- TIPS UNTUK MOMENTUM BISNES SENTIASA ON POINT – elsajida.com
s

Diari Elsajida

  • TIPS UNTUK MOMENTUM BISNES SENTIASA ON POINT
  • Post author
    ANIS AMALINA

TIPS UNTUK MOMENTUM BISNES SENTIASA ON POINT

 

Post ni Kak Anis khaskan untuk sesiapa saja yang buat bisnes, tak kesahlah bisnes kecil kecilan ke, bisnes dari rumah ke , bisnes dropship ke, pokoknya sesiapa yang sedang berbisnes dan sedang membaca artikel ni kak Anis amat galakkan

Ni Kak Anis nak share berdasarkan 4-3 tahun Kak Anis bekerja kat Elsajida ni, dan ada juga beberapa pengalaman menjual atau berniaga di atas talian sebelum ni. 

 

Yang pertama, peka dan cakna dengan visi misi bisnes kita. 

- Kalau untuk company yang besar , selalu sangat dorang letak board misi dan visi syarikat kat pintu masuk utama kan. Tapi untuk bisnes kecil kecilan ni, korang create je kat canva.com ke, edit then print. Lekatlah kat mana mana tempat yang mudah dilihat. Penting sangat tau untuk kita sentiasa refresh visi dan misi bisnes ni supaya kita tak langgar dinding, supaya kita ingat niat kita memulakan bisnes ni. Kalau boleh setiap pagi kita tengok visi dan misi bisnes ni supaya sentiasa on point.

 

Yang kedua, jumpa orang baru

- Part ni memang sangat penting lagi lagi untuk yang sedang dalam fasa growing dalam bisnes. Bila kita kerap berjumpa orang baru , kita akan dapat banyak input dan idea baru. Kita takkan mudah stagnant (tepu pada satu kedudukan) dan lemau pada satu tahap saja. Kalau kita ada masalah pun , bila kita berjumpa dengan orang baru, mesti ada solusi. Sangat direkomendasi untuk berjumpa dengan orang bisnes sebab nature dia memang akan suka berkongsi tentang bisnes

 

Yang ketiga, pastikan untuk wujudkan sistem

- Kalau company besar, selalunya mereka akan ada standard of procedures (SOP) atau langkah tatacara yang standard. Maknanya setiap aktivti dalam company dah ada sistem yang cekap dan efisien. Lagi lagi kalau kerja dalam sektor perkilangan. Semua standard kena ikut untuk bertemu dengan datelines. 

Jadi untuk bisnes kecil kecilan ni kena ada jugak ke?

Ya, wajib ada! tak kesah kecil ke besar, kita wujudkan sistem. Mesti ada bahagian sales, production, marketing, financing. Kalau bisnes yang sangat baru, kitalah yang akan buat semua selalunya tapi tak mengapa sebab nanti bila bisnes dah berkembang besar, kita boleh mengejar.

 

Yang keempat, jaga customer

- Wajib untuk kita selalu belai customer , buat customer selalu tertunggu tunggu apa saja produk yang kita bakal launch. Mengikut kajian kos untuk pengiklanan bagi repeat customer lebih sikit berbanding jika kita perlu mencari customer yang baru. Kak Anis sarankan untuk korang baca topik mengenai customer retention, customer service, customer relationship. Sangat membantu sebab kalau nak bahas kat sini memang panjang.

 

Untuk itu cukup setakat ni perkongsian Kak Anis, insyaAllah ada rezeki lagi kak Anis akan share tips bisnes yang lain






Love,

Kak Anis

 

 

  • Post author
    ANIS AMALINA

Comments on this post (0)

Leave a comment

Liquid error: Could not find asset snippets/quantity-breaks-now.liquid