- Diari Elsajida – Page 2 – elsajida.com
s

Diari Elsajida

Elsajida Antara 7 Brand Tudung Labuh Terkenal?

Pada 1 Mac yang lepas, tiba-tiba saya menerima banyak mesej tahniah. Tertanya juga kenapa, bila saya baca mesej-mesej tersebut, fahamlah saya bahawa brand Elsajida terpilih sebagai salah satu brand tudung labuh terkenal yang Muslimah patut tahu.

Walaupun ia bukanlah pegiktirafan secara rasmi (senarai ini dibuat oleh FB Page Jabatan Professional Muda DPPM, hasil dari survey mereka), namun ia tetap membuatkan saya berasa sangat terharu apabila diletakkan sebaris dengan brand-brand tudung labuh lain yang saya kira jauh lebih besar dari Elsajida. 

Apapun, syukur pada Allah yang telah banyak memberi saya dan team Elsajida kekuatan untuk terus berada di bidang fesyen muslimah yang agak mencabar ini.

Terima kasih yang tak terhingga juga buat Elsajida Lovers yang kian hari bertambah ramai. Tanpa anda, tidaklah Elsajida mampu bertahan hingga hari ini. Jazakunnallahu khayran. 

Sudahkah Kita Bersyukur Hari Ini?

Pernah tak kadang kala kita tengok orang kemudian terdetik di dalam hati..
.
.
"kalau lah dapat berada di tempat dia, alangkah seronok nya"
"beruntungnya dia, seronoknya kalau dapat berada kat tempat dia, seronok saja tengok."
.
.
Wahai teman yang budiman, cuba kita pandang sekeliling sekarang, kita tengok nikmat kaki yang Allah beri, kita pegang nikmat mata yang Allah kasi, kita rasa nikmat tangan yang Allah bagi, kita hargai nikmat nafas hela yang tak henti dan kalau nak list satu persatu memang tak cukup karang. Sungguh banyak nikmat Allah beri yang kita sebagai manusia sering saja terlupa, sering saja mengeluh dan mula mekar rasa tidak bersyukur dan "mencemburui" orang lain. 
.
.
Teman teman, cuba nak , jika tiap kali kita mula rasa lebih senang untuk mengeluh, kita latih diri untuk tarik nafas, bertenang, lafazkan syukur sambil rasakan nikmat yang Allah dah beri. InsyaAllah hati yang senang dan tenang bila dia sering bahagia dan bersyukur. Percayalah!
.
.
#elsajidaShares

Tips Pilih Warna Tudung Yang Sesuai Dengan Kulit Muka

P/S : Pakat share ramai ramai dengan adik, kakak, mak, makcik, kawan kawan, sepupu sepapat yang nak sentiasa tampak yakin dan naik aura bila bertudung.
.
.
.
Sebenarnya tona kulit dan pemilihan warna tudung yang sesuai untuk kita amat berkait rapat. Mungkin selama ni kita main pakat match saja, tak hirau pun sebenarnya boleh beri impak pada pemakaian kita.

Bila tangkap gambar, sedar sedar, wajah kita yang paling nampak kusam sekali, dimana silap nya? Ternyata bila kita pilih warna tudung yang tepat, boleh naikkan seri wajah sekaligus wanita yang memakai akan tampil anggun dan berkeyakinan.

Ingat.. tak semua warna boleh MASUK dengan kulit kita ya!

Ikuti panduan memilih rona hijab yang bersesuaian dengan warna kulit korang.


1) Kulit Putih


Anda yang berkulit putih adalah bertuah, kerana hampir setiap warna sesuai dikenakan dengan warna kulit ini. Namun harus juga berhati-hati dalam mengenakan warna pudar seperti pastel atau kuning, kerana ia boleh membuatkan wajah tampak pucat tidak bermaya. Pilih warna kontra dengan kulit iaitu gelap atau terang seperti hitam, merah dan ungu. Warna-warna ini membuatkan raut wajah anda tampak lebih cerah bercahaya

2) Kulit Kuning Langsat


Pilih rona terang seperti kuning, merah dan merah jambu. Rona biru juga sesuai untuk digayakan. Elakkan daripada memakai coklat gelap atau krim kerana warna tersebut menjadikan kulit wajah tampak kusam

3) Kulit Sawo Matang


Hindari dari memilih rona yang seakan warna kulit sawo matang iaitu kelabu atau coklat gelap, kerana penampilan anda akan tampak suram dan tidak menyerlah. Rona pastel, terang bahkan gelap seperti ungu atau merah hati amat bersesuaian dengan tona kulit ini.

