- TIPS UNTUK MENDAPATKAN SOLAT YANG KHUSYUK – elsajida.com
s

Diari Elsajida

  • TIPS UNTUK MENDAPATKAN SOLAT YANG KHUSYUK
  • Post author
    'Ain Adilah Mohd Adlan

TIPS UNTUK MENDAPATKAN SOLAT YANG KHUSYUK

Beberapa hari lepas Kak Anis ada scroll beberapa video Ustazah Asma Harun. Salah satu perkongsian yang dikongsi oleh ustazah adalah berkaitan cara ingin mendapatkan solat yang khusyuk. Menarik nya perkongsian tu sebab ada salah seorang makcik berbual dengan ustazah mengenai nak dapatkan khusyuk dalam solat.


Kak Anis rasa terpanggil nak share sebab perasan tak kadang kala ada masanya (untuk Kak Anis sendiri) ada rasa macam payah nak khusyuk. Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk tengok video tu. Nak tahu macam mana? Jom baca point dibawah

1) Bayangkan setiap kali kita nak solat syurga itu di depan, kiri kanan itu neraka , dan sejadah itu titian sirat.

Menurut ustazah, mak cik tu bagitahu, mula mula memang tak rasa apa, tapi bila dah mula praktis hari hari untuk "membayangkan" keadaan tu, secara tak semena mena kita akan rasa SESUATU untuk buat yang terbaik bila solat sebab takut jatuh ke lembah neraka di kiri dan kanan itu sebab syurga yang menyambut itu di depan. Sehinggakan makcik tu cakap , ada masanya setiap kali solat dia akan menangis membayangkan diri ketika dalam situasi itu. MasyaAllah!


2) Fahami bacaan solat

Satu perkongsian yang ustazah share dalam ceramah tu, bilamana kita mungkin kurang rasa khusyuk sebab fikiran tak fokus dan kurang penghayataan pada maksud apa yang kita baca. Kita mungkin kurang penghayatan disebabkan kita tak faham dengan satu persatu makna bacaan dalam bahasa arab, tetapi kita boleh ambil inisiatif untuk baca terjemahan di buku, internet atau tanya kepada para asatizah untuk faham lebih mendalam

Satu tips yang Kak Anis dapat, setiap kali lepas solat apa kata kita setkan diri kita untuk fahami makna bacaan solat kita. Contoh, harini kita ambil masa sikit untuk fahami bacaan doa iftitah. InsyaAllah sikit sikit Allah Taala akan bantu fahamkan. InsyaAllah didoakan moga kita semua konsisten dan Allah Taala memilih kita untuk sentiasa berlapang hati memahami setiap tindak tanduk dan bacaan kita dalam solat.

Pada Kak Anis, bila kita terjentik hati untuk baiki solat kita, itu satu bentuk untuk mengajar diri kita yang hidayah ni perlu disertai dengan usaha. Bukan hanya menunggu.

Love,
Kak Anis

 

 

 

  • Post author
    'Ain Adilah Mohd Adlan

Comments on this post (0)

Leave a comment

Liquid error: Could not find asset snippets/quantity-breaks-now.liquid