pernah juga share di private group FB Elsajida Premium Lovers, tapi kalini Kak Anis nak add on dalam versi blog pulak

Okay , dah ready ke dengan pen dan kertas? hehe , haajom kita mula :)

1. MULAKAN DENGAN HARI MINGGU

Pertama sekali bila kita betul berniat nak bangun tahajjud untuk yang beginner, pada permulaan mungkin boleh setkan timing untuk bangun pada hujung minggu.

Contoh, kita plan sesiap dalam alarm clock sejak hari isnin lagi yang kita nak bangun pada malam sabtu (Kak Anis ambil contoh malam sabtu untuk permulaan sebab malam sabtu selalunya kita dapat rehat yang cukup, tak terkejar kejar dengan urusan rutin seharian hari biasa).

Bila kita sering ingatkan diri kita untuk tahajjud sejak isnin, tanpa kita sedar, kita sedang "didik" minda kita untuk get ready bangun malam sabtu nanti.

2. HARI YANG KITA NAK BANGUN TAHAJJUD, TIDUR AWAL

Kita dah target insyaAllah nak bangun tahajjud malam nanti. Jadi siangnya kita dah ingatkan diri untuk kurangkan sikit aktiviti yang memenatkan, dan kita tidur awal.

Paling awal kak Anis suggest 9.30 malam dan paling lewat 10.30 malam. Memula mungkin rasa macam tak biasa kan, tapi insyaALLAH lama lama kita akan terbiasa insyaAllah.

3. KURANGKAN MAKANAN YANG BERAT 

Ini sangat penting walau kita tengok macam tak berapa nak ada effect sangat kan. Tapi memang penting. Sebab bila kita makan banyak siangnya, kita akan mudah rasa lesu , penat dan letih.

Ini yang kadangkala penyebab kita susah nak bangun malam. Jadi plan your meal on that day. Cuba makan paling lewat sebelum jam 7 supaya makan mudah hadam dan kita dapat tidur awal selepas itu untuk bangun awal.


4. LETAK HANDPHONE/TABLET/LAPTOP JAUH DARIPADA KATIL

Kita kadang kala dah terbiasa untuk pegang gajet sebelum tidur. Jadi Kak Anis suggest apa kata bila kita dah plan nak bangun tahajjud malamnya, kita disiplinkan diri untuk letak gajet kita jauh daripada katil 30 minit sebelum kita tidur.

Sebelum tidur, minum air masak segelas dan terus je tidur. In fact, ikut kajian kalau kita letak hp jauh daripada kita, tidur kita akan jadi lebih nyenyak tau. Bila nyenyak, dapat tidur yang cukup dan kita akan mudah bangun awal pagi esoknya. Cubalah :)

5. SEBELUM TIDUR MINIMAKAN LAMPU DI DALAM BILIK

Ni salah satu trik yang boleh korang cuba. Cuba kurangkan lighting lampu bila nak mula tidur. Bukan tutup terus ya. Kalau tutup terus ada tendency untuk payah sikit bangun tengah malam.

Korang boleh je survey lampu tidur/lampu tidur soket plug yang comel comel dekat kedai RM 2, kat Shopee pun banyak jual. InsyaAllah memang mudah bangun keesokkan harinya.

6. TETAPKAN NIAT NAK BANGUN MALAM

Sebelum tidur, malam tu kita dah talk to Allah (bercerita pada Allah) dan peringatkan diri kita untuk bangun tengah malam nanti. Cakap simple simple je.

Contoh: "Ya Allah nanti malam nak bangun tahajjud, gerakkan hati kita ye Ya Allah, rindu sangat nak bangun tengah malam, doa kat Allah, pilihlah kita untuk bangun ya nanti"

Benda ni sangat crucial tau, sebab memang kalau kita buat, secara tak langsung ianya masuk dalam minda separa sedar kita yang kita akan bangun tengah malam nanti.

Dulu Ustazah Kak Anis selalu cakap, nak buat tahajjud ni memula je kita selalu set alarm untuk bangun, tapi kalau kita dah selalu peringatkan diri untuk bangun tengah malam sebelum tidur untuk beribadat, tetiba jer nanti akan ada yang kejutkan. Wallahualam , tetapi tentulah dengan izin Allah kan. 


Terlalu banyak sangat kelebihan solat tahajjud ni. Mengikut pengalaman Kak Anis yang masih lagi bertatih nak istiqamah, Kak Anis perasan, tiap kali kalau ada hari yang Kak Anis bangun, walau pun haritu macam busy dan lelah sangat sangat, tapi macam ada suatu kekuatan yang Allah bagi pada hari tu.

Hari tu akan rasa tenang, Jiwa rasa lapang walaupun ada benda yang tak fall into places. Ntah lah susah nak explain tapi tulah yang Kak Anis alami :)

InsyaAllah mohon doa semua juga untuk kita sesama terus istiqamah bangun untuk bertahajjud. Korang doakan untuk Kak Anis juga ya. 

InsyaAllah , harap dapat sesuatu semua, jumpa next entry okay! :)




Love,
Kak Anis




  • Post author
    ANIS AMALINA
  • elsajida loversempowering muslimahmuslimahRenunganTips

Comments on this post (0)

Leave a comment

Liquid error: Could not find asset snippets/quantity-breaks-now.liquid