4) Kulit Gelap


Warna-warna terang seperti merah, jingga, kuning serta royal blue amat sesuai dipadankan dengan kulit gelap. Ianya menonjolkan sifat kontra terhadap rona kulit anda, sekaligus menaikkan seri wajah. Untuk penampilan yang lebih berani, gayakan warna neon untuk kelihatan menyerlah. Warna kusam seperti coklat harus dielakkan kerana ia boleh menenggelamkan penampilan anda

Sumber: https://www.wanista.com/…/tip-padanan-hijab-bersesuaian-de…/

Tutup Muka Sebab Pemalu?

Mesti korang terfikir kan kenapa kebanyakkan situasi kakjida suka tutup muka model yang gayakan produk Elsajida ni.. Meh Anis kongsi kenapa, ni sharing daripada kakjida sendiri...

Korang nak dengar cerita? Tadi salah seorang team kak Jida bagitahu, ada customer PM, katanya dia nak tanya tentang "tudung yang modelnya tutup muka dengan bunga putih". Jadi team kak Jida tu pun tak tahu customer tu maksudkan tudung mana sebab majoriti tudung El Sajida ni memang modelnya tutup muka dengan bunga putih. 😅 Cuma kadang-kadang je ada bunga pepel, kamera, buku & macam-macam lagi. 



Persoalannya kat sini, kenapa El Sajida ni suka sangat tutup muka model? Diorang ni pemalu sangat ke? 😂 Mehla kak Jida nak cerita sikit. Bukan sebab malu ke apa. Tapi memang dari awal kak Jida buat bisnes ni, kak Jida berniat untuk ketengahkan konsep "biarlah kualiti tudung yang berbicara." 

.

Kak Jida taknak korang beli tudung El Sajida ni sebab nampak muka model tu cantik semata, tapi sebab memang korang jatuh cinta dengan tudung dalam gambar tu & nak milikinya. Dan lepas korang dah merasa pakai & tahu kualiti tudung tu, kak Jida tak perlu dah cakap banyak, biar kualiti tudung tu je yang buat korang terus setia & percayakan brand El Sajida. Itulah yang kak Jida harapkan. 


.

Dan kak Jida terharu sebenarnya bila ramai yang PM kak Jida & team kak Jida untuk buat luahan betapa mereka sukakan konsep "model tak nampak muka" macam yang El Sajida buat. Kalau nak ikutkan, memang panjang lebar juga surat chenta yang kami terima yang memuji konsep ni. Itulah yang buat kak Jida terharu sebab rasa diterima & dihargai. 
.
.

Korang boleh click link ni untuk baca salah satu surat chenta yang kak Jida pernah terima: http://bit.ly/2vIJtre. Kata-kata sokongan dari korang lah yang banyak beri kami semangat untuk terus berpegang dengan konsep ni dan terus berusaha untuk beri yang terbaik buat para muslimah yang cintakan tudung labuh 100% patuh-syariah. Photographer pun pernah ada yang puji konsep ni, menarik katanya, dan dia suruh kekalkan. 
.
.

Cuma kak Jida nak tekankan kat sini, bahawa kak Jida bukan pilih konsep ni sebab kak Jida cakap wajah tu aurat ye, tapi sebab memang kak Jida rasa nak cuba guna konsep model yang tertutup wajahnya. Sebab kak Jida ni jenis yang suka jadi 'lain dari yang lain'. 😊 Kat Malaysia mungkin konsep macam ni kurang dipraktikkan, tapi sebenarnya kalau korang nak tahu, ada je brand fesyen antarabangsa (islamik/non islamik) yang guna konsep macam ni. 
.
.

Lagi satu, kak Jida nak korang tahu yang setiap brand fesyen Muslimah ni ada strategi dan konsepnya yang tersendiri. Asalkan konsepnya tidak bertentangan dengan landasan syariat, sebaiknya kita sokong dan terima.  
.
.

