- FAQs – elsajida.com
s

FAQs

PENDAFTARAN

Perlu kah saya click "Log In" untuk membuat order ?

Anda tidak perlu "Log In" untuk membuat order.

 

CARA PEMBELIAN

Bagaimana cara untuk saya membuat pembelian (melalui Laptop / PC / HP) ?

Anda boleh lihat ke tutorial yang telah kami sediakan di ruangan "Home"

 

Bagaimanakah cara pembayaran yang diterima oleh pihak El Sajida ?

Demi memudahkan anda membuat pembayaran, kami menyediakan 2 cara pembayaran untuk anda.

1) Melalui "Online Transfer" atau Deposit Tunai 

2) Melalui akaun Paypal 

 

Adakah saya boleh menambah / membatalkan order yang telah saya buat ?

Jika anda ingin menambah order yang telah anda buat, anda dikehendaki untuk melakukan order yang baru dan memaklumkan kepada kami menerusi email kami di sales.elsajida@gmail.com.

Untuk pembatalan order, anda juga boleh memaklumkan kepada kami melalui email sales.elsajida@gmail.com

 

Berapa lamakah tempoh yang dibenarkan untuk saya "booking" order yang telah saya buat ?

"Booking" hanya dibenarkan dalam tempoh 24 JAM dari tarikh order yang dibuat.  

 

PENGHANTARAN

Bilakah order pelanggan akan diproses oleh El Sajida ?

El Sajida akan memproses order setelah pembayaran dilakukan oleh pelanggan.

 

Adakah El Sajida menyediakan penghantaran ke luar negara ?

Sudah tentu ! Antara pelanggan yang pernah berurusan dengan El Sajida dalah dari Indonesia, Brunei, Singapura, Jepun, Germany dan lain-lain.

 

Bilakah order pelanggan akan di hantar / di pos kepada pelanggan ?

El Sajida menyediakan perkhidmatan pos pada setiap hari bekerja (Isnin - Jumaat).


Jika saya ingin membuat pertukaran alamat, bagaimana saya perlu maklumkan pada pihak El Sajida ? 

Maklumkan kepada kami melalui Email: sales.elsajida@gmail.com Atau WhatsApp +6010 306 0843. Sila beritahu kami Nama, No order anda dan seterusnya alamat yang ingin ditukar. Sebaiknya maklumkan pada kami sejurus selepas anda membuat pembayaran.

 

PEMULANGAN & PENGHANTARAN

Apakah syarat & peraturan yang perlu dipenuhi untuk pemulangan produk (Tudung & Shawl) oleh pelangaan kepada El Sajida ?

Kondisi produk (Tudung & Shawl) hendaklah dalam keadaan baik iaitu: Tag pada produk dalam keadaan baik (tidak ditanggalkan), tidak dibasuh dan tidak membuat sebarang perubahan pada produk (tidak alter).

Pemulangan juga hanya dibenarkan dalam tempoh 3 HARI bekerja bermula dari hari item diterima oleh pelanggan.

Sebarang bentuk pemulangan adalah TIDAK DIBENARKAN melainkan jika terdapat kerosakan dan kecacatan pada produk.  

 

Berapa lamakah tempoh proses penghantaran yang diambil bagi item pemulangan ? 

Satu minggu dari tarikh kami terima parcel anda.

 

KEROSAKAN & KESILAPAN ITEM

Apakah inisiatif yang diambil oleh pihak El Sajida sekiranya terdapat kerosakan / kesilapan produk yang di beli oleh pelanggan ?

Pelanggan hendaklah memaklumkan perkara tersebut kepada El Sajida sejurus selepas parcel diterima dengan menghantar email kepada kami di sales.elsajida@gmail.com. 

 

PEMULANGAN WANG

Wang hanya akan dikembalikan sekiranya pelanggan membatalkan order dan order pelanggan akan terbatal serta merta.