Untuk yang tak pernah tengok lagi konsep model tutup muka ni, kak Jida letak gambar-gambar instant shawl Ayra (produk bestseller El Sajida setakat ini) sebagai contoh. 😘
.
.

...............

Jadi, dah tahu kan kenapa? Ada sebab yang amat istimewa buat muslimah diluar sana tentang penggunaan konsep macam ni. Sangat rare tapi sangat reliable untuk dipraktikkan. Tak salah nak bereksperimen dalam bisnes selagi tidak melanggar hukum syarak 

 

Korang dapat sesuatu?

;)  

 

Nak Berjaya Perlu Ada Prinsip Hidup

Setiap orang di atas muka bumi ni mesti nak berjaya kan? Lain orang lain tafsirannya mengenai kejayaan. Ada yang bila dah dapat kerja bagus, dapat gaji yang banyak, itu kejayaan baginya, ada juga yang bila dapat sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, itu merupakan kejayaan terbesar.  

Walau apa pun tafsiran kita, yang utama, kalau nak berjaya capai apa yang kita nak, kena ada usaha dan yang paling penting sekali kena TETAPKAN NIAT untuk capai usaha tersebut. Salah satu yang menjadi kayu ukur untuk kita kearah kejayaan yang hendak dicapai mestilah kena ada PRINSIP HIDUP yang tepat, tetap, serta boleh dicapai mengikut kemampuan diri. 


Jom kita selongkar perkongsian daripada Kak Jida menerusi facebook nya : Nor Sajidah Zulkafli
.
Nak buat pengakuan, sebenarnya selama ni bila orang tanya apa prinsip hidup saya, saya selalu tukar-tukar prinsipnya. Nampak sangat tak tetap pendirian kan sebelum ni.  TAPI, inshaAllah kali ni saya dah confirmed dah. Prinsip saya mudah je;
.
.

"NAK BERJAYA, KENA IKUT LANGKAH ORANG YANG DAH BERJAYA."
.
.

Sebab saya baru sedar, sebenarnya dalam hidup kita ni, semua tips dan rahsia untuk berjaya adalah bukan rahsia. Sana sini orang cerita apa yang mereka lakukan untuk berjaya. Tinggal kita nak ikut jejak langkah tu atau tak je.
.
.

Analoginya macam ni la, kita nak buat kek batik sedap macam jiran sebelah rumah kita. Macam mana nak bagi rasanya sebijik macam dia buat? Kena lah ikut ramuan yang sama dan langkah-langkah yang sama, kan? ;)
.
.

Kalau kita betul-betul sungguh-sungguh nak berjaya dalam bidang kita, cari je siapa yang dah berjaya dalam bidang tu dan kaji apa dia buat. Kalau dia ada Facebook, haa, scroll facebook dia sampai habis. ;) Alang-alang dah suka stalk FB kan, apakata biar buat proses stalking yang mendatangkan manfaat. :D
.
.

Cuma masalah kita, kita selalu nak berjaya macam orang lain, tapi KITA TAKNAK ALAMI KESUSAHAN YANG ORANG TU PERNAH ALAMI SEBELUM BERJAYA. Kalau macam tu, kena piat telinga sendiri. Kena sedar yang dalam hidup ni, nak berjaya kena susah! Kena jatuh tergolek banyak kali dulu! Kenapa nak takut kekalahan kalau kekalahan tu yang sebenarnya akan bawa kita ke puncak?
.
.

Kita kena pilih, kalau nak jadi manusia biasa-biasa, ujian pun biasa-biasa. Dan kalau kita nak jadi manusia hebat, ujian pun hebat. Pilihan di tangan kita. :)
.
.

Anda dapat sesuatu dari apa yang saya tulis? <3
.
.

#sajidahShares #FounderELsajida #motivation #inspiration


Rasa terinspirasi tak dengan penulisan kak Jida ni? hihi, harap bermanfaat untuk semua dan dapat kita praktikkan dalam kehidupan. Kalau tak banyak, sikit pun jadilah. Sikit sikit lama lama jadi bukit kan? :)